Tuesday, April 4, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | Hotel Dorsett Putrajaya di Precinct 3 Dengan Tema #Bismillah

Hi Korang,


Ya ampun banyak sungguh nak ditulis mengenai Buffet Ramadhan 2017 ni ek, yelah orang dah bagi kepercayaan so kita kena bagi yang terbaikkk


So last week aku ke Dorsett Putrajaya untuk merasai kenikmatan buffet Ramadhan yang pertama kali di adakan, maklumlah hotel ini baru je dibuka tahun lepas. Hehehe

#Bismillah tau

#bismillah untuk memberkati segala usaha mereka di hotel. Segala-galanya bermula dengan Bismillah. Ini adalah sebab pihak hotel memilih #bismillah sebagai tema untuk buffet Ramadhan tahun ini.








Bermula dari 29 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 Restoran Citra Rasa dan keseluruhan kawasan di tingkat 3 ini akan di hidangkan dengan lebih 500 jenis makanan yang bakal membuatkan para tetamu tidak berhenti makan dari menu pelbagai jenis tempatan mahupun antarabangsa.








Di ketuai oleh award winning chef iaitu Chef Shamsul Rizal Johari bersama pasukannya akan menghidangkan pelbagai jenis makanan untuk bulan Ramadhan ni di antaranya:

  • Buffet Durian
  • Barbequed Venison
  • A wide variety of delicious age old curry recipes from Aunty Mani
  • Shell out barbeque seafood
Buffet durian, makan sampai kenyang ye



hidangan shell out


Di tingkat yang sama juga, selain daripada hidangan buffet turut disediakan surau yang besar dan lengkap untuk kegunaan kesemua para tetamu.

Pencuci mulut yang awesome

Tidak lupa jugak para tetamu akan dihiburkan dengan kumpulan Sri Mawar yang di terajui oleh penyanyi Isma yang bakal mendendangkan lagu-lagu semasa berbuka puasa nanti.

sempat bergambar dengan Isma tau lepas dia perform malam tuh


A post shared by ciklilyputih (@ciklilyputih) on


Untuk buffet Ramadhan 2017 ni, ianya bermula dari 29hb Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet Ramadhan 2017 di Dorsett Putrajaya adalah

RM120nett untuk dewasa 

RM60nett untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan warga emas


Eh ada Berita Baik !!


Dorsett Putrajaya sekarang ni sedang menawarkan promosi jualan vouchers untuk buffet ramadhan 2017 ini

RM60nett seorang pada pembelian sepanjang bulan April 2017

RM99nett seorang pada pembelian sepanjang bulan Mei 2017 (special offer of 5+1 where every 5 Ramadhan buffet vouchers bought receives 1 free voucher)

RM120nett seorang pada pembelian sepanjang bulan Ramadhan 2017 (special offer of 5+1 where every 5 Ramadhan buffet vouchers bought receives 1 free voucher)

Untuk tempahan, korang boleh hubungi +603 8892 8388 atau pun email je ke fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

Jom kita ke:

Dorsett Putrajaya 
Lot 3 (Lot 3C5) 
Precinct 3, 
Wilayah Persekutuan, 
62000 Bandar Putrajaya, Putrajaya 



So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.




2 comments :

Suria Amanda said...

Alaaaa...bestnyaaa..x ajak kita pun....

Nour Adieb said...

laaa, rusa rupanya yang dipanggang tu. ingatkan kambing <3 ada durian plak tu. nyumnyumnyum <3