Saturday, June 18, 2016

Kempen WATSONS 'Raya Ni Mesti Cun'

Hi Korang,

Watsons ada kempen menarik sempena hari raya ni tau..

Rangkaian kedai runcit kesihatan dan kecantikan terkemuka Asia, Watsons, hari ini melancarkan kempen Hari Raya dengan tayangan muzik video ‘Raya Ni Mesti Cun’ yang dibintangi lebih daripada 20 orang personaliti terkemuka tanah air. 

Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia (front row centre), Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (front row right), top management of Watsons Malaysia and the music video cast of Raya Ni Mesti Cun at the media launch.

"Hari Raya merupakan salah satu musim perayaan yang paling penting untuk kami mendekatkan diri dengan pelanggan kami. Selain daripada inovasi produk yang terdapat di kedai rangkaian kami semasa musim perayaan ini, tahun ini kami ingin menyalurkan mesej mempersiapkan diri untuk menjadi 'cun' sempena perayaan Hari Raya ini, "kata Danny Hoh, Ketua Pemasaran, Watsons Malaysia kepada sidang media. 

Muzik video ini diterajui oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Mawar Rashid, Sari Yanti dan Raja Ilya di mana mereka memegang watak utama iaitu Limah Skemah, Kiah Selfie dan Siti Tudung. Dalam muzik video ini, ketiga-tiga mereka menjalani transformasi di Watsons untuk menjadi 3 wanita yang cantik. Muzik video ini diarahkan dan dihasilkan bersama oleh Urban Ads bersama-sama dengan bahagian pemasaran Watsons Malaysia. Penggambaran muzik video ini dilangsungkan pada bulan April 2016 di Lembah Klang. 

Untuk memupuk semangat perpaduan dan pelbagai bangsa melalui muzik video ini, Watsons juga turut menjemput personaliti Malaysia lain seperti Amber Chia, Arja Lee, Dayah Bakar, Kit Mah, Monika Sta Maria, Nadia Heng, Nadine Ann Thomas, Nomad, Shuk SYJ dan Wafa de Korte. 


"Kami mengadaptasi formula yang dijayakan melalui muzik video Tahun Baru Cina yang lalu, dan menjadi salah satu muzik video yang paling banyak ditonton di Malaysia pada tahun ini. Dan dengan harapan yang sama, dan juga barisan pelakon yang mantap, kami berharap muzik video ini dapat mempamerkan kepentingan untuk menjadi cantik dari segi dalaman dan luaran untuk menyambut Hari Raya," kata Danny. 

Majlis yang dilangsungkan di Menara KL juga menyaksikan Watsons Malaysia melancarkan #KoleksiCun kepada sidang media – cadar dan kusyen edisi terhad yang direka oleh Dr Eric Leong dengan kerjasama Akemi. Rekaan edisi terhad ini boleh didapati di semua kedai Watsons semasa tempoh penebusan iaitu dari 16 Jun - 31 Ogos. 

Untuk setiap perbelanjaan RM20 di kedai Watsons dan secara Online, pelanggan menerima satu e-setem. Dan tambahan e-setem diberikan apabila perbelanjaan terhadap barangan jenama Watsons dan barangan jenama-jenama yang menyertai kempen ini. Cadar dan kusyen eksklusif ini dapat dibeli dengan lima e-setem bermula pada harga RM14.90.

(L-R) Dr Eric Leong, Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia, Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia, Low Siew Hui, CSR Ambassador, Watsons Malaysia and Justin Cheah, Project Director, Kechara Soup Kitchen Society.

Dr Eric Leong berkata, "Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Watsons dan saya gembira untuk berkongsi kepakaran saya bersama-sama untuk perayaan ini. Pemilihan reka bentuk ini telah dibuat dengan teliti untuk memenuhi rasa setiap isi rumah di Malaysia.
 
Raja Ilya as Siti Tudung character in the Raya Ni Mesti Cunmusic video by Watsons Malaysia.

Mawar Rashid as Limah Skema character in the Raya Ni Mesti Cun music video by Watsons Malaysia.

Sari Yanti as Kiah Selfie character in the Raya Ni Mesti Cun music video by Watsons Malaysia

Pelanggan-pelanggan Watsons juga dapat memberi kepada yang memerlukan melalui penebusan #KoleksiCun ini di mana dengan setiap penebusan, Watsons Malaysia akan menderma selimut kepada yang memerlukan melalui organisasi kebajikan Kechara Soup Kitchen. 

The three main characters after their transformation at Watsons taking a selfie in the Raya Ni Mesti Cun music video by Watsons Malaysia

"Sambutan Hari Raya adalah penting untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang. Dengan kesempatan ini juga, kami bekerjasama dengan organisasi kebajikan Kechara Soup Kitchen dalam projek tanggungjawab social ini," jelas Caryn Loh, Ketua Pegawai Operasi, Watsons Malaysia kepada media. 

Kempen Hari Raya Watsons pasti menarik kerana Watsons mempersembahkan Jualan Hebat sehingga 50% di semua kedai Watsons di seluruh negara bermula 16 Jun (Semenanjung Malaysia) dan 23 Jun (Sabah dan Sarawak). 

The full cast of Raya Ni Mesti Cun music video with Caryn Loh, Chief Operating Officer, Watsons Malaysia (second row, 6th from left) and Danny Hoh, Head of Marketing, Watsons Malaysia (second row, 4th from left).

Penggemar barangan teknologi juga boleh memuat turunkan aplikasi mobil Watsons Malaysia yang baru dan boleh didapati di Google Play Store dan Apple app Store yang menawarkan promosi menarik sempena Hari Raya. Semasa musim perayaan ini, ahli-ahli VIP Watsons yang membelanjakan RM100 minimum menggunakan kad Watsons Touch 'n Go dalam satu resit akan dapat menikmati rebat RM5. Promosi ini hanya terhad kepada 10,000 ahli pertama sahaja. 

Ahli-ahli VIP Watsons boleh menyemak ganjaran di www.watsons.com.my/myrewards dan menikmati tawaran talian eksklusif di www.watsons.com.my

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Watsons Malaysia Hari Raya, sila layari www.watsons.com.my/rayanimesticun


1 comment :

mama tisya said...

raya ni mesti cun..dok dgr iklan kt tv hehe