Wednesday, February 24, 2016

4U2 Cosmetics - Jenama Alat Solek Antarabangsa Kini di Malaysia

Hi Korang,


Wei korang aku nak sharekan pada korang ada jenama kosmetik yang terbaru di lancarkan baru-baru ini.


Jenama alat solek antarabangsa, 4U2 Cosmetics telah diperkenalkan kepada pihak media dalam satu acara bertempat di Menara Kuala Lumpur. 

Pengarah Urusan 4U2 Cosmetics (M) Sdn. Bhd., Puan Faezah Suradi berkata, hari ini merupakan hari penuh bermakna kerana produk kosmetik ini telah empat tahun bersaing dengan jenama jenama kosmetik lain di dalam pasaran tempatan dan masih mendapat perhatian para konsumer.

Puan Faezah Suradi, Pengarah Urusan 4U2 Cosmetics (M) Sdn. Bhd.

“Selain daripada ingin membawa tumpuan pihak media dan para konsumer terhadap jenama 4U2 Cosmetics, kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk melancarkan enam warna baru gincu bibir varian LIPAHOLIC. Di samping itu, kami juga membawakan warna warna baru pembayang mata dan pemerah pipi. 

Sebenarnya, kami tak pernah membuat sebarang pengenalan jenama sebelum ini. Semoga dengan majlis pelancaran ini dapat membawa jenama 4U2 Cosmetics ini ke tahap lebih tinggi dan terus dapat mengekalkan daya saingnya dengan jenama-jenama kosmetik antarabangsa lain yang setaraf. Untuk pengetahuan, alat solek jenama 4U2 Cosmetics ini telah diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan,” katanya kepada para wartawan selepas majlis. 

Salah seorang rakan niaga 4U2 Cosmetics di Malaysia, Puan Norkhayati Mohd Hashim atau Baiduri yang juga seorang penulis lirik terkenal

Acara turut menyaksikan penyerahan sijil kepada tujuh individu yang bersetuju menjadi rakan niaga 4U2 Cosmetics (M) Sdn. Bhd.

Encik Keith McCulloch, pengasas jenama 4U2 Cosmetics.

Kedua­‐dua acara telah disempurnakan oleh Encik Keith McCulloch selaku pengasas jenama, Tuan Haji Ismail Noor dan Puan Faezah Suradi sendiri. Ini turut disaksikan oleh Dato' Adilah Shek Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Dr. Nawiyah Che Lah, Timbalan Pengarah Seksyen Dasar & Penyelidikan RTM dan Cik Marry Amonrut Apirutvarakul, Pengurus Besar 4U2 Cosmetics Thailand.



Majlis juga diserikan dengan kehadiran selebriti Datin Emylia Rosnaida, Datuk Mizal Zaini (AC Mizal) dan para jurumekap selebriti terkenal negara. 

Farra Ahmad, artis Kelarai Sakti

Persembahan nyanyian artis Kelarai Sakti, Alyssa Rosli dan Farra Ahmad menjadi pilihan penutup acara. 


LIPAHOLIC merupakan rangkaian warna bibir yang mula mendapat perhatian di kalangan wanita Asia terutamanya di Thailand dan juga Filipina. Ia mempunyai tekstur yang creamy, tahan lama serta memberi kelembapan berpanjangan pada bibir. Enam warna baru LIPAHOLIC adalah seperti merah, ungu gelap, tiga variasi warna merah jambu dan jingga coral. Pilihan warna warna ini disifatkan lebih berani dan mengikut trend semasa. Ia diharapkan berupaya menarik perhatian para pengguna khususnya para remaja . LIPAHOLIC dijual dengan harga RM22.90 setiap satu. 

4U2 - Shimmering Blush

4U2 Face Make Up

4U2 - EyeShadow

4U2 - matt blusher

Jenama 4U2 Cosmetics turut hebat dengan rangkaian alat solek seperti, Face Makeup (CELEBRITY Range with SPF coverage): Foundation Aqua Loose Powder, BB Powder, Makeup Base & Two Way Brilliance Powder. Lip Makeup: SEXXY ME (Lusty Matte Lipstick), SHOUT LIP POUT (Lip Gloss), LIP FIXX (Lip Matt Concealer) serta Eye Makeup: 4 Colours Eyeshadow & IPRO Professional 8 Colours Eye Palette, STYX Auto Eyeliner & DFY9 Eyebrow Bold dan Cheek Makeup: Matte Blusher 3 Shades & Shimmering Blush. 

Kesemua rangkaian alat solek ini boleh didapati di outlet brand partner mereka seperti Watsons (Tesco Rawang, Tesco Klang, Tesco Cheras, Tesco Mutiara Damansara dan Desa Pandan. Juga di RX Pharmacy (Langkawi), Goo Goo Beauty (Sg. Wang) dan melalui rakan rakan niaga yang telah dipilih. Konsumer juga boleh membuat pembelian secara atas talian dengan klik www.hishop.my dan di www.4u2malaysia.com

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi: 

Facebook: 4U2 Cosmetics Malaysia
Twitter: 4U2malaysia
Instagram: 4U2malaysia & 4U2malaysia_catalogue

Cantik jugak warna-warnanya ek..

Tak sabar nak cuba nanti lah...