Thursday, February 22, 2018

Sayangi Kereta Anda | Jangan Sewakan Atau Menyewa Kereta Kalau Bukan Milik Korang


Hi Korang,

Lama betul tak menulis pasal citer kereta ni, yelah sibuk citer pasal makan je sampai kereta pun tak henggat ek.

Hari ni Kak lily terpanggil untuk kongsi informasi ni kepada korang. Sebenarnya info ni dari seorang lawyer yang merupakan kawan kak lily nama Kak Adib Ratu hehehe comel kan namanya tapi memang ratu pun.

Kak lily kenal Kak Adib ni dari satu event beberapa tahun yang lepas sehinggalah kehari ni, last jumpa beliau tahun lepas masa pi makan kat Impiana itu pun kebetulan je hah..

Bila terbaca apa yang di kongsikan, terus nak share dengan korang tau.


Info dari Kak Adib Ratu

Jangan sewakan atau menyewa kereta kalau ianya bukan milik korang.

Salam, akak terpanggil untuk menulis pasal pos ini sebab akak tengok lately ni ramai yang cuba nak raih pendapatan sendiri dengan menyewakan kereta sendiri ataupun dengan menyewa kereta daripada syarikat/individual yg tiada permit menyewa kereta yg sah.

Budak budak universiti suka buat Bussiness ni..

Tahukah anda semua sekiranya berlaku kemalangan syarikat insurans yandg melindungi kereta anda berhak untuk menarik diri daripada membayar pampasan kepada pihak ketiga (orang yg dilanggar)??

Insurans tak adil? Selalu mengelak?

Jangan nak salahkan orang lain kalau kesalahan itu berpunca daripada uolls...ingat tak masa mula mula kita beli insurance kereta? Kita diserahkan dengan dokumen yang dipanggil polisi insurance? Cuba belajar membaca dengan teliti polisi tersebut...

Polisi tersebut hanya melindungi 
-owner kereta tersebut yg membeli polisi tersebut dan /atau 
-pemandu kedua / ketiga / keempat....yg namanya ada di polisi tersebut
-polisi dibeli untuk tujuan private use atau kegunaan sendiri

Dengan ringkasnya... hanya melindungi nama nama yang ada di dalam polisi insurans tersebut dan untuk kegunaan persendirian

So... bila kita sewakan kereta tersebut, apakah kedudukan pemandu yg namanya tiada tersebut? Dan anda juga telah menyewakan kereta tersebut untuk tujuan komersial walhal polisi anda adalah untuk “private use” ..

Maksudnya anda telah langgar perjanjian..”breached the condition”
Konon konon ada agreement sewaan..
Lepas tu dalam polis repot tulis pulak kereta di sewa daripada anda...

Jawapannya: Gone case..

Buatlah 4000 agreement pun.. tetap tak sah untuk buat tuntutan insurans..

Apa apa jadi, pemandu yg menyewa dan anda sendiri terpaksa membayar pampasan menggunakan duit sendiri sebab syarikat insurans boleh memohon pengecualian daripada mahkamah untuk melindungi anda pada waktu kemalangan...(sekiranya dibenarkan)

Bayangkan..
Patah gigi je blh dapat 3k..
Kalau patah kaki? Lumpuh? Mati?
Boleh jadi beratus ribu..
Bayar guna duit sendiri..

Sebab apa? Sila baca tulisan akak di atas..

Ini dalam bahasa omputehnya kita panggil sebagai...

The issue of hire or reward..

Semoga ini dapat membantu uolls..

Nanti bila akak free akak tulis pulak pasal kes jual beli kereta sesama sendiri tanpa tukar nama kat geran JPJ dan inform kat bank..

Kalau nak share status ni dipersilakan..semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua



So cam ne sekarang ni korang??
Cuak ke tak ek...

Fikir-fikirkan dan selamat beramal hehehehhee

Thank you Kak Adib for this info ek...
















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

7 comments :

Kakcik Seroja said...

Aduh...seriau juga baca. Bukan mudah kan nak main bagi pinjam-pinjam kereta macam tu je...

Dkna Abza said...

teringat zaman study kat JB dulu, sewa kerete wira pergi danga bay hahahhaa

sitirohaida said...

uih..mau tak cuak..tu kira cari pasal namanya

Unknown said...

Betul tu, jangan cari pasal dengan sewakan kereta kepada mereka yang tiada nama dalam insuran kereta kita

Hasrul Hassan said...

Beringat sebelum jadi 'mangsa', ramai tak sedar hal ni. Dulu masa kawan saya buat bisnes ni kat UUM ... benda ni dah cakap dah, tapi tak ramai yang tahu.

Min said...

betul tuh, insurans ada hak untuk tarik diri jika owner yang breached contract. Good info sis Tq :)

hasliynda umairah beauty said...

bahaya jugak kan