Tuesday, January 26, 2016

AJLAA VILLAGE, Tempat Lepak Best Di Hujung Minggu. Aku Dah Pi Lah

Hi Korang,


Last 2 week sempat jugak aku berouting dengan bebudak bloggers di Ajlaa Village atas jemputan Blogger Ayna. Barulah aku tau yang resort ni milik keluarganya wah wah wah bestnya. Jeless mak noks..


Mr Big tinggallah ye sebab ini outing pompuan-pompuan je so seronoklah sekali sekala dapat kembang kepak sket, kira macam girls outing gituh kan.

So sabtu tuh, Suzai yang jemput kat rumah sebab ktorang ni setaman tapi lain tempat hehehehe. Kemudian jemput Pika kat komuter Kajang then berdesup terus bertolak ke Pangsun Hulu Langat ni. Ini first time aku lalu kawasan ni, maklumlah mana pernah outing dekat area Hulu Langat ni. Rupanya banyak tempat yang cantik-cantik. Lepas ni kenalah #godomestik je ek. Explore negara sendiri kan.


Ok sedikit info yang aku nak share mengenai AJLAA VILLAGE ni ek

AJLAA VILLAGE bukan sahaja destinasi terbaik untuk melarikan diri dari kesibukan kota, resort seluas 10 ekar ini juga merupakan lokasi dimana alam semulajadi boleh dinikmati sambil melakukan pelbagai aktiviti. Diinspirasikan daripada impian pemiliknya, Hj Jalal Ahamad untuk membina taman permainan khas untuk anak-anaknya menghayati keindahan flora dan fauna, beliau mencurahkan tenaga dan masa terluang merekabentuk dan membangunkan AJLAA VILLAGE secara berperingkat dan akhirnya pada tahun 2012, AJLAA VILLAGE mula beroperasi dan dibuka kepada umum dengan 6 chalet terapung yang unik menjadikannya satu-satunya resort di kawasan Hulu Langat, Selangor yang menyediakan pengalaman memancing ikan air tawar dan air mata air semulajadi kepada pengunjungnya. 

Nampak baca sket je korang dah excited dan tak percaya yang semuanya ada dekat dengan korang kan hahahahhaha itulah jangan kata korang aku pun samo..

Anyway, bukan ktorang bertiga je yang di jemput ek. Ada blogger Illy, Sabbyprue, Ayue Idris, Alyza, Mieza, Liyliz, Caroline and Nicole. Wah semuanya aku kenal so lagilah happening kan.

ok photoshoot time

cam cikgu tengah briefing anak murid ek

So sesampai je hujan sekejap la plak. Jadi chill lepak-lepak dulu sampai minum petang dan ada sessi ice breaking. Walaupun memasing dah kenal tapi nak jugak tau details memasing kan. Diorang sibuk benau nak tau nama betul dengan umur aku ek hahahahha. Oh ye, hidangan minum petang memang lazatt simple dan menyelerakan.

mereka yang happy dapat kuar outing sekali sekala kan

Abis je minum petang, Ayna bawak ktorang jejalan sekitar resort ni.

view dari tempat makan

tempat rendam kaki, sejuk ooo

swimming pool, air bukit yang sejukkkk

menikmati keindahan Ajlaa Village

amik gambo dari bilik ni tau

tempat lepak-lepak sementara tunggu time makan

yang atas tu pun bilik gak untuk 2 orang, cantik wei

tempat amik wuduk, kreatif kan


ok boleh mancing kat sini wei

Kini, terdapat 34 chalet (di sekitar kolam dan di lereng bukit), 2 kolam mandi (dewasa dan kanak-kanak), 3 kolam ikan, gazebo, bilik diskusi, dewan serbaguna dan asrama di AJLAA VILLAGE. Ianya bukan sahaja sesuai untuk percutian bersama yang tersayang atau perhimpunan keluarga dan rakan-rakan; program team building, seminar, latihan dan juga kem-kem untuk institusi kerajaan mahupun swasta juga turut ditawarkan di sini. Harga chalet di AJLAA VILLAGE bermula dari RM120 sehingga RM200 (mengikut jenis bilik)

Ok aku akan letak gambar-gambar so senang korang nak tengok cam ne keadaan resort yang cantik ni kan.


Bilik Family 


Floating Chalet


Bungalow

Dorm

Sekarang ni diorang tengah duk construct tempat makan dan dewan jugak untuk kemudahan guest yang bercuti kat sini especially yang buat company event tu kan, so senang sket semuanya lengkap.

view dari pintu masuk

Berpeluh ketiak jugak pusing satu resort ni, naik bukit, turun bukit, tengok kolam ikan, tengok pokok-pokok tapi bebudak ni sempat sajor berOOTD, bergambar sana sini sebab view kat sini memang sangat cantik. Kalau nak buat wedding photoshoot memang sesuai benau ek. Sampai aku pun duk terikut-ikut berOOTD bagai ek hahahahahaha. Dah nama pun orang pompuan cam tu lah kan.

Ermm dah penat memasing ktorang check in ke bilik ek.

Aku, Illy dan Ayue Idris sebilik dan bilik ktorang paling special sekali sebab beso dan ada tv hahahaha. Actually tu bilik media yang connecting dengan 2 family room tu, sebab senang nak gossip dan lepak-lepak memalam karang sebab tu ktorang decide nak tidur situ. Lagipun cantik bilik tuh di atas bukit so cantik amik gambar ishkk memang sawan camera betul memasing kan.

Ktorang ada BBQ dinner malam tuh.



Ya ampun walaupun simple tapi sedap sebab apa, memasing dah lapo dari petang tadi. Eventho dah minum petang kemain banyak tadi makan but still lapo lagi kan. Hahahaha memang dasar kuat makan ko Lily, ada bela saka agaknya.

simple but marbeles kan

ok its teka-teki time

Sambil makan ada game teka-teki pulak, si Illy ni ada je idea dia nak hiburkan ktorang ni. Dan kalau korang nak tau teka-tekinya memang tak masuk akal tapi kelakar ya ampun. Aku rasa nak marah pun ada nak gelak pun ade hahahaha comey benau mummy Sofea ni lah.

swimming pool waktu malam, cantik ek

Ktorang lepak plak dekat swimming pool lepas tuh, tengok 3 dugong Suzai, Pika dengan Liz mandi. Aku memang taklah malas nak rendam memalam sebab airnya kat resort ni sangat-sangat sejuk maklumlah diorang guna air bukit dan air mata air so no clorin dan fresh tau. 

Dah penat sembang, naik bilik ewah sambung sembang lagi. Memacam topik daripada topik blog sampailah topik kucing, Bomba, makeup dan yang mengarut-mengarut lagi kan hahahaha.

DAY 2

Bestnye tidur sampai tak sedar orang lain semua dah bangun kan.

Teruk betul memang contoh tak baik Cik Lily ni ek. Si Ayue dah siap mandi bagai, aku sibuk nak tengok matahari terbit tapi rupanya dah mencarak naik dah wei. Bersiap-siap untuk aktiviti pagi tuh jungle trekking tau.


nasi lemak 5 bersaudara hahahaa

Sementara nak tunggu bebudak ni siap, ktorang sarapan dulu. Ya ampun nasi lemak daun pisang dan kuih-muih tradisional memanglah sangat diimpikan time-time cuti ni ek. Aku siap bertambah sampai 2 bungkus nasi lemak aku bedal hahahaha perangai melampau ek hehehehe.

Next ktorang ada aktiviti jungle trekking yeahh

bangun lambat lagi memasing kan dah tengahari pi trekking kan hahahaha

Kira lama benau tak bertrekking ni, ni kira tekadkan dirilah sebab dulu pernah pi sampai kena gigit pacat lebih daripada 10 ekor itu yang jadi serik dibuatnya. Lepas borak-borak dengan ayah Ayna, confirm memang ada pacat tapi kalau malam sebelumnya hujan lebat sesangat but last nite ok je weather so tak de lah hopefully lah kan. Eh bukan ktorang pi sesuka ek, ada guide yang ikut ktorang 2 orang lagi siap bawak first aid kit mana lah tau jadi apa-apa.

nampak sempat je bergambo sambil trekking

tengok bergambo lagi, cantik nicole tu ek

ini baru anak sungai kan

sempat lagi hafiz tu photobomb ek

comey sabby ek, takut nak cross sungai tuh

Rasanya 15 minit je nak ke Hidden River tuh tapi ktorang amik masa lebih daripada 30 mnit kot sebab apa? Sebab sibuk berselfie, amik gambar bagai kann. Dah nama pun blogger itulah keje ktorang kan. Even pokok kecik comey pun bebudak ni amik gambo.

posing puteri tepi sungai

semua dah get ready untuk terjun

peace yooo

puteri 9 beradik berendam

korang saje nak kenakan aku kan

Turun bukit, redah anak sungai, lalu kebun kecil dan akhirnya sampai jugak ktorang ke Hidden River tuh. Lepas abis je amik gambo bagai, apa lagi moh terjunnnnnn ya ampun sejuk bebenau air sungai ni. Eleh memula je sejuk lepas tu berendam tak ingat dunia lah kan.

otw balik ke resort, sempat makan aiskrim. thanks johan

Selain daripada jungle trekking, korang kalau nak mancing kat kolam ikan ni pun boleh. Pancing bersama umpan pun di sediakan tau so dont worry ek. Memana student yang datang outing dengan kengkawan pun kalau nak buat aktiviti unggun api or campfire pun boleh jugak. Janji korang inform je masa check in nanti diorang boleh figure out for you.

Selain daripada itu, AJLAA VILLAGE juga menjual pelbagai jenis ikan organik air tawar seperti Haruan, Tongsan, Rohu, Jelawat, Patin, Temoleh, Tilapia, Ketutu, Baung, Lampam, Puyu dan Lee Koh. Terdapat juga pelbagai pokok buah-buahan tempatan anatarnya Durian, Duku dan Rambutan yang turut menjadi tarikan pengunjung di AJLAA VILLAGE ketika musim buah.

sabby cam lead singer ek hahahaha

 credit : ayue dan illy

Rasa sayangnya nak tinggalkan Ajlaa Village ni ek, sebab dah rasa seronok benau dah. Lelagi dapat hangout dengan bebudak pompuan yang gorjes ni. Hopefully ladies we can have this kind opportunity again ye..

Bagi akulah kan, AJLAA VILLAGE sememangnya pilihan yang tepat untuk beristrirehat dan juga melakukan pelbagai aktiviti luar tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Yelah bukan jauh pun hanya 30 minit je dari Kuala Lumpur so tak delah amik masa lama.


Walaupun dekat tapi pengalaman bercuti kat sini memang mengasyikkan. Kira macam back to nature orang kata.

Ni tempatnya:

AJLAA VILLAGE RESORT
Batu 22, Sungai Lepuh,
Jln Hulu Langat, 43100, Selangor
[019-8154750 / 017-2931955]





8 comments :

Sabby Prue said...

eeeee bengong nye gambar ketakutan tu!!! hahahahahah OMG! tapi mmg best weekend tu dgn korang semua! <3

Rizziela said...

dekat aja.. tp x pernah dengar pun nama tempat ni.. mgkn blh try lepas ni

safurara said...

ohhh ptt lah nmpk ayna selalu update, ayah dia punyaaa. best best! pg2 mst sejuk!

Miss Moon said...

woooww best nya
tak jauh plak tuh kat Ulu Langat je
boleh tahu rate dia tak

Fyda Noh said...

Wahhh.. seronoknya berjimba sekali sekala ngan kawan-kawan.. Cantik pula tu tempatnya

Eliss said...

menarik bab kolam berendam tu tapi kolam ikan x mo sebab tak reti pancing..hehehe

Syafiqah Hashim said...

Seronok dapat ber HUHAA dengan cik lily rituu.. Ada rezeki kita jumpa lagi ye cik lily putih..MUAHHH MUAHHH.. AYuh kita berOOTD..weeee~

salma khan said...

This place looks amazing.