Hi Korang,
Ermm dimsum siapa yang tak suka kan..
Especially pompuan mok yang kuat makan cam aku ni hahahaha guling-guling sket lantai tuh cam DakUban mintak makan.
Wah cantik jugak yang kat Pavilion Elite ni ek, baru je bukak tak silap aku awal January 2017 kot sebab aku dapat invite media launchnye tapi mak busy noks tak sempat nak pi. Simple je dekorasinya dan boleh muat 80 orang sekali makan tau.
Kali ni Meng (DDS team) jemput lagi ek, yelah katanya nak berkenalan kan hehehhee
Masa kitaorang pi tuh, ada promosi istimewa sempena CNY 2017 ‘ Prosperity Set Menu’. Wah kemain kedai dim sum pun ada promosi CNY tau, ini sudah bagus.
Mari aku tunjukkan set menu ni ek
Of course ler mesti kena ada Yee Sang, kalau tak memang tak lengkap upacara makan besar ni. As usual ni, segala ramuan termasuk salmon sekali hendaklah digaul-gaul seberapa tinggi yang boleh sambil cakap more money, more bonus, more healthy dan memacam lagi lah, cakap menda yang bebaik lah. Dah gaul-gaul then baru makan dan aku pencinta raw salmon ni akan cari salmon dulu la kan hehehehe
(parcels filled with crabmeat in a scallop superior sauce)
(prawns and chicken dumplings in a spicy tangy sauce)
Ya ampun betapa sukanya aku dengan dimsum ni sampai kuahnya aku hirup even budak waiter nak ambil pinggan pun aku tak kasi until kuahnya habis, sedap tuh. Pedas-pedas sedap, orang melayu kan tak boleh berpisah dengan pedas
(with filling of diced chicken, mushrooms and peas)
Aku kan memang tak berapa gemar keladi, sebab takut gatal hehehe poyo. Tapi yang ni aku bedal sesungguhnya sebab isi kat dalam Croquettes tuh sedap bak hang!
(steamed delicate rice rolls with prawn filling and served with house-made belacan dip)
Bayangkan menda ni licin, nak ambil susah asyik terkeluar je isi udang tuh. Sudahnya aku mintak cutlery ermm settle !! siap sayur sekali aku bedal. Sos belacannya sedap wei terasa udang kering tuh.
Rafzan kemain suker nau menu ni, katanya kalau masak sendiri tak sedap. Eh kat sini boleh jadi sedap plak kan hahahaha
(with prawns, Omega eggs and ebikko)
Dengan muka tak malunya, order untuk kali kedua sebab sedap dan berebut-rebut makan. Sekejapan licin dibuatnya
(steamed house-made “nian gao” rolled in freshly grated coconut)
Aku ingat dodol tapi rupanya macam kuih kaswi, sedap ooo
Tak manis tak tawar tapi aku makan sket sebab dah kenyang sangat ooo.
Roosters Sweet Green Bean Dimsum
Untuk set Prosperity Set Menu berharga RM70+ seorang. Lebih baik korang datang beramai sebab minimum order adalah untuk 5 orang tau. Sekarang ni tengah berlangsung promosi ni sehingga 11th February 2017.
Selain daripada set ni, dimsum yang lelain ada jugak lah wei. Walaupun harganya agak mahal sket daripada dimsum frozen kat luar tuh tapi memang-memang sedap. Eh bukan dimsum je ada kat sini, menu makanan ala-carte macam nasi goreng, mee goreng chinese style pun hado jugak. Ini selera tekak korang lah cam ne
Bagi yang first time nak makan dimsum tuh aku syorkan korang ke sini la ek
Level 1, L1.102.00
Pavilion Elite
168 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-2110-5019
Open daily 11.00am-10.00pm
Sat/Sun/PH: 10.30am-10.00pm
More info on www.dollydimsum.com
Terima kasih Dolly DimSum atas jemputan makan-makan bloggers ni ek heheehhee lain kali jemput lagi tau..
4 comments :
Bestnya...bila la diorang ni nk jemput i plak....i suka dim sum...
.
adoi dapnye tgk dimsum tu...dlu ms opis dkt ngan pavi..tk buka lagi dolly ni hehe
comel owh.. Roosters Sweet Green Bean Dimsum tu..
tak pernah lagi cuba dimsum....mungkin boleh cuba disini
Post a Comment