Hi Korang,
Kan hari tu aku ke New Zealand Food Connection Showcase 2016, kitaorang para bloggers ni ada special challenge iaitu New Zealand Food Connection Blogger Food Bag Challenge!
Dengan adanya 2 bahan masakan utama di berikan, aku telah mencuba 2 resepi yang amat mudah, praktikal dan sedap. Paling penting selain daripada penggunaan bahan-bahan yang berkhasiat dari New Zealand, aku kena seimbangkan keperluan diet dan menu mesti berkhasiat wokeh!
Aku pun tak sure tempoh masakan berapa minit tapi rasanya lebih kurang 30 minit kot sebab preparing tu yang amik masa sket lah. Mak kan lembab-lembab sket bab masak-masak ni hauhauahuah
So inilah resipi ringkas aku, satu appetizer dan satu lagi main course. Wah dah macam makan kat fine dining plak, ada pembuka selera, main dish kan poyooooo
Appetiser
Resipi : Asparagus Lamb
Bahan-bahan:-
Kambing South Pure New Zealand
Asparagus
Cara-cara:-
1. Bersihkan kambing dan potong ikut kesesuaian korang. Disebabkan aku dah tersalah potong so untuk resipi ni aku gunakan bahagian atas yang tak de tulang tu ek. Yang bertulang tuh aku grill cam biasa dan makan hehehhe
2. Bersihkan asparagus dan potong memanjang. Yang bahagian batang keras tu janganlah ambik kang patah plak gigi sebab keras kan. Kemudian aku taburkan black pepper sket untuk tambahkan rasa pada daging tu kan
3. Grill daging kambing tuh, aku gunakan pemanggang ajaib so cepatlah dia masakkan.
4. Celurkan atau rebus sebentar asparagus dan rendam dalam air sejuk untuk nampakkan kehijauan asparagus tuh.
5. Bila daging kambing dah masak, alihkan ke pinggan sementara
6. Kan ada lebihan minyak daripada daging kambing tuh, gorengkan sebentar asparagus di dalam pemanggang ajaib tuh kan. Alah nak bagi ada rasa-rasa kambing sket dan nampak berkilat je sayur asparagus tuh ek.
7. Kemudian potong bahagian tengah daging kambing tuh then selitkan beberapa batang asparagus di bahagian tuh.
8. Susun ikut kreativiti korang. Dah siap!!
Inilah dia Pembuka selera
Asparagus Lamb
Ok resipi kedua plak,
Main Course
Resipi : Pan Seared Hake Fish Bersama Condiments Warna Warni
Bahan-bahan:-
Ikan hake daripada Talleys
Spagheti yang di rebus
Capsicum, Mushroom, Cherry Tomato – di bersihkan
Kuah spaghetti yang siap di masak
Cara-cara:-
1. Ikan hake di bersihkan dan di tabor garam dan pepper dan di masak dengan sedikit olive oil. Tengok-tengok sket masa masak ikan tuh sebab kalau lama sangat nanti hangit, keras dan hilang rasa.
Ni aku share sket cara masak ikan hake ni ek, alah simple-simple je janji masak kan.
2. Tumis capsicum bersama bawang putih di hiris bersama mushroom dan akhir sekali masukkan cherry tomato. Jangan lupa letakkan sekali serbuk perasa tau.
3. Spagethi yang di rebus tadi di gaulkan sekali bersama kuah yang telah pun siap.
4. Ok susun dalam pinggan dan hiaskan secara kreatif dan sedap mata memandang
Siap!!!
Inilah dia Main course
Pan Seared Hake Fish Bersama Condiments Warna Warni
So senang je kan, sebelah mata pun boleh buat. Sebenarnya kita kena berfikir secara kreatif untuk menghasilkan menu-menu yang simple, mudah dan cepat ni kan. Tak lupa juga menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dalam fridge hehehehe
Thanks New Zealand Food Connection untuk cooking challenge ni ek.
Mr Big siap cakap, kemain lagi menu masakan dinner malam hari tuh. Beria-ria nau masak kan, ada contest ke hah! hehehe kalau ada rezeki menanglah. Kalau tak de pun its ok hehehe
Mr Big siap cakap, kemain lagi menu masakan dinner malam hari tuh. Beria-ria nau masak kan, ada contest ke hah! hehehe kalau ada rezeki menanglah. Kalau tak de pun its ok hehehe
1 comment :
Hai cik lily putih
Tgh tonton walla ni sedapnya cik lily mkn char koew teow ketam
Post a Comment