Hi Korang,
Agaknya sekarang ni trend makan cheese tart ek!!
Merata-rata orang duk heboh mencari cheese tart ni, ada tuh sampai sanggup beratur panjang tak henggat. Nasib baik aku bukan peminat tegar pun tapi sekali sekala kemaruk jugak nak makan cheese tart sedap ni.
Kebetulan hari tuh, jejalan ke One Utama
Alah hari cuti kan so pi cuci-cuci matalah sket, asyik melepak depan tv je kalau hujung minggu memang tak de plan pun. Tawaf jugaklah satu One Utama tuh until aku sampai di bahagian Old Wing ni. Aku perasan kemain ramai benau orang beratur depan kedai ni.
Ye mak bukan kaki jelalah di OU ni so pilah tengok ermm rupa-rupanya kedai ala-ala bakery iaitu Pablo Cheese Tart. Wah ada lagi kedai cheese tart baru di buka di One Utama ni kan.
Rupanya ada promosi Baked Matcha Cheese Tart with Shiratama and Azuki beans, ini perisa baru je dilancarkan pada 11 Januari hari tuh pada harga RM49.90 sebijik Tart yang besau tuh.
Cheese Tart berperisa teh hijau diperbuat dengan menggunakan serbuk matcha yang banyak bagi memberikan warna hijau cantik secara semulajadi. Ianya di sekali paste kacang merah dan bola mochi untuk kemanisan dan tekstur. Jadi rasanya lebih sedap tak kata berbanding dengan original cheese tart mereka.
Not bad jugak rasanya, tak terlalu manis tapi rasa cheesenya meletopss wei. Makan ramai-ramai baru sedap tau.
Selain daripada Matcha Cheese Tart ada juga promosi untuk perisa matcha ni.
Kalau korang peminat tegar Matcha Green Tea memang patut cubalah menu-menu terbaik dari Pablo Cheese Tart ni.
Ini hah alamatnya, aku kongsikan ye
S130, Level 2, 1 Utama Old Wing
Business hours: 10am – 10pm
Untuk info lanjut, korang boleh check it out di https://www.facebook.com/pablocheesetartmalaysia/
#pablomymatcha
#pablomymatcha
3 comments :
mmg jenis beso je ke die jual..tkde yg kecik2...???
terliur tengok tart & ice cream matcha tu!
sedap ehh cheese tart nie...apsal mahal sgt huhuhu...yg size kecik ader x
Post a Comment