Wednesday, December 21, 2016

Miss Whoosh Glamorous Dari Whoosh Eyewear

Hi Korang,

Pada 16hb Disember yang lepas, merupakan hari bersejarah kepada Woosh Eyewear iaitu jenama saudara Focus Point - dimana acara Miss Whoosh Glamorous pertama dihos oleh mereka.


"Pantas. Segar. Maju" - adalah kata-kata yang sempurna mengambarkan penciptaan Whoosh. Tujuan cermin mata Whoosh diperkenalkan adalah untuk memenuhi trend anda yang menilai gaya, mutu, dan nasihat professional di mana sahaja. Whoosh menawarkan bingkai pelbagai jenis gaya dari Korea, dikategorikan di ba- wah 3 gaya tersendiri - BERGAYA, URBAN dan VINTAGE dimana dengan harga yang berpatutan yang tiada fee tersembunyi atau caj cetakan baik.



Selain daripada membetulkan penglihatan seseorang, cermin mata juga dianggap sebagai aksesori fesyen pada zaman sekarang. Elemen ini dapat bawakan pakaian dan gaya seseorang. Kini, memperkenalkan 80 pasang cermin mata Whoosh Eyewear yang trendi kebelakangan ini - dimana semua serbaguna dengan penampilan dan gaya tersendiri. Koleksi terbaru ini akan dipamerkan oleh Miss Tourism International World Pageant - menyimbolkan gaya, keindahan dan keyakinan - juga menggabungkan jenama persona.


54 wanita yang menakjubkan dari seluruh dunia ini telah menggayakan dengan koleksi cermin mata Whoosh. Wanita-wanita yang terpilih ini adalah berdasarkan kepada keayuan, keanggunan dan keyakinan mereka bila berada di atas pentas. Dari 54 wanita ini salah seorang daripadanya akan dinobatkan sebagai duta Whoosh. Sekaligus berpeluang memperagakan koleksi terkini Whoos dengan membawa gelaran Miss Whoosh Glamorous.


"Kita amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan D'Touch International Sdn Bhd, penganjur Miss Tourism International Worl Pageant, untuk menyampaikan anda wakil dari seluruh dunia yang membawa mesej yang kukuh tentang kedamaian, muhibah dan bertimbang rasa," kata Dato' Liaw Choon Liang, Presiden dan CEO Focus Point Holidings Berhad.


Di antara panel hakim untuk acara tahun ini ialah Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKT Logistics Group Sdn Bhd Dato Michael Tio, CEO dan Pengarah Kreatif A Cut Above Datin Winnie Loo, Miss Malaysia Queen of Tourism 1996 Cik Zoee Tan dan Miss Malaysia Tourism Queen 2004 Cik Lavence Lim.

Ada 2 kategori iaitu cermin mata biasa dan cermin mata hitam, designnya cantik-cantik belaka sampai boleh tergoda aku dibuatnya bila model-model menggayakannya.


Dan akhirnya Miss Mexico ternyata lebih menyerlah dan telah dinobatkan sebagai Miss Whoosh Glamorous. 

Tahniah diucapkan, cantik wei Miss Mexico ni


Kemudian kami di bawa melawat ke Butik Whoosh Eyewear di The Curve ni, ermm boleh juling bijik mata bila tengok koleksi yang cantik-cantik ni..

Nanti bolehlah tempah cermin mata kat Whoosh Eyewear ni lah...

Untuk informasi lebih lanjut, sila layari http://www.whoosheyewear.com

#Whoosheyewear 
#MissWhooshGlamorous



2 comments :

el said...

mmg juling CL oiiii haha

Hasrul Hassan said...

Hai miss mexico .. hehehe... :) saya abam hasrul .. kurang kacak tapi baik hati .. ekekekeke...

Uhh spek pun guna model ehh nak promote.