Wednesday, March 28, 2018

Majlis Pra-Pelancaran MAHA 2018 Bertemakan SEGALANYA WANITA

Hi Korang, 

MAHA 2018!! 

Siapa yang tak pernah miss, angkat tangan!! Eh samalah kita kan.


Kalau korang nak tau yang Ekspo Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) edisi terbaru MAHA bakal diadakan pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 di MAEPS Serdang Selangor. Sepertimana yang kita ketahui MAHA merupakan platform terbaik untuk memperkasakan usahawan terutama yang terlibat dalam industri agromakanan negara.


Acara yang dianjurkan 2 tahun sekali ini oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ini tetap mengekalkan tema "MAKANAN KITA, MASA DEPAN KITA". Namun kelainan untuk tahun ini MAHA 2018 telah mengangkat peranan wanita sebagai usahawan wanita yang berjaya dan mampu pergi jauh dalam industri agromakanan.


Dengan slogan "SEGALANYA WANITA", MOA telah mengambil inisiatif untuk bersama-sama memberi sokongan penuh YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah melancarkan Tahun Memperkasa Wanita baru-baru ini.



MAHA 2018 telah mensasarkan sebanyak 50 peratus penglibatan usahawan adalah dari golongan wanita dan juga pada masa yang sama menonjolkan beberapa ikon usahawan wanita yang boleh dijadikan isnpirasi masyarakat. Selain itu, bersempena dengan #SEGALANYAWANITA juga, akan diadakan aktiviti, pameran dan jualan produk yang berkaitan dengan setiap dimensi kehidupan wanita di Dewan A MAEPS Serdang yang dikatakan berkeluasan 40,000 kaki persegi.



Baru-baru ini kak lily sempat ke majlis pra pelancaran MAHA 2018 bertempat di MAEPS, Serdang Selangor. Semasa ucapan dari Dato' Sri Ahmad Shabery bin Cheek (Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) bagaimana beliau memandang tinggi peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat hari ini. Menurut beliau mengangkat martabat wanita adalah satu solidariti yang perlu kita perjuangkan hari ini. 

Menurut beliau lagi, kini wanita bukan hanya menggulai masakan di dapur, bahkan sama-sama membanting tulang membantu suami untuk menjadi rezeki lebih. Ada yang sangat hebat, dimana kaum wanita ini mula berjinak dalam bidang usahawan yang melibatkan agromakanan.



Di majlis pelancaran ini turut diperkenalkan 3 ikon usahawanita yang sudah berjaya dalam bidang agromakanan iaitu Puan Rohazawati (pengusaha durian crepe), Puan Sharifah (pengusaha cili Bangi) dan Puan Norli (usahawan biskut dan kerepek). Menerusi perkongsian ini sebenarnya mengajar betapa wanita itu mampu bangkit dan berani mengharungi segala cabaran. Ini terutamanya mereka mendapat sokongan daripada keluarga yang terdekat seperti suami. Biarpun wanita itu sudah terlibat dalam bidang usahawan mereka tidak boleh lupa peranan dan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga. 

Untuk MAHA 2018, MOA (Ministry of Agriculture and Agro-based Industry Malaysia) telah menetapkan sasaran jualan sebanyak RM300 juta dan lebih 3.5 juta pengunjung yang mana 30% adalah daripada penglibatan golongan belia. Sepertimana yang kita ketahui sepanjang ekspo MAHA akan dipenuhi dengan pengisian pelbagai aspek agromakanan seperti tanaman, ternakan, perladangan serta perikanan. Terdapat juga pameran dan aktiviti yang melibatkan IT dan teknologi, agropelancongan, perdagangan, kulinari, pembiayaan dan banyak lagi.


Seperti biasa tarikan pengunjung ke MAHA adalah kerana terdapat banyak jualan bahan pertanian dan makanan seperti juadah popular dari seluruh negara, produk-produk dari industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayuran segar, anak pokok, pokok bunga serta ikan-ikan segar dan sebagainya. 

Untuk MAHA 2018, 13 pavilion negeri akan dibuka dimana ianya akan menampilkan identiti, kebudayaan, dan juadah negeri yang boleh dinikmati oleh pengunjung. Ini adalah sepertimana MAHA yang pernah berlangsung tahun-tahun sebelum ini, terdapat juga LAMAN khas untuk pertanian, perikanan, nenas, ternakan dan sebagainya. Sekaligus membolehkan pengunjung dapat mendekati dan mengenali produk-produk tempatan dari setiap laman, terutama menikmati pengalaman pertanian secara hands-on. 


Dan sebenarnya MOA sudah merangka beberapa aktiviti di karnival bergerak bersempena dengan "Road to MAHA 2018". Antaranya di Lundu (24-25 Mac 2018), Teluk Intan (31 Mac- 1 April 2018) dan Kemaman (5-7 April 2018).

Oh ya! Ada berita baik untuk usahawan di luar sana, jika berminat untuk menyertai MAHA (membuka bboth) boleh hubungi pihak urusetia memandangkan akan dibuka tempahan gerai jualan dan sehingga entri ini ditulis, dikatakan sebanyak 30 peratus daripada 1500 gerai jualan telah dilanggani.

Boleh hubungi:- 

SEKRETARIAT MAHA 2018 
Contact No. : 012-2787936 
Email : maha.sales.team@gmail.com 

Untuk rekod MAHA 2016 telah berlangsung dengan meriah dan sukses yang mana seramai 3.7 juta pengunjung telah hadirkan diri dan perjanjian jualan melebihi 400 juta berjaya diraih.


Setakat ini MAHA 2018 telah menarik 11 penaja dan rakan strategik, antaranya seperti Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Agrobank, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Oblong Berger, Sime Darby Plantantion, QSR Brands (M) Holdings Sdn. Bhd., Nestle Malaysia, Jamu Mak Dara, Cervello Tres Sdn. Bhd. dan MEPL. 

Of courselah kak lily dan #SegalanyaWanita menyokong penuh MAHA 2018!


Keterangan lanjut boleh layari:- 

Facebook Page :

Instagram :



#moa 
#maha2018 
#segalanyawanita 
#roadtomaha2018 
#ourfoodourfuture



1 comment :

Naz said...

Bila MAHA2018 nie, macam HPPNK hari tu ke?