Hi Korang,
Kita sambung balik citer blogger travel ke Johor Bahru last 2 week ek.
Masa hari ketiga tuh, ktorang berpeluang ke Austin Heights Water & Adventure Park yang terletak berdekatan dengan Austin Heights Golf & Resort di Mount Austin.
Memang baru sahaja dibuka hujung tahun 2015 yang diuruskan oleh Austin Leisure Sdn. Bhd, dimana ianya merupakan Malaysia’s largest Family Edutainment Centre.
Kitaorang masa sampai depan pintu masuk water park ni, terus tak berkelip mata yelah dahlah baru je di buka, besarnya bukan main lagi ek. Di sebabkan hari minggu hari tuh so orang tak berapa ramai sebab Johor kan kerja hari ahad.
Ok kena pakai wristband dulu ye, bukan sesuka hati je nak masuk.
Bila sampai depan entrance tuh, kena check bag dulu. Makanan dan minuman memang tak boleh bawak masuk tapi don't worry ada cafe jualan lah. Sama macam korang masuk mana-mana park dalam Malaysia ni ek
Ok Austin Heights Water and Adventure Park mempunyai 5 taman tema yang mampu membuat korang pening sebab tak tau nak masuk yang mana kan hahahha.
Di antara taman tema tersebut adalah:
1. Water Park
2. Adventure Park
3. Jump Street
4. Ice Skating Rink
5. Drift In Austin
Oleh kerana masa agak terhad, ktorang sempat cuba beberapa park yang aku rasa akan menjadi tarikan utama kalau korang datang kemari ye.
Water Park
Dalam Water Park ni pun ada pelbagai jenis permainan air yang patut korang cuba iaitu Hola Flora, Splash world, Supersurf , Yellow Wall, Acrophobia, Rainbow Hood, Lazy River, Austin Wave Pool dan memacam lagi.
Sempat jugak aku cuba 1-2 permainan, memang best oooo
Jump Street
Yang ni ala-ala trampoline park yang kat KL ni.
Sesiapa pun boleh main jump street, alah main lompat-lompat kat atas trampoline gituh. Tapi ktorang tak dapat nak main sebab ada timing. Amik gambo sajer la ek
Adventure Park
Ini sangat awesome
Aku suggest untuk main permainan ni, datang in group. Baru rasa mencabar sket. Kalau nak main 2-3 bertiga, diaorang akan gabungkan dengan group lain.
Tempat ni sesuai kalau nak buat team building, alah sengsorang pun boleh tapi tak syioklah sebab tak rasa competitive
Tempat ni sesuai kalau nak buat team building, alah sengsorang pun boleh tapi tak syioklah sebab tak rasa competitive
Ice Skating Rink
Best-best nie
Ktorang sempat main ice skating ni lebih kurang 15 minit je pun hahahaha. Sebenarnya nak rasa camne main ice skate kan, so masuk jelah. Kena gunakan kasut skate yang ada ek, stoking dan glove. Kemudian korang skate lah sesuka hati sampai penat.
Drift In Austin
Aku tak sangka, motor kecik ni berupaya untuk drift ek.
Seriously kecik tau, sampai kaki aku kena lipat-lipat. Memula aku ingatkan macam main go cart je tapi once nak duduk kat motor kecik tuh.
Takut sehh, walaupun korang bawak slow tapi bila tang corner kemain lagi driftnya
Tempat makan di themepark
Dont worry ada cafe yang menjual makanan tapi kira western je titbit ke jajan ke kan.
Nampak ni?
Ini portion original kalau korang beli nanti. Memang beso saiz peha ayam turki hahahahaha. Kenyang wei, tak abis makan tapi tak per tupperware dia boleh simpan. So kalau lapo boleh sambung makan balik.
Takut sehh, walaupun korang bawak slow tapi bila tang corner kemain lagi driftnya
Tempat makan di themepark
Dont worry ada cafe yang menjual makanan tapi kira western je titbit ke jajan ke kan.
Nampak ni?
Ini portion original kalau korang beli nanti. Memang beso saiz peha ayam turki hahahahaha. Kenyang wei, tak abis makan tapi tak per tupperware dia boleh simpan. So kalau lapo boleh sambung makan balik.
Disebabkan ktorang ada 1 1/2jam je untuk explore semua park dalam ni so tak delah timbul kepuasan sangat tapi dalam main air kat waterpark tuh memang awesome. Maklumlah lama benau tak berendam cam badak kan huahauhauhaua. Most of the photos amik kat website themepark ek
Harga Untuk Masuk Ke Austin Heights Water &Adventure Park
1. Water Park
Adult (12 Years Old & Above) RM 118
Children (3 to below 12 Years Old) RM 98
Toddler (Below 3 Years Old) RM 12
2. Adventure Park
Adult (140cm & Above) RM 118
Children (140cm & Above) RM 98
3. Jump Street (Rate Per Hour)
Off-peak RM 22
Peak (Weekend) RM 27
4. Ice Skating Rink
Adult RM 15 (per entry weekdays)
RM 25 (per entry weekend)
Children RM 12 (per entry weekdays)
RM 22 (per entry weekend)
Companion Pass RM 5 (per entry weekdays)
RM 5 (per entry weekend)
5. Drift In Austin
Weekday RM 25
Weekend RM 30
-All the above ticket prices are inclusive of 6% GST.
-Weekend rate apply to Public Holiday Eve, Public Holiday, Replacement Public Holiday & School Break.
-Austin Heights Water & Adventure Park reserve its rights for amendments and omissions whenever required.
-Other terms and conditions apply.
Itulah harganya, rasa murah sket dari theme park yang ada kat Malaysia ni kan, tapi harga combo tuh sangat menarik ek hehehe
Jom kite ke :-
No. 71, Jalan Austin Heights 8/1,
Taman Mount Austin,
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tel : +6019 716 3183
Tel :+607 360 3000
Email : ask@funtime.my
Sekali sekala bawak family berjalan jauh sket apa salahnya, still dalam Malaysia lagi tak yah nak buat passport pun kan
Memang aku kena datang lagilah ke mari, tak puas wei nak mandi manda huahauhauhua...
Terima kasih Austin Heights Theme Park Team dan Rush Media kerana bagi kitaorang merasai experience yang awesome ni ek...
Terima kasih Austin Heights Theme Park Team dan Rush Media kerana bagi kitaorang merasai experience yang awesome ni ek...
2 comments :
Laaa kat Johor rupanya...tp nampak mcm best jerlah CL
RM138 ek? tgk.kt website dia, tak paham..hehee..rasa nak try pergi...
Post a Comment