Saturday, October 28, 2017

KIDS ECO-DASH SIRI KE-2 TAHUN 2017

Hi Korang,

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) telah mengajurkan siri ke-2 bagi acara Kids Eco Dash di Taman Eko Rimba, Bukit Nenas di sini hari ini.


Acara ini merupakan satu acara larian kanak-kanak di mana-mana kanak-kanak boleh mengalami pengalaman larian “BIG RACE” yang diadakan di lokasi tarikan eko-pelancongan yang selamat dan “educational”. 

Sepertimana acara larian yang lain, ibubapa serta ahli-ahli keluarga dapat turut serta sebagai sukarelawan, bukan hanya untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka yang mungkin terlibat dalam acara tersebut malahan bersuai kenal dengan ibubapa yang lain selain membantu dalam pengurusan logistik seperti memastikan kebersihan kawasan, taklimat acara kepada ibubapa, pengagihan race-kit dan sebagainya.


Acara ini mendapat kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta pihak swasta iaitu Tough Gorilla.

Melalui acara ini, ianya bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menunjukkan rasa sayang kepada Negara melalui perkongsian pengalaman melancong atau beriadah di destinasi-destinasi pelancongan melalui media sosial menerusi satu kempen yang dikenali sebagai Kempen Media Sosial #SayangMalaysia. Dalam konteks ini, ibu bapa digalakkan untuk berkongsi pengalaman menyertai acara ini kepada followers masing-masing melalui media sosial masing-masing.

Siri pertama telah dilaksanakan pada 15 Oktober 2017 di Taman Botani Negara Shah Alam bersempena dengan Hari Sukan Negara.


Acara utama bagi Kids Eco-Dash ini adalah acara larian yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

1. Kategori Caterpillar – untuk pelari berusia 4-6 tahun – jarak larian 1 km

2. Kategori Rabbit – untuk pelari berusia 7-9 tahun – jarak larian 1.8 km

3. Kategori Tiger – untuk pelari berusia 10-12 tahun – jarak larian 3 km 

Pemenang-pemenang menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 untuk tempat pertama, RM 100.00 untuk tempat kedua dan RM 50.00 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori. Selain itu, terdapat pengisian-pengisian lain seperti Garden Experience, permainan berkaitan Kitar Semula, Petting Zoo, jualan barang-barang Preloved dan Pertandingan Ucapan Awam. 



Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam upacara flag-off.



Penyertaan bagi siri kedua Kids Eco-Dash 2017 ini adalah sejumlah 500 penyertaan iaitu 250 peserta untuk kategori “Caterpillar’, 150 penyertaan untuk kategori “Rabbit” dan 100 penyertaan untuk kategori “Tiger”.

KPK berhasrat untuk membawa acara ini ke seluruh negara dan beberapa negeri untuk mempromosikan produk pelancongan berasaskan ekopelancongan yang dikenalpasti sesuai untuk melaksanakan acara ini seperti Taman Botani Pulau Pinang, Taman Botani Putrajaya serta banyak lagi.









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

acara sebegini memang bagus untuk menyemai semangat patriotisma dikalangan generasi muda sekarang :)