La ni baru ade kesempatan nak menulis kan
Maklumlah cuti CNY, orang cina raya kite pun sibuk duk raya gak, cuti panjang tuh.
Time-time cutilah boleh banjir plak area Melaka ni, rasa nak nangis pun ade gak. Cian orang yang sambut CNY ni, jawabnye beraya dalam air banjir lah kan..
Actually mak aku citer, dengan tak semena-mena hujan turun non stop malam jumaat tu dari malam hingga ke pagi, until mak aku call hari sabtu lepas still hujan lagi time tuh.
So aku assume tak de apa lah sangat kan, tup tup on the way balik Melaka jalan nak masuk Alor Gajah tu sebahagiannya tutup sebab air naik.
Aku yang dah turun dari Toll Simpang Ampat ni, naik balik then turun turun Toll Ayer Keroh sebab kereta tak bergerak langsung.
Korang tengokla ni
Kemain letih menekan minyak dan clutch kancil evo ni ek, jalan jem kemain teruk.
Bayangkan dari pukul 10 pagi aku kuar rumah dan sampai rumah mak aku dalam kul 3 petang, dengan laparnye, dengan penatnye bagai kan.
Yang penting sampai kampung dengan selamatnye.
Petang tuh duk teman mak aku bersihkan sampah sarap kat sungai belakang umah ni, aduiyai letih ooo banyak pelepah kelapa sawit tersangkut. Tengok air sungai tu kemain keladak betullah
Kena pakai boots lagi kan, sebab takut lintahhhhhhh
Ermm korang cuti CNY ni kemana je? Seronoklah cuti sakan kan
5 comments :
alahai.. patutlah dgr uru ara kata Melaka Jem.. x sempat nak layan berita skg ni
tu la..terkejut bila tengok berita, Melaka banjir, time raya Cina pulak tu.
Mujur takde apa-apa.
oii teruknya banjir...
comel jer kak lily pakai boot takut lintah haahaha actually good idea next time.. illy nak buat gini
aiyak.. air naik.. penang pun hujan lebat gak ritu..
syukur xde benda2 yg x diingini..
Post a Comment