Hi Korang,
Ramadhan bakal kembali, umat Islam dan seluruh warga Kelab Rahman Putra Malaysia juga turut merasa gembira dengan kehadiran bulan yang mulia ini.
Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, Kelab Rahman Putra Malaysia amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk singgah dan menikmati juadah berbuka puasa dimana tahun ini bufet ramadhan kami bertemakan ‘SELERA ANEKA RASA’ yang menyediakan pelbagai hidangan yang menyelerakan di mana terdapat lebih daripada 70 jenis sajian dari masakan Melayu, Cina, India, Timur dan Barat seperti kambing panggang, Nasi Briyani Hyderabad, Ayam Mentega Masala, Ulam-ulaman dan Kerabu.
Disamping itu terdapat gerai-gerai yang menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut seperti ais kacang, cendol, agar-agar dan aneka kuih muih.
Bufet berbuka di Kelab Rahman Putra Malaysia akan bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 22 Jun 2017.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan harga promosi (Early Bird) yang bermula daripada harga serendah RM40.00 bersih/Dewasa untuk hari biasa (Isnin hingga Khamis) dan RM60.00 bersih/Dewasa untuk hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), sila dapatkannya bermula dari tarikh 13hb April sehingga 15hb Mei 2017, manakala harga untuk warga emas dan kanak-kanak adalah adalah RM29.00 bersih setiap seorang.
Hubungi kami di talian 03-61566870 sambungan 1303/1901/1903 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.
2 comments :
terliur tengok buah buahan..hehe
Hi cik lily,
1st time saya jengah blog ni lepas tahu u are one of SBB2017 speakers.. salam kenal sis.. ;)
hopefully dapat jumpa n kenal2 di SBB yer. hehehe.. by the way really nice blog. sempoi..
Post a Comment