Hi Korang,
Ok kita sambung lagi citer pasal buffet Ramadhan 2017 ni, as usual selagi tak bulan puasa cam tu lah kan. Jemputan memang banyak bebenau ada kekadang tuh sampai tuh kena tolak dan wakilkan blogger lain lagi suruh pi. Itulah murah benau rezeki CikLilyPutih.com tahun ni ok kita share dengan kengkawan yang lelain ek.
Aku nak citer pasal buffet Ramadhan 2017 di Armada Hotel Petaling Jaya ni. Eh memang tiap-tiap tahun aku tak pernah miss kecuali tahun lepas sebab demam je tau.
Ramadhan ini, Armada Petaling Jaya sekali lagi menyambut Ramadhan di Utara Coffee House. Bertemakan "SELERA NOSTALGIA RAMADHAN", pihak chef bersama teamnya bakal menyediakan hidangan tradisional dan antarabangsa yang enak dan lazat.
Dengan lebih daripada 100 hidangan disediakan, Eksekutif Chef, Chew Teik Chye menjanjikan untuk mempamerkan pelbagai pilihan hidangan yang memberi penekanan kepada pelbagai rasa dan bau yang akan membuka selera korang selepas seharian penat berpuasa.
Membawa kembali nostalgia balik Kampung apabila korang memulakan perjalanan Gastronomi korang ye, pelbagai selera permulaan dari Kerabu, Cincalok, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk.
Disediakan khas untuk peminat Kerabu, kami datang dengan beberapa jenis ciptaan inovatif, setiap merasa lebih baik daripada yang lain. Menikmati beberapa tradisional Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu So Hoon
Untuk hidangan utama pula terdapat, pelbagai jenis signature dish yang klasik dari Armada, di antaranya iaitu Laksa Thai, Bubur Lambuk, Nasi Rempah Berlauk, Sambal Udang Petal, Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit, Ayam Golek, Ekor Lembu Masak Asam Pedas (Kawah), Kari Kepala lkan Salmon, Daging Masak Serai, lkan Sembilang Panggang Berlada , ltlk Berladok, Sup Tulang Rusuk, Sotong Masak Kunyit dan Serai and the all-time favorite Siput Sedut Masak Cili Padi.
Ada juga hidangan di gerai-gerai seperti Apam Balik, Roasted Lamb, Assorted Satay, Murtabak, Lidah Sapi with Air Asam, Ayam Percik Panggang, Roti Durian dan banyak lagi.
Di antara yang sempat di cuba adalah:-
Kerabu Soo Hoon
Kerabu Mangga
Nasi Ulam dan Sayur Keladi
Sup Tulang Rusuk
Asam Laksa dan Thai Laksa with Condiments ltik Berladok
Ayam Golek
Kari Kepala lkan Salmon
Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit
Rendang Daging
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi
Sayur Lemak Labu
Sambal Udang Petai
Malay Kuih dan Cake/Pastries
Sedap kan semuanya…
Untuk buffet "SELERA NOSTALGIA RAMADHAN", ni, ianya bermula dari 27hb Jun 2017 hingga 24hb Julai 2017.
Harga buffet ramadhan di Utara Coffee House ni adalah
RM80++ untuk dewasa
RM40++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557.
Jom kita ke
Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888
Facebook page : www.facebook.com/HotelArmadaPJ
So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
Ok ini baru last 2 week punya jemputan hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
2 comments :
Amboi ayam golek dia..mengancam kat situ..hehe
assalamualaikum CLP...wah !! sodapnya tengok lauk ni...
** Mama Maszull
Post a Comment