Wednesday, November 9, 2016

11th November Adalah POCKY Day!

Hi Korang,

Pocky ni jajan dari Jepun dah aku rasa ramai yang suka kan!

Aku pun, boleh makan berkotak-kotak wei sebab sedap kan. 


Sempena “hari Pocky” pada 11 November, syarikat pengilang makanan Jepun Ezaki Glico Co., Ltd. (Osaka, Jepun) akan memulakan “Pocky day SMILE COUNTER campaign” pada 2 November mengajak korang mengumpulkan senyuman. Kempen akan dilancarkan di Jepun, China, Taiwan, Indonesia, dan Malaysia di mana POCKY, salah satu biskut coklat Jepun paling popular yang sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-50, begitu digemari ramai.

11 November adalah satu hari keraian yang besar bagi Pocky di Jepun. Bukan sahaja hari untuk menikmati Pocky, tetapi hari untuk menunjukkan kreatif dan riang gembira dengan Pocky. Itulah hari saat-saat penuh keriangan dikongsi bersama. Hari ini semakin popular di Jepun, dan sekarang akan menjadi global sebagai “hari Pocky”. 

Berkongsi Keriangan! Kumpulkan “senyuman,” lambang keriangan


Mesej jenama berbunyi “Kongsi keriangan!” – Pocky percaya senyuman seseorang adalah lambang keriangan, dan dengan berkongsi senyuman, akan membawa perkongsian keriangan seluruh insan. Jadi “Pocky day SMILE COUNTER campaign” terbit daripada kepercayaan ini.

Tuan Tsuyoshi Matsuki, Pengurus Jenama Global Pocky, Ezaki Glico Co. Ltd, mengulas, “Dengan nilai teras berkongsi keriangan!, Pocky telah menyebarkan konsep “Berkongsi riang, ceria dan rasa bersama keluarga dan kawan-kawan yang dikasihi.’ Kami ingin mengembangkan konsep berkongsi keriangan ini dengan manusia seluruh dunia menerusi Kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky dengan meminta semua orang melakukan tindakan mudah iaitu senyum dan berkongsi senyuman.”


Laman web rasmi bagi “Pocky day SMILE COUNTER campaign” memaparkan ‘PEMBILANG SENYUMAN’ yang membilang jumlah foto senyuman dalam waktu sebenar di Facebook peserta (di China Weibo) yang terkumpul sepanjang tempoh kempen. Peserta boleh menyertai kempen dengan mengambil foto senyuman mereka dan membuat posting/berkongsinya dalam laman web rasmi.


Berapa banyak foto senyuman ada dalam Facebook anda (di China Weibo)?

Dengan “Pocky day SMILE COUNTER campaign”, peserta juga boleh mencari dan mengetahui berapa banyak foto senyuman yang ada dalam akaun Facebook mereka (di China Weibo). keputusannya akan ditunjukkan secara automatik dalam “PEMBILANG SENYUMAN”. 

Sempena dengan ‘Pocky Day’ ni, ada acara hebat yang akan di adakan iaitu:-



“ Pocky day SMILE COUNTER campaign” 

Tarikh: Jumaat 11 November ─ Ahad 13 November 2016

Tempat: Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
 


Peraduan Senyuman Terbaik Pocky!


Bagi melayakkan diri untuk peraduan Senyuman Terbaik Pocky, semua senyuman perlu dikemukakan sebelum 30 November. Apabila semua senyuman telah dikemukakan, anda akan berpeluang melawat ke Kilang Pocky di Jepun, tempat senyuman dihasilkan! Kemukakan senyuman anda hanya dengan klik butang mohon di halaman kempen PEMBILANG SENYUMAN hari Pocky, masukkan maklumat yang dikehendaki, dan kemukakan permohonan bersama foto senyuman anda yang terbaik dan paling berseri!

Jom ramai ke Pocky Day nanti ek!

1 comment :

Adam said...

Saya nak ke jepun.
Nanti beli kat sana.
Mesti murah.