Hi Korang,
Yeah citer pasal buffet ramadhan lagi yeahhh..
Bab makan memang non-stop kan
Sempena Ramadhan 2016, Hotel Puri Pujangga ingin berkongsi kenikmatan berbuka puasa dengan juadah desa bersama pengunjung yang rindukan masakan kampung. Keenakan masakan tradisional bakal menghiasi meja bufet dan warung-warung kecil yang disediakan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung.
Tema 'JUADAH DESA' menepati konsep kepelbagaian jenis makanan yang disediakan dari pelbagai etnik dan negeri di Malaysia.
Bufet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti Pecal Kampung, Rojak Tauhu Bakar, Udang Masak Tempoyak, Asam Pedas, Daging Salai Masak Lemak Cilik Api, Gulai Asam Batang Keladi, Gulai Kawah Kambing Mamak, Ayam Masak Madu, Kerabu Perut, Ulam-Ulaman, Pelbagai jenis sambal (belacan, cencaluk, budu), Ikan Patin Masak Tempoyak, Kerabu Mangga, Sup Soto Madura, Roti John, Murtabak, Mee Mamak Puri, Satay, Ikan Bakar, Mee Kari, Mee Rebus, Nasi Beriyani Gam, Ikan Tenggiri Masak Tauchu, Keli Masak Lemak Cili Api dan hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang dan bermacam-macam lagi!
Juadah manisan seperti Air Batu Campur, Ais Krim Goyang, Pelbagai Jenis Potongan Kek, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai Jenis Purling dan Jeli, French Pastries serta bubur. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Air Bandung, Soya, Tebu, ]agung, Teh Tarik and Nescafe Tarik.
Kepelbagaian hidangan dimeriahkan lagi seleksi buah-buahan tempatan seperti durian, manggis, rambutan, duku dan langsat. Hanya yang terbaik untuk pengunjung Hotel Puri Pujangga!
Sempena Ramadhan ini juga kami memberikan harga istimewa untuk penginapan dengan harga RM160nett (termasuk Buffet Ramadhan untuk seorang) semalam. Malah bagi sesiapa yang tidak memerlukan penginapan tanpa bermalam, pihak hotel menyediakan pakej khas iaitu RM60nett untruk tempoh 4 jam bermula dari 6:00 petang hingga 10.00 malam.
Surau untuk Lelaki dan Wanita juga disediakan untuk tetamu di samping ruang letak kenderaan percuma untuk semua pengunjung.
Untuk buffet 'JUADAH DESA' ni, ianya bermula dari 8hb June 2016 hingga 3hb Julai 2016. Makanan yang dihidangkan secara bufet mula dibuka dari jam 7.00 malam hingga 1o.oo malam.
Harga buffet ramadhan di Begonia Coffee House ni adalah
RM70.00 nett untuk dewasa
RM35.00 nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)
Promosi Early Bird dengan harga RM60.00 nett seorang mula dijual bermula dari 1 Mei hingga 31 Mei 2016. Baucar hanya boleh ditunaikan untuk tarikh bermula dari 8 Jun 2016 hingga 19 Jun 2016.
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03- 8927 4128 I 8926 2443
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
KHAILA KHALID
Pengurus Operasi
HOTEL PURI PUJANGGA
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi Selangor Darul Ehsan
Office : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443
Mobile : +6017 699 2437
Fax : +603 8922 2890
Email : khaila@puripujangga.com.my
Website : www.puripujangga.com.my
Hotel Puri Pujangga terletak di dalam kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor dan lebih mudah di akses melalui pintu ke-2.
Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau.
Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.
2 comments :
belum puasa lagi dah telan air liur tengok juadah ni...acaner tu
adohaiii mmg jatuh iman tgk makanan kt sini haha
Post a Comment