Hi Korang,
Ni nak kongsi sket mengenai larian 100Plus Outrunner baru-baru ini di Putrajaya
Dalam usaha menyediakan platform untuk pelumba lari meningkatkan kecemerlangan dalam sukan mereka dan juga menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia, 100PLUS secara rasmi melepaskan peserta larian 100PLUS Outrunner di Presint 2 baru-baru ini.
Susulan kejayaan perlumbaan pertama tahun lepas, 100PLUS Outrunner 2016 menarik lebih ramai peserta dan menawarkan pelbagai hadiah yang hebat pada tahun ini. Daripada kira-kira 10,000 peserta yang telah mendaftar untuk perlumbaan, 3,000 adalah untuk acara larian 15 km, 4,000 untuk larian 10 km manakala baki 3,000 adalah untuk larian 6 km dan cabaran berpasukan.
“Sebagai minuman isotonik yang terulung di negara ini, kami di 100PLUS sentiasa menitikberatkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Itulah sebabnya, dengan acara perlumbaan seperti ini, jenama kami dapat menggalakkan peserta perlumbaan mencabar diri mereka sendiri dan cuba mengatasi segala-galanya, dan pada masa yang sama menggalakkan rakyat Malaysia dari segenap lapisan hidup untuk mengamalkan gaya hidup lebih aktif dan lebih sihat,” kata Leong Wai Yin, Pengurus Pemasaran 100PLUS.
Menurut Wai Yin lagi, “Kami amat teruja apabila berpeluang menganjurkan acara 100PLUS Outrunner buat tahun kedua. Sambutan yang kami terima adalah di luar jangkaan kami dan bilangan peserta yang lebih tinggi berbanding tahun lepas menunjukkan perlumbaan ini semakin menarik perhatian. Dengan sambutan yang memberangsangkan ini, kami harap 100PLUS Outrunner akan terus menjadi acara penting yang sentiasa dinantikan dalam kalendar acara Malaysia.”
Larian 15 km dibahagi kepada dua kategori, iaitu Terbuka Lelaki (16 tahun dan ke atas), Veteran Lelaki (40 tahun dan ke atas), Terbuka Wanita (16 tahun dan ke atas) dan Veteran Wanita (40 tahun dan ke atas). Hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan piala diberikan kepada lima peserta pertama dalam kategori masing-masing yang sampai ke garisan penamat.
Untuk larian 10 km, terdapat kategori Terbuka Lelaki (16 tahun dan ke atas) dan Terbuka Wanita (16 tahun dan ke atas). Lima peserta yang mendapat tempat teratas menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 dan piala.
Hadiah percutian ke Brazil dengan semua perbelanjaan ditanggung untuk 4 orang bernilai RM40,000 menanti pasukan pertama yang sampai ke garisan penamat bagi acara cabaran berpasukan 6 km. Ini merupkan kali pertama hadiah sebegini diberikan di dalam acara larian di Malaysia. Manakala pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga juga menerima pakej percutian masing-masing bernilai RM4,000 dan RM3,000 untuk 4 orang. Semua peserta juga menerima sijil dan pingat sebagai bukti keberanian mereka menyertai acara larian ini.
Selain perlumbaan, orang ramai boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti melukis muka dan menyaksikan persembahan tarian.
“Matlamat kami adalah untuk memeriahkan perlumbaan dengan suasana gembira dan ceria supaya semua orang boleh merasa seronok dan gembira disamping mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat,” jelas Wai Yin.
100PLUS adalah minuman isotonik pertama yang dilancarkan di Malaysia. Ia adalah minuman isotonik tanpa kafeina untuk menghilangkan dahaga yang dirumus khas untuk membantu memulihkan tenaga badan yang hilang semasa kegiatan fizikal dan menghidratkan semula badan ke tahap optimum. Formulanya yang unik menggabungkan bendalir, karbohidrat, dan elektrolit untuk penyerapan bendalir ke dalam badan dengan cepat dan cekap.
100PLUS adalah satu daripada jenama terkenal di bawah naungan F&N di Malaysia. Ia dikeluar dan diedarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar minuman ringan yang terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang acara 100PLUS Outrunner, sila ke laman web http://www.100plus.com.my
No comments :
Post a Comment