Wednesday, May 4, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | Pullman Putrajaya Lakeside Hotel, Putrajaya

Hi Korang,


Last aku jejak kaki ke Pullman Putrajaya ni 3 tahun lepas kot.

Itu pun sebab dapat voucher stay-in sambil celebrate anniversary ktorang yang ke berapa ntah, tengok memang pelupa betul huahauhuauha


Bila dapat jemputan ke Ramadhan review 2016 di Pullman Putrajaya Lakeside ni of courselah rasa teruja betul yelah siap ada tema tau iaitu ‘Magical Ramadhan Nights’ secara simboliknya untuk memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai kemeriahan penuh magis di malam bulan ramadhan sewaktu berbuka puasa. 

Ermm cantikkan tempat ni


Azan berkumandang dari Menara tinggi ni lah, kalau orang tak dengar jugak memang melampau ek hehehhe LIVE wokeh LIVE…




Terletak pada lokasi berbuka puasa yang cantik, bersebelahan tasik. Dan juga pelbagai pilihan menu berbuka puasa yang sememangnya menarik .

Malas nak cakap banyak lagi, aku letak jelah gambar-gambar makanan yang rasanya akan buat korang meleleh air liur kan huahauahua

seafood galore

tengok sotong tuh, mantap ooo

satay



ikan beso

kambing golek

Ok itu yang grand-grand dish yang aku dapat snap, jap ada lagi ni tau










Ok ini baru sebahagian menu lauk pauk kampung ye..

Yang ni plak live cooking tau, kalau korang nak makan order sajor nak sket ke banyak ke kan nanti chef tolong buatkan untuk korang..









Ok dessert plak 

milkshake dan ice blended

can drinks

popcorn















Amik ko.. banyak kan korang rasa. ermm sebenarnya banyak lagi ni wei


Aku rasa macam ada kat food festival sebab banyak sungguh buffet area yang mengujakan perut aku tau, setiap khemah mengikut tema menu makanannya yang tersendiri. Penat berjalan ke sana kemari nak ambil makanan tapi seronok sekaligus boleh exercise kaki dan perut jugak kan. 


Jika korang ingin menikmati buah-buahan tempatan seperti raja buah durian ataupun manggis, pisang, duku dan rambai, cempedak, nangka dan banyak lagi. Jangan lupa untuk merasai keenakkan buahan tempatan yang turut ditawarkan sepanjang malam Magical Ramadhan Nights di Pullman Putrajaya Lakeside. 

Ini antara yang menjadi tarikan buat mereka yang datang berbuka di sini.






dengan blogger kaki makan yang non-stop makan hahaha

Selain itu, pastinya malam magis berbuka di sini pasti meninggalkan memori yang manis buat kita. Nak-nak kalau pi berbuka dengan kengkawan office kan boleh jadi bahan bualan di office nanti hehehe


Buffer ramadhan Magical Ramadhan Nights akan bermula 7hb Jun sehingga 3hb Julai 2016, dari jam 7.00 malam sehingga 10.30 malam. 

Harga buffet ramadhan di Pullman Putrajaya Lakeside ni adalah

Untuk harga dewasa : RM169 (nett)

Utuk harga kanak-kanak : RM130 (nett) * 4 - 10 tahun

Bagi korang yang membuat tempahan sebelum 15 Mei 2016, akan diberikan diskaun sebanyak 25%. Dan bagi mereka yang membuat tempahan lebih daripada 10 pax untuk satu-satu masa, berpeluang menerima penginapan semalam di bilik DELUXE di Pullman Putrajaya Lakeside.


Nak layan video ktorang yang seronok makan-makan di Pullman Putrajaya Lakeside ni ek

Tempahan untuk berbuka puasa, korang boleh hubungi talian : 03-8890 0000 
atau 

Jom kite ke

Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, 
Wilayah Persekutuan, Malaysia



Terima kasih kepada team Pullman Putrajaya Lakeside kerana sudi menjemput ktorang blogger-blogger kaki makan ni ek

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.


7 comments :

Dkna Abza said...

pernah sekali makan kat sini.. 3 tahun lepas jugak rasanya..hahahaa

Raihanah Ahmad said...

nampak menyelerakan, patutlah hargnya pun memberangsangkan

Luqman Zakaria said...

teruja tengok.makanan ya ampun banyak!

Chekgu Azrine said...

menariknya makanan2...
semua nampak sedap sangat

Kekzamanis said...

Huiii, banyaknya makanan!!! Menjejes air liurku melihatnyaaaa.. Glup!

hasliynda umairah beauty said...

byknya makanan..kalau pergi harga biasa mahal tak?
teringin nak bermlm kat situ hihi

Unknown said...

hi cik lily....can i have ur contact number? want to invite u to our resort. tq