Thursday, November 17, 2016

Create Magical Moments Dengan Enchanteur Dan Jugak Mr Banker Tercinta

Hi Korang,

Mesti ramai nak tau siapa Mr Banker tuh ek!!!

La of courselah Mr Big sapo laie, dia je yang hado dalam hati ni ha hahahahahah pepagi dah poyo ek mengalahkan orang baru bercinta pulak. 

Create Magical Moments?


Ermm hari-hari aku buat dengan Mr Big lah, alah bukan apa pun bergambar jelah bagi mengenang kembali zaman-zaman muda kitaorang bila dah tua nanti. Memang melambak-lambak gambar selfie ke photoshoot yang kitorang ambil alah buat suka-suka je sampai penuh memori handphone kan. 

Itulah Magical Moments kitaorang berdua….


Bila dah banyak gambar-gambar tuh, nak buat apa ek?

Simpan buat pusaka!! Hahahahaha

Bagi korang yang kaki contest tuh boleh join online contest ‘Create Magical Moments’ dari Enchanteur ni. Senang je submit gambar thru instagram then korang berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa dari Enchanteur. 


Aku dapat tahu pun dari event Enchanteur yang aku attend baru-baru ini di ioi City Mall. 

Enchanteur sedang dalam mempromosikan beberapa produk penjagaan peribadi terbaru mereka yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk korang.


Hadir sekali semasa di Enchanteur ‘Create Magical Moments’ roadshow ini adalah duta terbarunya iaitu selebriti Foziah Gous dan suami tercintanya.


Foziah dan suaminya Zhafran Yusof sempat berkongsi cerita beberapa kenangan manis mereka sewaktu dari sebelum kahwin hingga mereka sudah pun mempunyai cahaya mata iaitu Muhammad Zeeshan.


Ye betul, bauan memainkan peranan dalam perhubungan

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.

Di antara produk yang di perkenalkan adalah:-

ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème 
(harga RM9.20 - RM13.65)

ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Perfumed Lotion 
(harga RM7.50 – RM21.00)

Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda.

ENCHANTEUR Perfumed Deodorants 
(harga RM4.90 - RM11.90)

ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.

ENCHANTEUR Eau de Toilette 
(harga RM18.75 - RM33.50)

Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis.

Jom dapatkan produk-produk Enchanteur ni ek


Eh jap, aku belum share lagi pasal contest ‘Create Magical Moments’ tuh. 

Syarat-syaratnya:

1. Dengan pembelian barangan Enchanteur bernilai RM15 ke atas, korang dah layak untuk menyertai peraduan ini. (eh resit simpan tau, penting tuh)

2. Ambil gambar bersama yang tersayang ek


3. Upload di Instagram korang dengan hashtag #createmagicalmoments dan mesej ayat-ayat cinta korang yang asyik masyuk tuh ek. 

Hah itu je

Korang boleh hantar seberapa banyak penyertaan pun janji resit mesti ada ek. 

Hadiah-hadiahnya:-


Lumayan kan…

Dah jangan fikir panjang lagi cepat-cepatkan dapatkan barangan Enchanteur dan join contest ni ek, mana tau boleh menang pi Maldives kan hauhauaua




Nampak ni, Foziah Gous pun cakap rugi kalau tak join contest ‘Create Magical Moments’ ni tau....






2 comments :

Jueliza Jamani said...

hat perfume tu wangi kak lily..

Nadia Johari said...

romantik diaorang ni. Enchanteur tu teringat bedak lama..hehe