Wednesday, January 13, 2016

Cafe Cerita Kambing di Anggerik Mall Shah Alam

Hi Korang,


Ahad lepas team #bloggerkakimakan di undang ke Café Cerita Kambing di Anggerik Mall Shah Alam ni untuk merasai keenakan menu café mereka iaitu KAMBING.

Oh no, kambing? Of courselah ler aku tak makan kan.


So my rescuer Mr Big yang tolong jadi food review hari tuh. Boleh sampai terlambat plak sebab ini first time aku ke Anggerik Mall ni. Kalau Plaza Marsalam tu dah biasalah kan hehehehe.


Café ni memang menghidangkan kambing sebagai bahan utamanya yang di hidangkan sekali bersama beriani dan juga di jadikan kambing bakar. Menurut pemilik Café Cerita Kambing ni, Chef Zakaria dan Nor Aziah Md Dahari yang mewarisi resipi turun temurun daripada keluarganya dan masih mengekalkannya sehingga ke hari ini menyebabkan nasi beriani resipi istimewa dari Endau, Johor itu hanya memilih ramuan berkualiti dan menggunakan keenakan beras basmathi.

Ok jom tengok apa yang menjadi hidangan sedap di Café ni ek

Kambing Masala 
(RM12.00 sepinggan bersama nasi beriani)

Mr Big kata : daging kambingnye lembut, senang nak makan, tak de bau hamis kambing tu dan kuah masalanya awesome.

Kambing Bakar 
(RM16.90 per set)

Mr Big kata : sedap di makan panas-panas, lembut, potong pun senang. Gravynya kena dengan daging kambing tersebut.

Laksa Johor 
(RM5.00 sepinggan)

Ok menu ni aku yang rasa sebab my favourite tuh, kuahnya pekat. Di tambah pulak dengan sambal belacannya, terangkat la sekejap. Aku makan meenya sket, hirup kuah je lebih.




Selain daripada hidangan kambing, ada jugak hidangan ayam masak merah dan ayam goreng jugak. So don't worry, yang tak makan kambing tuh ada option lain ek. 

In terms of harga, not bad lah. Kira harga mampu makanlah orang kata. Selalu orang kata kalau kambing je mahal kan but this one oklah standard cafe

Cafe Cerita Kambing 
Level 1, Anggerik Mall, 
Seksyen 14, Shah Alam

Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 11:30 am – 5:00 pm

Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah : 019 2816 308 ( tel ) | 019 3531 320 ( whatsapp )

Atau ke Facebook mereka di Noraziah Dahari / Endau Beriyani Caterers

Kafe Cerita Kambing Endau Beriani Katering juga menyediakan makanan secara bufet di majlis-majlis keraian seperti perkahwinan yang dilengkapi pakej kanopi, pelamin, hiasan dan hidangan meja pengantin termasuk hidangan VVIP.


Terima kasih kepada Cafe Cerita Kambing kerana sudi menjemput kami #bloggerkakimakan untuk merasai keenakan menu di sini ye..

Note : Review ini di komen oleh Mr Big so segala rasa adalah mengikut tekak dia, maybe tekak dia rasa sedap tapi tekak korang rasa lain itu aku tak sure ye. So pi cuba dulu then baru tau




1 comment :

Suria Amanda said...

Amboi abam hoq..hepi bebenau mukanya tu ha