Hi Korang,
Jerawat!!!
Oh no mencik akak tau….
Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, korang kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan. Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.
Nah, produk untuk hilangkan jerawat dah tiba…
Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.
Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon (Jerawat komedon merujuk kepada bintik hitam, bintik putih dan bintik kecil (papul) yang biasanya terdapat di dahi dan dagu pengguna yang mengalami masalah jerawat) dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
• Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
• Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
• Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin BS adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam (Kulit berjerawat dipengaruhi oleh gaya hidup, faktor hormon dan keturunan, oleh itu penjagaan tambahan mungkin diperlukan untuk membantu mengurangkan komedon atau masalah jerawat, di samping amalan regimen penjagaan wajah yang betul. Untuk kes yang teruk, pengguna disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli dermatologi) pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak. (Berdasarkan ujian yang dijalankan di Thailand dengan dua Sel yang terdiri daripada 80 peserta setiap satu)
Dengan keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah:
• Langkah Pertama: Ambil gambar kulit korang pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari
• Langkah Kedua: Poskan gambar "sebelum dan selepas" korang dan kongsi pengalaman korang menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RMS,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RMl,000 setiap seorang.
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE (dahulunya dikenali sebagai Eucerin" DermoPURIFYER) yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Prociuk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, meh layari
Website :
Facebook Page :
1 comment :
kan org dulu pernah kata nanti lepas beranak sure jerawat takder. hahh nipu ni hahh dah 3 anak. dah tua pun still jerawat ada. eucerin ni mmg cepat kecut jerawat. memula pedih lama2 ok. parut pun dapat merawat nampak semakin pudar. kena rajin pakai. hahah tu paling malas tetiap malam asyik tido sebelum pkai..
Post a Comment