Monday, August 29, 2016

Jalan-Jalan Di Cameron Highlands

Hi Korang,
Tetibe tekak ni nak makan strawbery fresh dr ladang ... Errmm tingg!!
Apa lagi mestilah kita terbayangkan luas terbentangnya kehijauan ladang teh di kaki bukit dan warna warni pelbagai bunga bunga cantik di tanah tinggi Cameron Highland kan.
Actually, bukan sekali dua kita dah pergi ke Cameron Highland ni.



Bahkan dah boleh dikatakan disini la destinasi wajib untuk keluarga kita setiap tahun. Tambah tambah kalau adhoc punya plan percutian..Ini disebabkan Cameron ni  berdekatan dengan kampung halaman . Dan pulak dah ada laluan Simpang Pulai. Nak drift pun boleh dah sekarang..
Opsss !!  tapi jangan tau.. Sayangi diri dan keluarga anda ye. Kami seleluarga selalu memilih Cameron Highland sebagai destinasi jalan jalan makan angin kami. Udara yang sejuk, konon boleh feeling feeling berada di oversea bila waktu malam.

Kali ni nak share tentang Cameron Highland, nak pergi pun dah sangat mudah dengan Highway Simpang Pulai tu.. Kalau nak kesana, korang bukak map Cameron Highland tuh ada dua alternatif untuk sampai ke sana iaitu melalui Tapah dan Simpang Pulai.  Sekiranya kita memilih laluan Tapah jalannya sangat bengkang bengkok dan sangat perlu berhati hati dengan laluan ini.Tapi istimewanya kita dapat melihat penempatan  pekampungan orang asli di sepanjang perjalanan kita. Bukan tu saja gerai gerai kecil yang mejual hasil hutan pun mudah didapati di sepanjang perkampungan ini. Sepertinya itu antara sumber pendapatan penduduk  disini. Antara nya madu dan buah buahan hutan. 

Laluan Simpang Pulai adalah laluan terbaru yang dibina oleh kerajaan untuk keselesaan pengunjung untuk berkunjung ke sini. Laluan lebih selamat dan selesa. Ini sekaligus dapat menarik lagi ramai pengunjung untuk berkunjung ke tanah tinggi Cameron.

Kredit Gambar: Google Image

Bekenaan penginapan atau tempat bermalam  selepas  penat pusing pusing tanah tinggi ni, jangan risau, pelbagai alternatif penginapan Cameron Highlands hotel yang menarik, apartment cameron highland, resorts ataupun homestay yang boleh kita temui disini.. Kalau tanya kita yang dah ntah berapa kali ke sini..

Apa kita boleh share kan bila percutian beramai ramai bersama keluarga kita lebih selesa memilih apartment Cameron Highland yang sesuai untuk keluarga, bila bersama sama kawan-kawan terdapat banyak hotel murah di cameron highland disediakan. Hotel yang bukan di kategorikan sebagai hotel budget pun banyak dan mudah di perolehi. Tapi tetap dengan rate yang masih reasonable. Kalau nak lagi mudah, pergi saje ke website website yang ada promo tempat tempat pelancongan lagi senang... Di hujung jari dah boleh bercuti ke sana. Errmm ni link ni boleh merealisasikan impian korang untuk bercuti bersama sama orang tersayang tanpa pening pening kepala https://www.traveloka.com/en-my/..
Layari je sure berderet-deret list hotel murah di Cameron highland yang murah dan yang sedang memberikan promosi istimewa untuk pekenalkan hotel mereka.

                                                Kredit Gambar: Google Image

Nanti bila ke sana jangan lupa sediakan budget untuk membeli sayur dan buah buahan fresh tau. Strawberi cicah madu atau pun coklat dengan harga yang sangat berpatutan. Sure melting di dalam mulut. Bunga bunga rose dan lavender antara bunga yang sentiasa jadi tumpuan di sini.


Ermm nak cerita tentang Cameron ni memang banyak lagi, kita syorkan rasai dan nikmati sendiri suasana berada di sana,Pasti akan ada kunjungan kesekian kali nya. Jangan lupa untuk layari link tu,bermacam macam promosi boleh kita dapat. Kita sambung ke destinasi lain pulak lepas ni ye.

OK bye see u soon..
Ermm terus je plan nak bercuti ke Cameron Highlands cuti sekolah bulan September ni nanti ek



4 comments :

mama tisya said...

lamanya tk pegi cameron..bila ntah nk jejak lg..asal ajk hubby, die tkmo ke sini..sbr je la..kena tgu menang contest hotel cameron gamaknye br dpt pegi haha

sitirohaida said...

ingat tahun depan nak ke cameron highlands la pulak...ngeee

Suria Amanda said...

Nanti nak bromantika kat CH la..naik pagi2 ke sana..mesti best

anniz mohtam said...

Plan hbis cuti sekolah nt nk naik sane la. Terbayang scones & teh tarik die. Perrgghhh..

Btw. Salam perkenalan dear 😊