Friday, July 14, 2017

UMRAH 2017 |Hari 10 Mekah – Melawat Muzium Al - Haramain dan Masjid Hudaibiyah (miqat)

Hi Korang,

Pompuan rajin muncul kembali untuk menyambung entry UMRAH 2017 ni. Ini pun ada desakan peminat setia blog akak lily ni hah iaitu Misszdeen, siap DM di Instagram suruh abiskan citer aku ni

Baik uolls, I sambung…

So hari ke 9, 27 February kitorang tak de aktiviti so lepak kat masjid, balik lepak kat Safwa tower untuk shopping hehehehe.. nanti aku tunjuklah keadaan shopping di sini. Seronok sangat!!!

duduk dengan Dak Aakif dalam bas

Hari ke 10.

Ini merupakan ziarah luar yang terakhir sebelum kami semua pulang ke tanahair, ermm so tak delah berat sangat. 


Kami ke Muzium Al-Haramain untuk melihat artifak tinggalan sejarah zaman rasullah SAW, muzim ini lebih dikenali sebagai muzium pameran 2 masjid suci ini menonjolkan dimensi 2 masjid suci di 2 masjid suci. Muzium ini dibina oleh Raja Fahd bin Abdul Aziz yang juga dikenali dengan The Exibitiion of Two Holy Mosques Architecture. 

Muzium Al-Haramain ni terdiri daripada tujuh ruang pameran. 

model masjidil haram

lokasi kaabah dulu dulu

maqam nabi ibrahim terdahulu dan ada kesan tapak kakinya sekali

Bekas Hajar Aswad

Mimbar

Di sebabkan ramai Jemaah lain yang ada sekali di ruang pameran tuh, so kami berpecah maka tak dapatlah aku nak dengar penerangan dari Ustaz Safwan.

pancur emas yang lama

kain kiswah

salinan al-quran tulisan tangan


Bila ada je orang bagi penerangan cepat-cepat aku pi dengar so dapatlah info serba sedikit. 

air zam-zam ada di mana-mana so jangan lepaskan peluang untuk minum ek

cantikkan view belakang tuh

Abis je lawatan ke muzium tuh, kami di bawa keluar dari Tanah Haram untuk bermiqat dan mengerjakan umrah sunat di Masjid Hudaibiyah. Untuk kali ni aku tak buat pun sebab nak bagi mama dengan Siti buat so giliran aku untuk jaga budak berdua tuh Aalya dan Aakif tuh. 

Masjid hudaibiyah - kecik dan ramai sungguh jemaah. kurang bersih sket keadaannya

hah sampai tetido budak Aakif ni hah

Dalam 2 jam cam tuh, diorang pun balik. Alah sekejap je buat umrah sunat ni bila kita dah tau cara. 

Petang tuh lepas asar, aku tak balik hotel pun sambung buat tawaf sunat sendiri. Malas nak suruh Mr Big teman, seronok jugak sebab kita lagi concentrate untuk menghayati tawaf ni. Dapat lihat Kaabah lagi jelas, yelah sebab once kita dan bertawaf tuh kita akan ikut flow pergerakan orang so sekejap-sekejap kat tepi, sekejap-sekejap kat tengah, tup-tup dah dekat benau dengan Kaabah tuh. 

belakang tuh Zam Zam tower, suka lepak situ sebab ada starbucks

Terasa sakit kaki bila sampai ke hotel, terus baring sekejap. Then sambung pi masjid lagi.

Ok aku rasa ada 1 lagi entry untuk citer Umrah 2017 ni, ishk cepat-cepatlah dapat sambung ek

Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni




So stay tune ye....

Kaki Bebel,


LILY




3 comments :

raihanah said...

wah bestnya, si kecik pun join ya. alhamdulillah

mamapp said...

Seronoknya ke tanah suci.. doakanlah mama dpt ke Sana juga

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ila teringin nak pegi lagi...