Thursday, September 21, 2017

LULU Hypermarket, Baru tau Macam-Macam Ada!

Hi Korang,

Ermm pasaraya LULU?

Memang dah lama Kak Lily dengar pasal pasaraya ni tapi tak pernah singgah pun. Yelah tak de apa kepentingan sangat nak ke area situ kan, tambahan pulak bersebelahan Jakel Mall so time weekend memang jem giler tempat tuh. 


Tup-tup last week ada event pulak kat pasaraya Lulu n, so nak tak nak kenalah attend. Di sebabkan takut jem teruk dan tak de parking sanggup kak lily keluar rumah awal hauhauahua. La sekali sekejapan sampai dari Bangi, parking pun bukan main banyak kat area basement ni so ini sudah cukup bagus ni. 

Baru akak lily tau yang Pasaraya Lulu ni datangnya dari Abu Dhabi ini rupanya telah dibuka sejak tahun 2016 di Malaysia yang Malaysia telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia 'Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak' pada 25 Jun 2016. Mr. MA Yousuf Ali ialah pengasas dan Pengarah Urusan Lulu Group Retail International mempunyai lebih daripada 39,000 pekerja dari pelbagai negara.


Bersempena dengan Hari Malaysia 2017, kali ni Lulu Hypermarket & Department Store telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjungnya. Namun acara kemuncak pada hari tersebut ialah menghasilkan "Kek Buah Terpanjang di Malaysia". Jika sebelum ini rekod kek terpanjang dipegang oleh Colmar Tropicale pada tahun 2014 iaitu 90 meter panjang dengan ketebalan 8 sentimeter.


Di antara objektif menghasilkan kek terpanjang di Malaysia ini adalah untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Malaysia. Selain dari ingin meningkatkan imej Lulu di kalangan masyarakat, ini juga sebagai daripada projek CSR yang mana semua hasil jualan kek akan disalurkan ke Rumah Amal Cheshire Selangor.


Kami sempat saksikan proses pengukuran panjang kek buah tersebut yang di buat oleh staff Malaysian Book of Records, ya ampun sampai berbelit-belit tali pengukur tuh sebab panjang sangat.



Akhirnya dengan ketebalan 15 sentimeter dan 50 sentimeter kek sepanjang 123.30 meter berjaya dihasilkan sekaligus memecahkan rekod yang sedia ada di Malaysia Books of Record. Syabas diucapkan kepada Supermarket Lulu Hypermarket & Department Store.


Dah sampai ke mari why not kita check it out apa yang ada dalam Lulu Hypermarket ni ek. Ya ampun, barang-barangnya tak terkata murahnya harga. Barang-barang dapur macam sayur-sayuran, buah-buahan segar dan harga pun boleh tahan murah. 



So kitaorang kira buat site surveylah kengkononnya alah sesaje nak tengok harga. Ishk ishk ishk best best best belaka wei. Akak lily memang tergoda habis ooo, walaupun barang-barangnya nampak biasa ada kat 

Bukan survey lagi dah, shopping terus hahahahaha




Memang rasa kat Madinah bila shopping dalam Lulu ni sebab ada pelbagai jenis manisan Arab yang dijual yang hanya terdapat di Madinah dan Mekah. Eh akak lily tau lah kan, coklat-coklat arab tu banyak kak lily beli masa pi umrah hari tuh. So now dah senang nak makanan manisan arab ek. Eh kekacang pun banyak pilihan tau, pening nak pilih oit




Lambakan sushi tau di Lulu Hypermarket ni, dan yang penting benar-benar HALAL tanpa was-was. Selain itu terdapat pelbagai pilihan jenis sushi ada ditawarkan yang rasanya nak beli semua dan makan huahauahua




Bahagian Bakery sangat best sebab pastrinya di masak dan dihidangkan panas-panas, pelbagai jenis pilihan pastri, roti dan kek yang rasanya orang diet pun boleh hilang imannya kerana terpengaruh dengan keenakan makanan di sini. Pilih-pilih, bayar dan makan terus sambil shopping ke bahagian lain. 



Ada jual juga biji kopi yang sememangnya kak lily cari tau, biasalah office guna biji kopi untuk di grind so bila dah jumpa yang sboleh dibeli secara pukal ni haruslah tak lepaskan peluang kan, lagipun harga agak berpatutan bagi setiap gram.





Bahagian seafood ni pun akak lily seornok jugak sebab bahan-bahan seperti ikan, daging, ayam, ketam, sotong, udang semua segar. Sampai tak tau nak pilih yang mana, rasanya semua nak diborongnya. Hari tuh sempat akak lily beli ikan tenggiri, ikan keli, siakap, udang. Siap di bersihkan lagi ye, eventho beli 2 ekor je ikan siakap kan, boleh masak steam next week.



Barangan keperluan dapur di bahagian tingkat bawah ni memang penuh dengan para pelanggan, segalanya segar dan harga berpatutan. Even akak lily sendiri kemain lama duduk kat area tingkat bawah ni, seronok sebab barang masakannya yang unik dan payah untuk dijumpai di kedai biasa tup-tup ada di sini.

Lulu juga mengeluarkan beberapa produk jenamanya sendiri. Contohnya seperti pelembut kain (softener dan banyak lagi). Pastinya harga produk yang dikeluarkannya sendiri lebih murah dan jimat berbanding dengan jenama luar yang sedia ada di pasaran.




Ada bahagian Healthy Choice. Kat sini ada pelbagia jenis jus buah-buahan yang di perah secara segar dan terdapat juga pilihan air detox, sempat jugak kak lily ambil 2-3 botol. Alah buat basah tekak sambil shopping 






Banyak lagi barang-barang di tingkat bawah ni yang tak sempat kak lily discover sebab kesuntukan masa, so mari ke tingkat atas pulak. 

Tingkat 1 

Fashion Area

Bahagia lagi..😆 😆 😆




Mostly terdapat pelbagai pakaian untuk semua golongan samada tua, muda, anak-anak, bayi, lelaki, wanita dan memacam lagi. Bukan setakat pakaian je even eksesori seperti handbag, tali pinggang, kasut dan lelain lagi. 







Ada ruangan istimewa juga di tingkat atas ni iaitu bahagian pakaian tradisi kaum India, yesza saree dan kurta serta baju punjabi tau. Dari semurah-murah harga hingga ke semahal-mahal harga, akak lily pun rasa pening kalau nak beli saree ni sebab ada pelbagai jenis ton warna yang bakal menambat hati korang.


Ruangan pakaian kanak-kanak juga di sediakan, comel-comel belaka sampai berpinar mata nak memilih ermm boleh belikan satu untuk Aalya ni nanti. 


Untuk promosi minggu ini, tas tangan, beg dan wallet menawarkan harga promosi iaitu 50% diskaun. Memang murah sangat. Banyak juga beg-beg yang ditawarkan di sini menarik hati saya.




Di tingkat paling atas Lulu Supermarket ini kita boleh dapatkan barangan dan produk elektrik di sini. Seperti televisyen, jam fit bit, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai lagi.


Di tingkat yang sama juga disediakan surau untuk lelaki dan perempuan serta tandas untuk kegunaan pelanggan.


Tahniah kepada Lulu Hypermarket & Department Store atas kejayaan memecahkan rekod Kek Buah Terpanjang di Malaysia. Akak lily tak sangka Lulu Hypermarket berjaya membuka hati akak lily untuk shopping di sini lagi kerana pilihan barangannya yang variasi dan harga serta tawaran yang menakjubkan tau. Eh kenalah berjimat-cermat sekarang ye, dan inilah yang kita cari. 

Keterangan lanjut mengenai Lulu Hypermarket boleh layari,





Selamat bershopping korang....








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com


3 comments :

mama tisya said...

syok tgk geng blogger shopping kt lulu...meriah

atiehilmi.com said...

tetiba nampak Maha kat 50% discount tu.. hee~ bestnye LULU.. atie dapat pergi sekali jek haritu.. tu pun suami pegang baju kite kuat2.. tak bagi amik barang banyak2.. hahaha~ kejam gile..

Eliss said...

besar rupanya lulu ni macam aeon..ingat pasaraya ajer.siap ada air detox lagi. jarang jumpa biji kopi macam tu.ke aku yang tak jumpa.hehehe