Hi Korang,
Kan masa cuti raya hari tuh kemain panjang ermm panjanglah bagi aku ni sampai tak tau nak pi mana hehehehe
Malam jumaat tuh, sambil borak-borak tengok tv Mr Big tanya kita tak de nak pi mana ke cuti panjang ni, ermm aku cakap kita balik kampung jelah lepak-lepak dengan sedara mara je kan. Ermm oklah tuh.
So pagi sabtu tu ktorang keluar rumah awal sebab malas nak tempuh jem teruk kat Seremban tu nanti kan, dalam kul 7 pagi tuh dah sampai Seremban dah, tetiba je Mr Big cakap jom pi breakfast kat Muar lah teringin plak nak makan mee bandung ek.
Mak ok je noks lagipun tak de tujuan kan.
Turun tol air keroh, ikut je highway AMJ tuh sampai ke Muor
Dalam sekejapan dah sampai Muar lebih kul pukul 10pagi cam tuh.
Terus je pi cari kedai yang biasa kitaorang pi makan iaitu kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Alah korang waze je kedai makan ni nanti sampailah senang bebenau tengah bandar.
Walaupun orang ramai but still tetap ada meja untuk kitaorang.
Of courselah order
Inikan menu sarapan orang Muo hahahahhaa
Lepas lepak-lepak makan bermangkuk-mangkuk mee bandung dan sate kitorang terus jalan balik kampung.
Nampak pulak orang jual kupang, lokan, siput tepi jalan ni ek
Terus singgahlah
Nampak pulak orang jual kupang, lokan, siput tepi jalan ni ek
Terus singgahlah
Sempat jugak singgah beli kupang kat area Parit Bunga, Muar ni.
Beli 5 kg
Sebab lama tak makan kan, kupang memang fresh ada saiz besar dan saiz kecil ermm terus je aku amik dua-dua saiz yang besar tuh untuk kitaorang buat BBQ pada malamnya dan yang saiz kecil tuh rebus dan buang kulit untuk di buat sambal tumis.
Ermm terangkat ooooo
Itu jelah citernye
Semuanya gara-gara teringin ek hehehhehehe
Korang dah pernah ke makan mee bandung Muar? ermm suka ke tak ek..
5 comments :
wah balik kampung akak .... kat bas stand jalan bentayan pun ada satu port sedap sate dan mee rebus... termasyur katanya sebab ramai orang ternama sarapan kat situ. emmm terliur tenguk.... nak balik muooooo lah
sedap sgt nampak tu
Hish....orang Muo kalau tak suka Mee bandong Muo mmg kena buang daerah tau haha.....
Mmg kena makan kalau balik kg CL....kalau tak, kang ngigau sampai KL hihi
Akak ni mee bandung kureng sikit.. mi sup okei. Sate tu nampak sodap ;)
mantap nih, bagi2 dong.. :)
Post a Comment