Hi Korang,
Hujung minggu ermm of courselah tak de apa nak buat haruslah jalan-jalan bersama keluarga. Ye keluarga akak Lily tak ramai pun, just two of us dan kucing hitam bernama #DakUban tuh. So kitaorang tak kemana pun, lepak depan tv sambil makan makan dan makan hehehhe
Sebab dah lama tak keluar dengan Aakif dan Aalya so aku plan pi makan tengahari cam tuh, googlelah tempat makan yang best dan sedap di kawasan Kuala Lumpur ni. Majoriti kebanyakan kedai aku dah pi dah so luaskan carian hingga ke hujung-hujung Selangor.
Tup-tup aku teringat ada orang suggest untuk pi makan di Port Klang, jauh tapi apa ada hal janji makan sedap kan. Terperasan pulak tempat makan di Royal Selangor Yacht Club (RSYC) ni, view website www.rsyc.com.my ni cam best je lokasi tempat makan ni so plan ke sini jelah.
Meh aku cerita sket sejarah Royal Selangor Yacht Club (RSYC) ni ek.
Ianya merupakan kelab kapal layar tertua dan terbesar di Malaysia, yang telah ditubuhkan pada tahun 1963. Kelab ini dibawah naungan HRH Sultan Selangor. Dulu-dulu tempat ini dibuka hanya kepada ahli sahaja dan kini dibuka kepada orang awam.
Kalau korang biasa dengar pertandingan Raja Muda Selangor International Regatta yang amat berprestij itu, ianya di selia oleh RSYC dan ianya merupakan acara pelayaran luar pesisir yang paling mencabar di Asia Tenggara.
Ini first time aku nak ke RSYC ni.
Memang kena guna WAZE sebab aku bukan terrer pun jalan-jalan kat Klang ni, senang je terus je kalau dari KESAS Highway tuh.
Memang cantik RSYC Clubhouse ni, rumah kelab gaya tradisional di tepi jeti kecil dan menghadap laut dan boleh nampak pelbagai jenis bot dan kapal layar di jeti ni. Sesuai benar kalau nak di janjikan lokasi majlis perkahwinan esklusif, sambutan hari jadi, makan malam romantik atau pun just tempat lepak-lepak untuk menenangkan hati dan jiwa yang serabut tu kan.
The View Seafood Terrace nama restoran di RSYC Clubhouse ni, menghidangkan pelbagai jenis makanan tempatan dan juga makanan barat. Yelah ramai juga mat salleh makan di sini masa aku pi hari tuh, so banyak pilihan kan.
Aku akan buat 2 entri makan-makan untuk RSYC ni ek sebab banyak nau makanan yang di order, elah kan masa kitaorang pi kan tengahari so memang lapar. Rambang mata nak order semua kalau boleh hehehhe
Mula dengan simple appetizer dulu
Simple je kan, tapi grilled chickennya kemain besar lagi potongannya, nampak cheese tuh. Hah lebar-lebar dia letak, sayurnya crunchy, rasa segar sangat
Thin crust pizza basenya, tak terlalu tebal. Sosnya Bolognese tak terlalu pedas, tomato memang tak pedas pun. Daging rasa seketul-ketul. Yang tukang habiskan pizza ni adalah Aakif. Sekeping-sekeping dia boleh makan, slow and steady je.
nampak pinggan Dak Aakif ni, kemain penuh pizza
mummy nak pizza lagi ek... sedappp. dah kenapa plak nen tuh ek
Itu baru dua hidangan, ada lagi 5-6 jenis hidangan ye. Nanti sambung lagi ek
Bagi aku in terms of harga, walaupun tempatnya esklusif tapi harganya amat berpatutan, tak delah mahal mane pun. Yang penting kita kena cuba dulu then baru tau ye
Untuk kemari, ini alamatnya
The Royal Selangor Yacht Club (RSYC)
Jalan Shahbandar,
42000 Port Klang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Latitude 03 00 30 N Longitude 101 23 30 E
Website : www.rsyc.com.my
By telephone: +603 3168 6964
By e-mail: info[@]rsyc.com.my (General Business)
Ok nanti sambung lagi ek...
5 comments :
Menarik gk resto ni..chicken salad tu mmg nmpk tempting habis..
mseti sedap sgt tu
Laa jue ingat depan dataran merdeka. Salah rupanya. Hahaha
menarik RSYC ni. tempat nampak eksklusif sangat dengan design ala dolu2. cantik. harga makanan pun rasanya berbaloi dengan kuantiti kot. Nampak banyak je piza2 tu untuk RM30. kalau je Klang boleh singgah tempat ni
O..sekarang dah buka kat public ye.. 😊😊
Post a Comment