Hi Korang,
Kita sambung lagi citer pasal buffet Ramadhan 2017 ni ek.. kan aku dah kata memang banyak lagi ni nak tulis.
Terkenal dengan sajian buffet gastronomi yang menawarkan variasi dan kualiti pada harga yang berpatutan, Restoran BGR sekali lagi akan menampilkan sehingga 200 jenis juadah istimewa yang bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.
Para pengunjung berpeluang menyaksikan demonstrasi masakan yang terkenal dan kemuncaknya diakhiri dengan sajian menu-menu popular seperti Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak yang akan dihidangkan sendiri oleh chef yang berpengalaman. Para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan panas daripada kuali. Selain itu, termasuk dalam menu adalah Sate Ayam & Daging dibakar segar setiap hari.
Nikmati menu kegemaran Ala Barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti "Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma". Untuk pilihan yang lebih klasik, pengunjung boleh menikmati Lasagna Ayam dan dan Golden Sand Spaghetti Carbonara yang semestinya menjadi kegemaran keluarga di Restoran BGR. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri menu terbaru tahun ini iaitu Peri-Peri Chicken Drumlets yang menjanjikan rasa yang luar biasa.
Pencuci Mulut juga adalah sesuatu yang tidak asing lagi di majlis Buffet Ramadhan Restoran BGR. Beraneka jenis pencuci mulut yang dihidangkan pasti memberi kepuasan kepada para pengunjung.
Pilihan yang disediakan adalah seperti "Spanish Churros" bersama sos coklat pekat, termasuk pelbagai variasi kuih muih tradisional melayu, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika. Tahun ini Restoran BGR juga memperkenalkan penambahan pada variasi pencuci mulut untuk memastikan para pengunjung berpuas hati dengan setiap kunjungan mereka.
Antara pencuci mulut yang bakal memberikan kepuasan adalah Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls (Red Velvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise and Banana-na.
Selain menikmati beraneka juadah berbuka puasa, pengunjung berpeluang untuk membeli barangan dengan harga yang istimewa di tapak jualan khas yang akan dibuka di Bangi Golf Resort sepanjang Ramadhan ini. Berita baik untuk para penggemar durian, terdapat promosi "Durian Runtuh" dimana pengunjung boleh membeli durian di yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang. Selain buah buahan segar tempatan, terdapatjuga Gelato(ais krim) yang di proses segar oleh Sweet Scoopz, yang terkenal dengan Gelato berperisa Musang King dan P.G.A (Passion Fruit, Guava, Asam Boi). Buah durian dan gelato boleh di beli dan dibawa pulang di mana pengunjung BGR Restaurant akan diberikan diskaun eksklusif.
Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30-malam setiap hari.
Restoran BGR adalah restoran yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM dan merupakan salah satu daripada di antara hanya beberapa kelab golf yang diiktiraf dengan akreditasi ini sejak tahun 2009. Restoran BGR juga menawarkan lebih dari 800 ruang parkir serta ruang solat untuk para tetamu.
Untuk buffet ramadhan BGR restaurant ni, ianya bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 23hb Jun 2017 dari 6.30petang hingga 10.30 malam.
Harga buffet ramadhan di BANGI Golf Resort, Bangi ni adalah
RM58 nett untuk dewasa
RM28 nett untuk kanak-kanak
Kalau nak booking senang je, korang boleh contact NURUL ATIKAH 012-343 1375 (email: atikah.bangigolf@gmail.com) call je dia, cakap nama CIK LILY PUTIH nanti pandailah dia adjust table untuk korang kan heheheheh, atau terus call 03 – 8925 3728
Jom kita ke
Bangi Golf Resort ,
No 1 . Persiaran Bandar.
43650 , Bandar Baru Bangi.
Selangor Darul Ehsan.
Koordinat GPS: 2.95716N, 101.76518E
Tempahan dan Pertanyaan: 1 -700-81-8557
Email: sales@bgrrest.com
Website: http:www.bgrrest.com
Facebook: https: www.facebook.com/bangigolfresort
Instagram: @bangigolfresortofficial
Hash tag: #BGRbuffetramadhan17
So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee
Ok ini baru nak masuk 7 hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
2 comments :
Fuhhhh sedappp nyaaa tengok. Rasa nak jilat skrin sekarang jugak hahaha.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Yeayyyy....nak pergi lg nanti...
Post a Comment