Thursday, February 16, 2017

KL Carnival Bukit Jalil Bermula 24hb Mac 2017, Jom Datang Beramai-ramai

Hi Korang,



Sebuah majlis pengenal dan ramah mesra bersama media telah diadakan oleh pihak pengurusan KL Carrnival Entertainment Shopping Bazaar Sdn. Bhd. bagi menghargai pengamal media tempatan dalam mempromosikan penjenamaan semula bazar berkenaan.




Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd., Mohd Rustam Haji Roshandin



Majlis beramah mesra di tapak KL Carnival, di Bukit Jalil ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL Karnival Sdn. Bhd., Mohd Rustam Haji Roshandin yang dalam rangka suai kenal bersama media tempatan.


Turut memeriahkan majlis, barisan artis tempatan dan personaliti tanah air yang menjadi residen artis KL Carnival. Antara yang menghadirkan diri ialah Amira Othman, Shiha Mentor, Tahirah Sirat, Ramona Zarnzam, Ziha AF, Alif AF, Shidee, Joey BPR, Maria Tunku Sabri, Sharifah Zarina, Man Raja Lawak, serta Reyhana Yunus dan ramai lagi yang akan hadir bagi menyokong usaha KL Carnival.

Persembahan Pembukaan dari Atari Concept

Selain diserikan dengan kehadiran residen artis, pengamal media juga berpeluang meninjau ruangan jualan yang mula beroperasi pada 24 Mac 2017. Majlis ramah mesra diakhiri dengan sesi karaoke di antara pengamal media dan residen artis.

Dengan pelaburan sebanyak RM5,000 000.00, KL CArnival Entertainment Shopping Bazar yang berkonsepkan 'Kontena Market' dengan lebih 300 kontena dan 300 khemah ini bakal menjadi bazar yang menggunakan konsep kontena terbesar di Asia.


Pemindahan ke lokasi baharu ini sekaligus dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari pendapatan tambahan serta mampu merancakkan ekonomi dan industri pelancongan negara.

Sebelum ini, peniaga di KL Downtown Night Market hilang punca pendapatan selepas tapak niaga yang telah beroperasi 10 tahun di Bandar Tun Razak terpaksa ditutup kerana projek pembangunan.

 


Sedikit sedutan temuramah yang di siarkan di salah sebuah rancangan tv baru-baru ini mengenai KL Carnival Bukit Jalil

ini contoh kontena tuh, tapi nanti boleh renovate la kan

Untuk pertanyaan mengenai sewa tapak kontena, korang sila hubungi:

03 - 4288 2844
016 - 677 7016


Visual concept berkenaan tapak KL Carnival Bukit Jalil

Visual concept berkenaan tapak KL Carnival Bukit Jalil


Korang boleh check it out, info lanjut di social media:-

Website : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/klcarnival/


1 comment :

el said...

kontena market..mesti menarik ni