Hi Korang,
Filem The LEGO® BATMAN Movie yang akan ditayangkan tidak lama lagi menjanjikan sesuatu yang paling ‘mengagumkan’ – iaitu paparan Dark Knight dengan cara LEGO® yang tersendiri. Sempena tayangan perdana filem ini, LEGO Malaysia menghiburkan para peminat BATMAN yang paling disayangi ini dalam Acara Khas The LEGO® BATMAN Movie di Atrium & Lobi Pintu Masuk Timur, Tingkat Bawah, Mid Valley Megamall. Acara untuk pengguna ini berlangsung dari Isnin 6 Februari 2017 hingga Ahad 12 Februari 2017.
Dianjurkan dengan kerjasama 20th Century Fox Malaysia dan Toys “R” Us untuk mempromosi filem terbaru dalam francais LEGO® dan memperkenalkan edisi terhad baru set The LEGO® BATMAN, peminat LEGO® dan wira pembanteras jenayah Gotham ini akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti bertema The LEGO® BATMAN Movie, diorama LEGO® ciptaan peminat, dan peluang untuk menebus pelbagai cenderahati LEGO®!
“Filem The LEGO® BATMAN Movie adalah mercu jaya baru bagi kami. Seperti The LEGO® Movie, ia pasti sekali lagi mencetus fenomena budaya pop dan kami sememangnya mahu memastikan kami dapat berhubung dengan peminat menerusi cara kami sendiri – dengan menyemai keseronokan membina. Acara ini bukan sekadar susulan filem, tetapi dari segenap segi merupakan unsur penting yang dijanjikan oleh LEGO® dan kami rasa tidak sempurna untuk menayangkan filem tanpa menganjurkan acara ini,” kata Jacob Leighton Rennison, Pengurus Pemasaran Kanan LEGO Malaysia.
Peminat setia LEGO® dan BATMAN berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik yang berikut di Mid Valley Megamall:
Cabaran Persembunyian Joker (Joker’s Hideout)
Joker’s Hideout ialah cabaran dengan tema yang pasti dibanggakan oleh peminat LEGO® dan BATMAN. Sepasukan 4 orang meneroka bilik-bilik berlainan dalam Persembunyian tersebut dan menggunakan LEGO® untuk membina dan menyelesaikan teka-teki untuk membolehkan mereka menangkap The Joker. Cabaran ini direka cipta untuk kanak-kanak berumur 5-12 tahun.
Diorama unik LEGO® BATMAN Movie
Satu-satunya diorama LEGO® BATMAN Movie ini dibina khas oleh peminat setia LEGO® di Malaysia dari Kumpulan Pengguna LEGO® Malaysia (LOM). Kumpulan ini menganjurkan pertandingan membina LEGO® untuk menggalakkan peminat menyerlahkan bakat kreatif dalam diri mereka dan membina diorama berdasarkan filem tersebut. Sebanyak 25 hasil ciptaan terbaik dipamerkan di acara tersebut.
Bergambar dengan LEGO® BATMAN dan LEGO® ROBIN!
Pengguna Instagram yang suka memaparkan gambar mereka di media tersebut pasti teruja dengan kemunculan mengejut maskot LEGO® BATMAN dan LEGO® Robin. Sebuah gerai foto dengan latar belakang The LEGO® BATMAN Movie menawarkan kemudahan cetakan gambar serta-merta untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Di samping itu, peminat setia Dark Knight tidak harus melepaskan peluang untuk melihat 10 Batsuit LEGO® BATMAN yang berlainan dalam 2D.
Cenderahati eksklusif LEGO® BATMAN Movie menerusi aktiviti Buat dan Bawa Pulang
Dengan kerjasama Toys “R” Us, peminat yang membeli mana-mana set mainan The LEGO® BATMAN Movie boleh membina Bat Mobile mereka sendiri di ruang mainan khas LEGO® dan membawanya pulang untuk digandingkan dengan set baru mereka.
Peminat LEGO® dan Batman juga boleh mengunjungi gerai sementara The LEGO® BATMAN Movie yang akan didirikan di Pavilion, Kuala Lumpur, Ipoh Parade, Ipoh dan Queensbay Mall, Pulau Pinang. Selain itu, pembelian setiap dua (2) tiket filem akan membolehkan penonton menebus Bat Blind Coupon istimewa dari kaunter tiket Golden Screen Cinemas, yang melayakkan mereka untuk menebus hadiah istimewa apabila membeli barangan LEGO® BATMAN di 7 gedung sah LEGO®.
Acara The LEGO® BATMAN Movie akan diadakan dari Isnin, 6 Februari 2017 hingga Ahad, 12 Februari 2017. Untuk maklumat lanjut acara dan gerai sementara yang disediakan, sila ke laman Facebook dan laman web rasmi LEGO® Malaysia, www.facebook.com/legomalaysia.official, dan www.lego.com/en-my/batmanmovie atau laman Facebook Toys “R” Us Malaysia www.facebook.com/toysrusmy. The LEGO® BATMAN Movie akan ditayangkan di layar perak mulai hari Khamis, 9 Februari 2017.
Ikuti berita dan perkembangan terkini The LEGO® BATMAN MOVIE dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Warner Brothers Pictures www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia. Peminat boleh berkongsi pengalaman The LEGO® BATMAN MOVIE mereka dengan menggunakan hashtag #LEGOBatmanMovieMY dan #BuildSomethingBatmanMY.
3 comments :
wow
menarik sgt
Hebat betul mereka buat promosi kan CikLily
Sebab itulah Lego mahal
alamak comel plak logo batman tu.. anak2 jue tgk ni mau depa nak seketul
Post a Comment