Hi Korang,
Sebenarnya aku ada banyak sangat entry pasal makan yang aku tak sempat nak citer kat korang, yelah konon katanya padahal malassssss hahahaha
So bila ada kesempatan nak tulis, haruslah tulis kan.
Kitaorang ada makan-makan family lagi, kali ni dekat je dengan umah di Bangi Gateway Seksyen 15.
Seriously aku tak tau lah cam ne si gemuk ni boleh tau ada restaurant yang macam high taste kat Bangi ni ek, padahal dia duduk Shah Alam. Even si Siti yang Bangi Gateway depan rumah dia pun tak tau akan kewujudan restoran ni.
Rupanya restoran Cengkih ni kepunyaan Chef Norman Musa ala yang famous kat oversea tuh, especially kat London. Aku kenallah Chef Norman Musa ni tapi tak delah kenal betul, kenal-kenal gituh lah.
Errmm menyajikan hidangan Malaysian yang di fusion kan.
As usual kalau keluar dengan diorang ni tak dapat nak snap gambar banyak sebab diorang bila sampai je makanan terus seranggggg hahahahahha…. Bukan cam kita yang buat food blogging ni, nak amik gambar sekian jam, nak susun prop, check lighting bagai kan sudahnya makanan pun sejuk. So tak dapat nak taste rasa makanan tuh dengan sepuasnya.
Kitaorang order:
Dah jom makan! Hehehehe
Lepak borak-borak sambil makan memang seronok, tapi yang herannya ada je topik yang nak diperkatakan padahal setakat citer pasal family je pun. Maklumlah keluarga besar so banyaklah citernya hahaha
In terms of harga, oklah kot bagi aku. Rasa macam makan kat kedai makan lain je. Bangi ni orang-orangnya dah level-level tinggi so bersesuaianlah dengan harga dan tempat makan tuh.
Korang kalau nak singgah, meh ke
Bangi Gateway Mall,
Seksyen 15, Persiaran Pekeliling,
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Opening hour : Tues-Sun, 12pm-11pm
Ermm orang Bangi kalau tau ada restoran cam ni, dalam sekejapan je kena serbu kan hehehhee…
Ok nanti sambung lagi ek cerita pasal makan sedap ni tau...
2 comments :
wah chef Norman punya restoran ye...
unik nama nyer :)
Post a Comment