Wednesday, March 29, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | ‘Seindah Ramadhan' di Palace Of The Golden Horses

Hi Korang,

Iam back with buffet ramadhan 2017 review

Ewah!! Dah macam host tv pulak ek hehehehe

As usual beginilah gayanya bila tinggal lagi 2 bulan nak sambut Ramadhan kan, banyak hotel dan restoran sibuk menghantar invite untuk kitaorang review buffet Ramadhan mereka.


Bagi slot pertama ini aku ke Carousel International Coffeehouse, Palace of the Golden Horses hotel di Mines untuk menikmati hidangan buffet ‘Seindah Ramadhan’

Disediakan oleh Chef Eksekutif Wilfred Lim bersama pasukannya, hidangan bufet yang diberi tema ‘Seindah Ramadhan’ akan memberi tumpuan kepada masakan Timur Tengah dengan daging Unta daripada Arab bakal menjadi tarikan utama dalam sajian istimewa ini.

Wah makanan timur tengah, I like!!!

Seindah Ramadhan menawarkan lebih 150 sajian yang pasti menarik perhatian korang dengan 15 stall yang akan aktif sepanjang sajian berlangsung. Dengan campuran masakkan timur tengah arab dan makanan terkenal asia, buffet seindah ramadhan pasti tidak mengecewakan korang



Sebagai pembuka selera, banyak pilihan bufet yang menyelerakan seperti Ayam Dara Goreng Berkunyit, Paru Goreng berlada, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Acar Betik Muda, Udang Goreng -Berempah, Ulam-ulam Melayu, Acar Rampai dan Acar Buah.

Daging Unta Panggang berempah

Untuk menu signature yang pasti menjadi kegemaran korang iaitu Sup Unta Berempah, Rendang Daging Unta, Nasi Kerabu Unta Salai dan Daging Unta Panggang berempah.









Terdapat juga, hidangan seperti Kambing Panggang, Daging Bakar, Goreng Homemade lobak Cake, Murtabak Ayam, Murtabak Daging, Sup Gear-Box, Gulai Kawah , Laksa Johor dan Mee Udang Pinang, Lychee Goreng dan Cendol.


Oh ye, buffet buah-buahan juga turut di sediakan dan raja buah iaitu Durian turut ada disediakan bersama-sama buah-buahan segar yang lain seperti Manggis, Rambutan dan Langsat. Bagi menambahkan kesedapan lagi buah-buahan ini, di sediakan sekali stall buah goreng dimana terdapat Lychee Goreng, Nenas Goreng, Rambutan Goreng dan Cempedak Goreng, wah ini betul-betul special ni.

Pelbagai jenis pemanis mulut

Jom makan beramai-ramai di bulan puasa nanti

Untuk buffet Ramadhan 2017 ni, ianya bermula dari 22hb Mei 2017 dari 6.30petang hingga 10.00 malam hingga 24hb June 2017


Harga buffet ‘Seindah Ramadhan’ 2017 adalah

RM178 untuk dewasa 

RM89 untuk kanak-kanak dan warga emas. 

Promosi EARLY BIRD boleh didapati dari 1 Mac hingga 21 Mei di mana semua tempahan yang dibayar layak mendapat diskaun 15%. Selain promosi EARLY BIRD, pengunjung boleh menikmati Deal 9 + 1: Yang mana seorang tetamu akan dapat makan secara percuma dengan setiap sembilan tetamu (9) membayar dari 22 Mei hingga promosi berakhir.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8946 4888 atau pun email je ke fnbreservation@pgh.mines.com.my

Jom kita ke:

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel : 60 3 8946 4888




So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.

3 comments :

sitirohaida said...

hadoiii..nasib baik tak pose...

~ Kisahsidairy~

el said...

amboiii awal nye review buffet ramadahan
ni yg xtahan godaan ni haha

hasliynda umairah beauty said...

sedapnya