Thursday, April 21, 2016

Kuih TIRAM Buat Kudapan Di Bila-Bila Masa Korang Lapar

Hi Korang,


Kuih Tiram tau?
Ermm lidah buaya… krik krik krikk tau ke idokk ni kan..

Dasar orang bando, kena twist sket je dah jadi blur kan hahahaha. Jangan cakap korang aku pun tak tau gak yang kuih Tiram ni ada banyak nama. Ada ke nama lidah buaya, pelik sungguh la kan orang dulu-dulu bagi nama ek.

Sekarang ni nak dapatkan kuih Tiram yang betul-betul mengikut spesifikasi tekak aku amatlah payah until ada orang approach aku suruh cuba rasa kuih Tiram keluaran Anjung Suri ni.


Kuih tradisi yang kekal menjadi kudapan sehingga kini. Kerangupan sehingga ke serdak terakhir … Tak kira siang atau malam, pagi atau petang.. rasa nak mengunyah selalu.. 

Tak percaya? CUBALAH.... 

Istimewanya Kuih Tiram keluaran Anjung Suri ni adalah

Tanpa perisa tambahan 

• Tanpa pewarna 

• Tanpa pengawet 

• Tidak tengik atau berbau hapak 

• Tahan lama


Balik-balik tu terus je cuba sambil duduk depan tv tengok drama Castle kan, kerup kerap kerup kerap sampai Mr Big balik pun tak perasan dan yang best tuh kuih Tiram ni dah tinggal setengah balang. Korang bayangkan ler ek. Buruk nau perangai, si kuat makan ni. 

Nampak letak sebelah laptop je kuih tiram ni ek

tak nak bagi orang share, siap pegang bagai ek

sambil menaip sambil mengunyah, teruk punye perangai kan

Harga tak delah mahal mana pun kan satu balang cuma RM17.00 (berat dgn balang plastic +/- 500gm) Ok tak harganya? Ermm berbaloi sesangatlah!

Untuk kaki-kaki berniaga online ke dropship ke offline ke kann, ini ada chance baik ni, Anjung Suri kini mencari agen untuk kuih Tiram ni, yang mana 1 kawasan 1 agen sahaja tau. Tak de lah kes berebut kawasan, nak jadi kakak kawasan semua ada ek hehehhehe


Untuk info lanjut, korang boleh:-

AnjungSuri Boutique
No 10-1, Jalan Seri Putra 1/5,
Bandar Seri Putra, Bangi
43000, Kajang
Selangor

Online order, whatsapp to 013-6747052.

Instagram : @anjungsuri

Baik korang cuba dulu, nanti time nak raya nanti senang order je terus tak yah nak rasa sample-sample bagai, order online terus je dihantar..

Aku plak?
Of courselah akan order ishkkk tanye plak kan


2 comments :

OKje said...

Kadang tu bukan tak mo beli. Tapi takut saya sorang saya sorang yg makan. Manusia dlm rumah ni tak tau spesis apa tah....kepek bawang depa sukalah...

Anonymous said...

Kuih tiram a.k.a kuih lidah buaya s.k.a kuih kapal terbang..huhuhu..bnyk nau nama dia..tp mmg sdap la kuih ni...