Hi Korang,
Siapa peminat Hello Kitty macam kak lily, meh angkat tangan lekas!!
Guardian Health and Beauty Sdn Bhd dan Hello Kitty telah bekerjasama sekali lagi untuk memberikan senyuman kepada para peminat, golongan muda mahupun yang berjiwa ‘muda’ di seluruh negara.
Buat kali pertamanya, para peminat kucing paling comel ini bakal berpeluang untuk memiliki tujuh barangan menarik yang direka khusus untuk Guardian Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr. Soren Lauridsen, yang melancarkan koleksi itu hari ini, berkata: “Inisiatif pemasaran unik ini diadakan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty.”
Jelas beliau: “Dua koleksi ini telah direka sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac nanti. Oleh itu, barangan ini akan dikeluarkan dalam dua fasa, masing-masing dengan set barangannya tersendiri.
“Kami yakin bahawa barangan comel ini bakal menambat hati pelanggan dan peminat. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah.”
Rangkaian barangan “Hello Kitty Celebrates”– terdiri daripada selimut, kusyen, buku nota dan penanda buku dan direka untuk mencerminkan mood perayaan, akan boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 1 Februari hingga 7 Mac.
Manakala koleksi yang lain - “Hello Kitty Hello Confidence,” pula terdiri daripada beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan beg komputer riba, hadir dalam warna ungu dan merah jambu dan membawa mesej “cinta”, “ceria” dan “semarakkan cinta” bagi melambangkan Hari Wanita Sedunia. Ia bakal dijual pada 8 Mac hingga 18 April.
Hello Kitty, yang telah memberi inspirasi kepada jutaan peminatnya di seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah menubuhkan taman temanya sendiri iaitu Hello Kitty Town di Puteri Harbour di Johor.
Bersempena dengan pelancaran koleksi ini, Guardian Malaysia akan menawarkan lawatan ke Hello Kitty Town dan peluang bertemu Hello Kitty kepada para pelanggannya di selatan tanah air.
Pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM150, termasuk mana-mana barangan Hello Kitty di stor-stor Guardian terpilih, akan berpeluang untuk menerima dua tiket percuma ke Hello Kitty Town. Tiket adalah terhad.
Cara-cara penyertaan
Untuk membeli mana-mana daripada tujuh barangan yang ditawarkan, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja.
Jadi berkunjunglah ke stor Guardian berdekatan anda dan kumpul koleksi korang sekarang!
Wah best nie, boleh la pergi Gurdian nanti nie..
ReplyDeleteTak de anak kecik dah CL....hihi...
ReplyDeletewahh best best ni
ReplyDeleteDah jarang gi Guardian skrang. Hmm comellah Hello Kitty .. tapi anak saya si maira tak minat sgt nak main anak patung.
ReplyDeletebestnya.. mesti ramai yg pergi cari hello kitty kt sini nanti
ReplyDelete