Hi Korang,
Cerita di hujung minggu ye...
Sebagai jenama terkemuka dalam kalangan pelukis dan pereka sejak berabad-abad lamanya, Faber-Castell mengadakan pameran seni yang julung-julung kali diadakan di negara ini, di mana ianya menampilkan koleksi karya asli yang dihasilkan oleh 12 orang pelukis kontemporari berbakat yang menetap di Malaysia.
Dengan tema “AMPLIFY”, Pameran Seni Faber-Castell sulung di Malaysia ini
menyasar untuk membangunkan bakat tempatan selain menjadikan seni dan usaha
menghargainya lebih dekat kepada orang awam.
Berdasarkan beberapa tema, sebilangan pelukis memilih
untuk mengetengahkan mesej sosial sementara yang lain memilih untuk memberi
penekanan pada kehidupan sebenar melalui potret terperinci hiper-realisme
manusia dan haiwan. Karya-karya ini dihimpunkan bagi mempersembahkan pelbagai
tema yang berbeza: dari mesej sosial kepada potret dan hidupan liar yang dapat
dihargai oleh mana-mana hadirin dengan mudah.
Rangkaian “Art & Graphic” dari Faber-Castell
menjadi
instrumen pelukis yang dicipta secara eksklusif dan terdiri daripada Pensel
Warna Polychromos dan Pensel Warna
Air Albrecht Durer kepada pen PITT Artist atau Pensel Grafik Monokrom PITT, di mana setiap pelukis
berkarya dengan medium pilihannya bagi menghidupkan karya mereka.
Dihasilkan
untuk pelukis yang melukis sebagai hobi mahupun secara profesional, rangkaian
ini menjanjikan kualiti lukisan yang paling halus. Pelukis dan pereka handalan
seperti Vincent van Gogh, Paul Klee, Karl
Lagerfeld dan Neo Rauch
menghargai spektrum nuansa warna yang pelbagai dan kualiti premium yang
ditawarkan oleh rangkaian ini, yang tidak pernah berubah hingga ke hari ini: di
mana pigmen berkualiti tinggi menjanjikan kalis luntur oleh cahaya yang unggul
dan warna benderang yang mampu bertahan selama beberapa abad, membantu pelukis
menghasilkan karya seni yang tak lapuk dek zaman.
Pameran yang menghimpunkan 35 karya seni ini juga turut membangkitkan
mesej tanggungjawab sosial apabila barisan pelukis bersetuju untuk menyumbangkan
10 sen dari jualan karya seni mereka untuk didermakan kepada badan amal
sementara Faber-Castell memberi komitmen untuk memadankan jumlah itu bagi
menyediakan bantuan dua kali ganda.
Pameran seni ini akan diadakan di Mid
Valley Megamall (Tingkat 3) dari 7 –10 April sebelum berpindah ke Artemis Art Gallery di Publika Shopping
Gallery di mana karya-karya tersebut akan dipamerkan di sana dari 11 – 17
April 2016.
Sebagai sebahagian dari pameran ini, siri ukiran pensel unik turut
dipamerkan bagi menyambut Ulang Tahun ke-111 pensel hijau Castell 9000 yang ikonik.
Pameran buatan tangan dari negara Jerman yang dihasilkan dari ratusan pensel
Castell 9000 itu kini menjelajah di seluruh Asia Pasifik.
Selama lebih se-abad, pensel Castel berwarna hijau tua
yang menjadi legenda dengan hurufnya yang berwarna keemasan ini telah menjadi
alat pilihan untuk pelukis dan pencipta dari seluruh dunia. Pensel berbentuk
heksagon yang tidak pernah berubah rupa bentuk ini selain warna dan cetakan
yang ditambah baik, direka supaya tidak menggelongsor dari meja yang condong,
dan dilengkapi dengan mata pensel berkualiti terbaik dan tersedia dalam gred
kekerasan yang tidak kurang dari 16.
Castell 9000 juga diiktiraf sebagai Pensel Tertinggi
di Dunia. Pensel dengan ketinggian 19.75m dan diameter 0.8m yang mengagumkan
ini ditempatkan di ibu pejabat Faber-Castell Malaysia di Subang Jaya dan
digayakan seperti pensel hijau yang ikonik.
Pelukis
yang melukis sebagai hobi dan juga secara profesional boleh meneroka rangkaian Art & Graphic dari Faber-Castell di
semua kedai jualan Faber-Castell di seluruh negara di mana penasihat produk
terlatih akan memberikan bantuan mengenai rangkaian menyeluruh instrumen
pelukis dari jenama ini.
Butiran Penting mengenai Rangkaian Faber-Castell Art
& Graphic
Diperbuat dari pigmen berkualiti yang dijamin tidak pudar, jadi karya seni dapat mengekalkan warna yang terang selama beberapa dekad. Jaminan tidak luntur cahaya oleh jenama dari Jerman ini hadir bersama kawalan kualiti yang ketat termasuk ujian kemalaran warna “blue wool scale”, yang pada asalnya dibangunkan untuk industri tekstil dan menjadi standard antarabangsa untuk pencelup tidak luntur oleh cahaya.
Kebanyakan produk dalam rangkaian pelukis Faber-Castell memegang maksimum perkadaran tiga bintang yang memberi jaminan sekurang-kurangnya 10 tahun warna benderang, menepati standard tinggi yang ditetapkan oleh muzium dan galeri seni.
AMPLIFY:
Pameran Seni Sulung Faber-Castell Malaysia
Senarai Pelukis
Pelukis
Pensel Warna Polychromos
Barbara
Moore
Charles
Mawan
Selamat
Cumat
Sharon
Kow Siew Suan
Pelukis
Pensel Warna Albrecht Durer
Carolyn
Chua
CK Khaw
Pelukis
Pastel & Pensel Polychromos
King Wey,
Heng (PhD)
Pen PITT Artist
Ajim
Juxta
ERYN
Fadzwan
Roslan
Pensel
Grafit Monokrom PITT
Charles
Mawan
Monica
Lee
Arang Monokrom PITT
Fadzwan
Roslan*
Sazri
Selamat
Cumat*
* Pelukis
menggunakan lebih dari satu medium
3 comments :
Kalau dah kreatif tu kan..
bestnya!sampai bila yer pameran ni?
lawa bergaya artist²nya
Post a Comment