Hi Korang,
Ni aku nak kongsikan sedikit informasi mengenai program Bangsawan dan Panggung Seni Tradisional yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sedikit sejarah Bangsawan ni ek
Teater bangsawan merupakan seni pementasan atau teater lama di Malaysia. Di zaman kegemilangannya, pementasan bangsawan sangat terkenal di kalangan masyarakat ketika itu dan berjaya melahirkan ramai pelakon-pelakon filem yang hebat dan terkenal di layar perak. Bangsawan merupakan satu bentuk teater Melayu yang menggabungkan unsur teater tradisional dan moden kerana telah dipengaruhi oleh wayang Parsi atau mendu yang dibawa ke Pulau Pinang pada tahun 1870 oleh pedangang India." {Teater Tradisional Melayu, Mohamed Ghouse Nasuruddin; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2003).
Sesebuah pementasan bangsawan yang baik akan berdiri dalam strukturnya yang membezakan ia dengan teater-teater lain. Antara struktur sesebuah pementasan bangsawan adalah berkisarkan kisah-kisah istana, dipersembahkan melalui babak ke babak, mempunyai latar pentas yang membezakan latar tempat bagi setiap babak, penggunaan side wing atau sebengbagi mengimbangi tirai babak, pemasangan mahkota alam, menggunakan muzik secara langsung, unsur tasmat atau kekaguman, persembahan extra turn yang merupakan persembahan selingan untuk pertukaran set dan ia juga adalah sebagai hiburan bagi meredakan perasaan penonton. Watak taukeh panggung sebagai pembuka persembahan, bernasib dan lain-lain.
Program ini dilihat amat penting terutama dari sudut pembangunan dan pemeliharaan bangsawan. Semarak Bangsawan diisi dengan pementasan bangsawan berjadual di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur pada minggu kedua setiap bulan sepanjang tahun. Pada tahun 2014, program ini telah dipindahkan ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Perubahan tempat ini adalah disebabkan oleh sambutan baik yang diterima dan juga tuntutan tempat duduk yang lebih luas dan selesa untuk para penonton.
Sejak program ini dilaksanakan pada tahun 2007, program Semarak Bangsawan telah berjaya menarik seramai 80,988 orang penonton terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum. Manakala 35 kumpulan bangsawan sedia ada dan baharu telah terlibat sepanjang pementasan ini.
PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2017
Kini, Panggung Seni Tradisional 2017 (PST2017) kembali menemui warga kota Kuala Lumpur. Program kali ini akan menampilkan beberapa kumpulan seperti Kumpulan The Sound of Tai Hei, Persatuan Seni Persembahan Malaysia (ASTANA), Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab Kedah), Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (Pe-Zapin), Fakulti Tori, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI). Antara kesenian tradisional yang akan diangkat pada tahun 2017 adalah seperti berikut:
TARIKH
|
PERSEMBAHAN
|
TAJUK
|
PENGARAH
|
KUMPULAN
|
28 & 29
Julai
|
Opera Cina
(Kantonis)
|
Wedding Nite
-The Gathering
and Fairy Tales in The Heaven
|
Encik Jeff Chua
Chin Hok
|
The Sound of
Tai
Hei
|
25 & 26
Ogos
|
Dramatari Klasik
India
|
Devdas
|
Encik Ravi Shanker Ramo Murthy
|
Persatuan Seni Persembahan
Malaysia (ASTANA)
|
27 & 28
Oktober
|
Teater
Tradisional Jikey
|
Naga Berapi
|
Encik Saipol Bahari Mohd Iman
|
AKRAB Kedah
|
17 & 18
November
|
Koleksi Tari
Serumpun
|
Koleksi Tari
Serumpun
|
-
|
• KK JKKN
• Pe-Zapin
• ASWARA
• UPSI
|
Lokasi Dan Tiket Persembahan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa pelaksanaan program Panggung Seni Tradisional ini telah bermula pada tahun 2013 di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga tahun 2015. Manakala mulai tahun lepas (2016), pelaksanaan program ini telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakan sebapa JKKN, iaitu Pusat Pelancongan Malaysia (MatiC) yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pihak MatiC telah sudi menaja ruang di Dewan Tunku Abdul Rahman sebagai venue persembahan. lni bermakna gandingan JKKN dan MatiC dalam pelaksanaan program ini telah memasuki tahun kedua sejak 2016.
Untuk menonton persembahan dalam program PSl 2017 ini, para peminat dan penonton perlu mendapatkan tiket-tiket dengan membuat tempahan di talian 03-2614 8200, yang dijual dengan kadar seperti berikut:-
• RM50 (VIP /Premier)
(Nota: Para pembeli Tiket VIP /Premier akan menerima goodies oleh pihak penganjur)
• RM20 (Biasa/Regular)
(Nota: 50% Diskaun untuk Tiket Biasa/Regular bagi Pelajar, Warga Emas dan OKU.)
Jom kita meriahkan lagi Semarak Bangsawan dan Panggung Seni Tradisional 2017 ni ek
1 comment :
SA dh lama x menonton teater...
Post a Comment