Hi Korang,
Aduiyai agak penat dan lembap aku nak mengupdate entry Umrah 2017 ni
Hehehehe dasar pemalas kannn hahahahaha
Dah mari sambung
budak berdua, belum bangun kitaorang dah angkat bawak pi masjid. tengok si aakif minum susu pun mata pejam hehehe
Kitorang duduk kat Madinah ni memang bangun awal sebelum subuh lagi dan tidur awal lepas isyak dah makan terus tidur. Penat kot tak per tak per demi pahala kann hehehehe
di tepi rove hotel, nak naik bas hehehe
So pagi hari tuh, lepas sarapan dalam kul 7.30 pagi kitaorang dah naik bas untuk pi melawat. Wah bestnya dapat berjalan, dapat tengok keindahan bumi arab ni.
Bagi aku bandarnya unik, pokok-pokoknye kurang. Jalannye luas. Bangunannya kebanyakkannya bentuk petak-petak hehehehe
Masjib Quba
Tempat pertama yang kitaorang pi adalah Masjid Quba
Masjid Quba adalah masjid pertama yang dibangun oleh Rasulullah saw. pada tahun 1 Hijriyah atau 622 Masehi di Quba, sekitar 5 km di sebelah tenggara kota Madinah. Dalam Al Qur'an disebutkan bahwa masjid Quba adalah masjid yang dibangun atas dasar takwa (Surat At Taubah:108).
dengan acik-acik geng Raudhah saya
Hah itu sejarahnya, dekat je dengan area bandar Madinah ni. Aku sempat bersolat sunat dalam masjid ni. Ermm syukur ya allah. Lepas solat ewah, sempat shopping kat tepi masjid ni sebab ada orang berniaga. Mr Big beli coklat 2 beg besar untuk bagi kengkawan kat opis katanya.
Ladang Kurma
Borak-borak dalam bus tup-tup dah sampai pun ke lading Kurma ni.
buah delima tuh, sebijik beso 5 riyal je ekkk murahhh
Selain daripada tuh ada jugak jual coklat pelbagai jenis dari Turki, barangan masakan macam minyak zaitun, saffron, cia seed dan memacam lagi. Aku rasa sini je habis beratus ek hauhauahuahua
Jabal Uhud
Bukit Uhud atau Jabal Uhud (جبل أحد) adalah sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter dan terletak kira-kira 7 km dari Madinah. Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi.
Lepas je abis melawat di sekitar Jabal Uhud, kitaorang melawat para peniaga yang berniaga di sekitarnya. Ya ampun, murahnya tak henggat sampai aku pun tersangkut beli jubah untuk family kan. Sempat belikan souvenir untuk ayah dan adik sekali.
Abis melawat dalam pukul 11 pagi, ermm sekejapan kan.
Naik bilik rehat kejap dan siap-siap untuk pi solat di masjid Nabawi. Kat sini memang seronok sangat pi masjid kat sini kenapa kat Malaysia tak de perasaan seronok cam ni. Huhuhuhuhu…
Jawabnya kena berubahlah ye…
Ini baru hari ketiga, ada lagi 9 hari lagi aku nak citer.
So sabar ye hehehhe
Meh baca entry UMRAH 2017 sebelum ni
1. Umrah 2017 | Rezeki Yang Tak Di sangka
2. Umrah 2017 | Persiapan Kelengkapan Umrah Bagi Perempuan
3. Umrah 2017 | Hari 1 Kuala Lumpur - Madinah (8 jam flight)
4. UMRAH 2017 |Hari 2 Madinah – Ziarah Dalam Dan Raudhah
Selamat membaca hehehehe
6 comments :
huwahh jenuh diriku mencari cara nak komen , rupanya kena klik tajuk ...
syok la kak merasa smpai sana ... jellyyyy
seronok betul bila baca kisah sahabat2 buat umrah. inshaAllah, ada rezeki nak buat lagi umrah dalam masa akan datang :)
Seronoknya .... Mudah-mudahan satu hari nanti akak dapat menziarahi Madinah dan Mekah. Ameen
sedapnya mkn kurma&delima
fresh dari ladang
Yang berminat untuk makan makanan melayu di Madinah, boleh tempah nasi lemak di facebook.com/nasilemakdimadinah/. Harga hanya 12 riyal sekotak sahaja dan porsi yang besar. Minimum hanya 5 kotak. Penghantaran terus ke hotel 10 riyal.
assalam.. nk tnya.. cuaca waktu CL pegi ni ok x? berapa degree c ye?
Post a Comment