Monday, February 29, 2016

REVIEW | KOSE SEKKISEI Trial Kit Set

Hi Korang,

Ermm review skincare lagi?

Yesza.. i like it

Biasalah kita orang pompuan ni memang sukakan kecantikan so haruslah di cuba hehehhehe


Terima kasih kepada The Butterfly Project kerana sudi bagi peluang mencuba produk yang awesome ni.

Produk kecantikan dari Jepun wow!! jom check it out



Selama lebih 30 tahun, SEKKISEI memberikan keserian kepada kulit wanita. Dihasilkan berdasarkan 'petua kulit cantik berseri’ sejak turun temurun, produk-produk SEKKISEI yang lembut lagi berkesan sememangnya terkenal di dunia. Sejak dilancarkan pada tahun 1985, khabar tentang kesan Sekkisei tersebar luas dengan popular.

Penjagaan untuk mendapatkan kulit cantik mestilah bermula seawal mungkin. Produk SEKKISEI yang direka khas untuk mencapai kulit mulus, dimanfaatkan daripada kuasa ekstrak herba timur yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza, mewujudkan formula yang harmoni, memberikan wanita kulit yang lebih cerah, tona sekata dan lembap.


Tahun ini, SEKKISEI memperkenalkan kit percubaan edisi khas yang mengandungi lima produk terunggul daripada jenama termasyhur ini! Tiga ekstrak tumbuhan timur: Coix Seed, Melothria (White Lotus) dan Angelica yang berfungsi sepenuhnya untuk menjaga kulit anda dalam keadaan sempurna serta dilindungi daripada persekitaran yang boleh memudaratkan kulit.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Di antara produk hot KOSE SEKKISEI ni ek

SEKKISEI White Wash Liquid (140ml / RM131.40)

Bersihkan kulit sambil mengekalkan kelembapan kulit dengan pembersih ini. Agen pembersih berasaskan Taurine, membolehkan kulit bersih dan terhidrat; manakala ekstrak Rubus Suavissmus memulihkan kulit yang kusam dan meredakan kulit akibat pancaran UV. Kulit dipulihkan kepada keadaan optimum dan sedia untuk langkah penjagaan kulit yang seterusnya.

pump kat tangan 2 kali

muka bersabun time ni

Cara menggunakan:
Basuh muka cam biasa je, lembut selembutnya tau

tada dah bersih.. come dok

Pendapat aku:
Walaupun pump sket je tapi dapat sapu keseluruhan muka, rasa bersih lepas di bersihkan

SEKKISEI Lotion (200ml / RM180.20, 360ml / RM275.60)

Produk SEKKISEI yang amat laris ini mengandungi bahan-bahan terpilih daripada 100 jenis tumbuhan timur. Digunakan sebagai penyegar atau mask, losen penghidratan serba mewah ini mengimbangi tahap kelembapan kulit, mencegah kekusaman, melegakan kerengsaan dan banyak lagi.


Cara menggunakan:
Lepas cuci muka, sapu je kat muka ek.
Tip KOSÉ: Untuk penghidratan segera, letakkan mask berbentuk bulat bihadagoyomi ke dalam penutup dan tuangkan SEKKISEI Lotion sehingga tablet mask kembang. Letakkan pada muka selama 10 minit dan rasai penghidratan kulit serta-merta!

Pendapat aku:
Once dah pakai untuk mask tu, rasa cam air-air lotion tu masuk kedalam muka direct, lembut je

Sekkisei Emulsion (140ml / RM191.80)

Pelembap yang cepat menyerap ini bertindak jauh ke dalam kulit, mencegah jeragat, bintik-bintik hitam dan kekeringan. Bahan-bahan seperti bunga Inula Britanica, Barli Mutiara Cina, Akar Paeonia Albiflora, Melothria Heterophylla dan Angelica menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Guna 1 hingga 2 pam pada pad kapas dan sapu pada muka.

Cara menggunakan:
Cam sapu moisturizer di muka

Pendapat aku:
Cepat meresap ke dalam kulit muka, tak de rasa berminyak pun

SEKKISEI Clear Whitening Mask (80g / RM94.30)

Mask lembut yang menghilangkan kekusaman dan sel-sel kulit mati, mencerahkan dan menghidratkan pada masa yang sama! Ekstrak Quince Cina menghalang pengeluaran sebum, manakala campuran ekstrak tumbuhan timur memberikan manfaat pencerahan yang baik. Serbuk hitam bersaiz nano membolehkan mask digunakan dengan mudah.


Cara menggunakan:
Sapu kat muka dan biarkan kering, mask kan. Once dah kering tarik slowly



Pendapat aku:
Cam momok, #DakUban kata hehehehe.
Rasa bersih dah once dah tarik mask tu keluar, aku suggest sapu tebal sket so lagi senang dan cepat nak tarik kan

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KOSE SEKKISEI Trial Kit Set


Kit percubaan edisi khas SEKKISEI ini adalah sesuai untuk pengguna kali pertama yang ingin mencuba dan melihat perbezaan SEKKISEI atas diri mereka sendiri!

Kit percubaan edisi khas SEKKISEI ini berharga RM99 (termasuk GST), dan produk-produk terpilih adalah seperti berikut:

· SEKKISEI White Liquid Wash 20ml

· SEKKISEI Lotion 100ml

· SEKKISEI Emulsion 70ml

· SEKKISEI Clear Whitening Mask 10g

· Mask Bihadagoyomi 3 keping

· Beg Setsuko eksklusif (gaya kimono atau gaya moden)

Peminat SEKKISEI juga boleh mencuba edisi Sakura produk SEKKISEI kegemaran mereka: SEKKISEI Lotion Sakura Design (500ml/RM331.70).

Untuk maklumat lanjut tentang SEKKISEI dan kit percubaan edisi khas yang baru, ikuti KOSÉ Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/kose.malaysia) atau layari laman web Kose Malaysia di www.kose.com.my

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berkenaan SEKKISEI

Sekkisei, yang berasal dari Jepun, dipercayai dan digemari oleh ramai wanita sejak diperkenalkan pada 1985. Sebagai perintis dalam penjagaan pemutihan kulit, Sekkisei komited untuk membantu wanita mencapai kulit yang cerah dan berseri-seri, umpama salji segar. 

Produk Sekkisei direka dan dicipta untuk keserian kulit. Ia memanfaatkan kuasa Herbextracts dari Timur, yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 jenis herba yang berbeza. Banyak penyelidikan telah dijalankan dalam memperkembangkan Sekkisei, dan untuk mencapai keseimbangan antara minyak dan kandungan air bagi menghasilkan losen yang bertekstur halus. Teksturnya yang halus dengan kesan kelembapan kulit “putih bak salji” menjadikan ia produk KOSÉ yang paling laris, dengan lebih daripada 48 juta botol Sekkisei Lotion dijual sejak mula diperkenalkan 30 tahun yang lalu.

Sekkisei boleh didapati di 15 buah negara di seluruh dunia. Ia akan terus menyediakan produk-produk bermutu tinggi dan memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia untuk memiliki kulit yang cantik dan berseri.


No comments :