Hi Korang,
Ermm dimana nak makan tengahari di Shah Alam?
Memang melambak kedai makan, restoran, cafe kat Shah Alam ni tapi itulah nak parking payah, full house beratur dan memacamlah kan. Actually sama je memana time lunch ni kan.
Ni aku nak share dengan korang ada tempat makan baik punye masa lunch kan.
Siapa tahu INTEKMA Resort?
Yang dekat UiTM tuh, tapi bukan Hotel UiTM tau. Jalan nak ke pintu belakang dari main gate. Ada tempat makan sedap waktu tengahari wei.
Memperkenalkan A la Bendang Pendeta dari Pendeta Coffee House.
A La Bendang Pendeta oleh INTEKMA Resort adalah menu terbaharu yang diperkenalkan bagi penggemar makanan kampung. Set A La Bendang Pendeta yang menyajikan masakan seperti Siakap Tiga Rasa, Ayam Kampung dan Kambing Bakar dihasilkan daripada rempah rahsia yang hanya dikeluarkan oleh cef-cef di INTEKMA Resort sahaja. Di samping itu juga antara keunikan A La Bendang Pendeta adalah konsep makan di dalam 'nyiru' yang sememangnya memberikan lagi UMPHH dan bersesuaian dengan tema desa.
Itulah masa hidangan tu datang terus terbuka selera tau.
Bukan setakat makan ikan atau ayam dengan nasi je kan, eh ada lagi hidangan lauk pauk sampingan seperti lkan Pekasam, Ulam-ulaman, Telur Asin, Sup, Sambal Belacan dan Sambal Bendang.
Menu A LA BENDANG PENDETA
Ayam Kampung Berempah
Kambing Bakar
Lauk Pauk Sampingan
Tauhu
Telur Masin
lkan Pekasam
Sup
Nasi Putih
Sambal Bendang
Minuman
Limau Kasturi
Ktorang bertiga makan sampai tersandar tau, banyak sangat lauk pauknya untuk set hidangan ni. Sangat-sangat kenyang yang amat.
Lepas tu ada hidangan ADD-ON iaitu ABC Kelapa.. yum yum yum...
Memang sedap ko, ABC di hidangkan didalam kelapa bersama campuran air kelapa tu sekali. Time-time panas terik ni sedang elok di makan sekali tau..
ABC Kelapa
Lepas tu ada hidangan ADD-ON iaitu ABC Kelapa.. yum yum yum...
Memang sedap ko, ABC di hidangkan didalam kelapa bersama campuran air kelapa tu sekali. Time-time panas terik ni sedang elok di makan sekali tau..
Oleh itu, apa korang tunggu lagi ni!
Marilah rasai sendiri keunikan A La Bendang Pendeta yang disajikan khas hanya di INTEKMA Resort. Harga yang ditawarkan bagi menu A La Bendang Pendeta ini bermula dari RM 30.00 untuk hidangan dua (2) orang berserta minuman Air Limau Kasturi.
Kira berbaloi makan berkongsi terutamanya makan dengan officemate kan, bertambahkan erat hubungan korang tu hehehehe
Jom Kite ke :-
INTEKMA Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor
Phone:+60 3-5522 5000/5009
Don't worry parking banyak, senang je boleh park depan coffee house lagi tau.
Oh ye, kalau korang nak buat event ke meeting ke pun boleh kat INTEKMA Resort ni, just call nanti pepandai diorg siapkan quotation kan
Ok ok jemput makan semuanya…
3 comments :
ya ampun! ABC Kelapa tuh nampak sodap k lily!
kitorang biasa datang sini kalau buat farewell jer..hahaha.
Pelanggan yang dihormati,
Apakah keperluan kewangan anda?
Kami memberi pinjaman kepada individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan dan Idea perniagaan tetapi sukar untuk bermula kerana kekurangan modal permulaan. ( Tawaran dari $5,000 hingga $250,000 atau lebih )
Dapatkan pinjaman jangka pendek dan panjang segera untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.
Di bawah adalah beberapa idea perniagaan dengan pelaburan rendah dan keuntungan tinggi yang anda boleh melabur.
Pasaraya
Perancang perkahwinan
Jualan/bekalan haiwan peliharaan
Pereka dalaman
Rekaan Barang Kemas
Restoran makanan segera
Gim atau Pusat Kecergasan
Salon Kecantikan/Butik Fesyen dll.
Dengan kadar faedah 2% yang berpatutan dan tempoh 1 hingga 15 tahun
Untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com
Post a Comment