Hi Korang,
Memang nasi beriani ni jadi one of favourite aku. Even hari-hari makan pun tak per tapi gemuk plak dibuatnya kan hehehhehee.
Normally nasi beriani ni dihidangkan dengan kuah dalca kan tapi di Nasi Beriani Sinar Dulang ni lain sket. Ada yang lagi special tau.
Aku pun baru tau tempat makan sedap di Subang Bistari ni, alah biasalah dengan bantuan google, facebook, Instagram maka sampailah aku kemari. Datang pulak dengan kengkawan blogger kaki makan haruslah memang seronok.
Nama kedai ni adalah Nasi Beriani Sinar Dulang,
Dengar nama pun terus rasa bersinar-sinar nak makan nasi beriani dalam dulang ni kan. Tuan punya kedai ni Encik Amir menerangkan kepada kitaorang yang nama Sinar Dulang ni bermaksud semoga bisnes nasi beriani beliau ni terus bersinar dan dulang pula membawa maksud kepada bisnes katering yang di jalankan.
Sebenarnya En Amir ni menjalankan bisnes nasi beriani ni secara catering tapi di disebabkan permintaan ramai yang mahukan nasi beriani ni secara harian maka beliau pun membuka kedai makan Nasi Beriani Sinar Dulang ni.
Kita tak payah tunggu lelama, order je then sekejapan hidangan pun siap sampai atas meja hehehe.
So apa yang special?
Pernah dengar tak nasi beriani di hidangkan sekali dengan air asam. Ye air asam yang selalu orang makan dengan ikan bakar tuh. Tapi kat sini ianya dihidangkan dengan nasi beriani tu sekali.
Oh ya, di antara menu nasi beriani yang dihidangkan adalah:-
Nasi beriani Ayam + Air asam utara - RM6.50
Nasi beriani Daging + Air asam utara - RM7.50
Nasi beriani Kambing + Air asam utara - RM8.50
Nasi beriani Combo (ayam + daging + kambing) - RM17.00
Hambik ko, apa lagi meh aku cuba dulu.
Hajat hati memang nak makan yang nasi beriani combo tuh tapi apakan daya tekak dah memanggil-manggil suruh makan daging kan, so kita cuba daging.
Hajat hati memang nak makan yang nasi beriani combo tuh tapi apakan daya tekak dah memanggil-manggil suruh makan daging kan, so kita cuba daging.
Not bad, first time makan nasi beriani dengan air asam. Rasa dia blend, langsung tak de rasa pelik pun. Nasi sedap dan bau harum, daging lembut yang aku dapat tuh dan air asam memang terbaek.
Masa kitaorang datang tuh, ianya merupakan hari pertama pembukaan Nasi Beriani Sinar Dulang ni. Walaupun baru satu hari dibuka namun sambutannya menggalakkan sungguh.
Selain daripada pengunjung restoran dari kawasan setempat, turut memeriahkan majlis merupakan anak-anak yatim yang dijemput khas untuk merasai sendiri rasa kehebatan nasi beriani yang ada ditawarkan di sini.
Siap ada abang askar yang tapau lagi tau
Kedai ini di buka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga jam 3 petang. Pada sebelah malamnya pula terdapat vendor-vendor kecil yang berniaga di situ. Lokasinya terletak di U5 Corner Subang Bestari berhampiran dengan Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Petaling dan Mahkamah Rendah Syariah Petaling. Ikut je jalan dari Subang Airport tuh, nak nampak Subang Bestari kat junction Star Avenue Shopping Mall tuh terus je jalan kedalam ek.
Nasi Beriani Sinar Dulang,
U5 Corner,
Jalan Teratai Utama,
Subang Bestari.
(Sebelah dengan Juneda Italian Taste-bukak malam je)
Maklumat mengenai nasi beriani sinar dulang, boleh terus ke fanpage Sinar Dulang Katering atau hubungi 019 296 6353.
Selamat menjamu selera korang!!!...
Selamat menjamu selera korang!!!...
1 comment :
wow sedapnya
Post a Comment