Thursday, December 24, 2015

Dolly DIM SUM Di Avenue K, La Makan DIMSUM Lagi Ek

Hi Korang,

Dah 3 hari berturut-turut aku citer pasal DIMSUM ek!

Kenapa plak dengan ko ni kan Cik Lily Putih oit, tengah kemaruk dimsum ke hapo? Bengong betul pompuan ni lah. 

Kira aku dah boleh buat citer koleksi dimsum halal lagi sedap lah kan hahahahhahahaa just kidding.


Aku memang dah lama nak pi makan Dolly DimSum kat Avenue K ni tapi Mr Big malas nak masuk KL during weekend so terlanjur ada keja sket kat area tuh aku pun singgah pi makan kat sana. Tak delah makan beria-ria pun coz time tuh dah kul 4.30petang cam tu so makan ringan-ringan jelah.


Kedai ni memang kat level ground floor dalam Avenue K ni tapi korang kena tengok signboard ek, dia share dengan ada restoran sebelah depan iaitu Fresca Mexican Restaurant ek. So sebelah belakang sket, alah korang tanya ke reception kat depan tu nanti dia bagi guide. 



dia ni kot nama Dolly ek


Masuk ke area restoran tu dah rasa cam kat China dah, dengan deconya, dengan kerusi mejanya dah macam kat Dinasti Yuan, hahahha korang ni percaya je 

So tak tau nak order apa ek.


Lama jugak aku duk menatap menu book tu, baca satu persatu ingredients yang terkandung dalam each dimsum. So inilah yang menjadi pilihan tekak

Siew Mai

Apa ntah nama, tapi dalam udang ooo

Beef balls

Tak leh order bebanyak sebab lepas tu nak pi makan lagi pun, ada keja dengan team #BloggerKakiMakan. So chil-chil sajor, sambil makan sambil layan youtube. Oh ye, pilihan Chinese tea dia sedap-sedap belaka ek.



Lepak kat kedai Dolly Dim Sum ni sampai Mr Big datang, dapatlah dia merasa dumpling udang tu 2 ketul coz lepas tu dapat call yang bebudak #BKM ni dah sampai. Bayo jelah.

In terms of harga, mahal sket daripada kedai dimsum kat luar tuh. Kira semangkuk ada 3 ketul bersamaan dalam RM9-10, so yang ada budget lebih tu bolehlah pi makan kat sini. Menu lain cam fried rice ke noodles berpatutan. 

Korang nak pi gak, ini tempatnya

Dolly Dim Sum
Lot G9 Ground Floor, Avenue K, 
156 Jalan Ampang
Kuala Lumpur, Malaysia
03-2181 3830
Hours: 11am – 10pm daily

Bagi korang yang tak pernah cuba makan dimsum tuh don’t worry, tanye je kat waitress tu nanti dia suggest apa yang patut dicuba kan hehhehehe

Ok itu je..

Abis dah citer pasal dimsum halal, lepas ni citer pasal trip berjalan-jalan plak ek hehehhehe

4 comments :

sitirohaida said...

sedap2...

Anonymous said...

Next time try custard bun dia. Sedap! Dia guna telur masin.

Unknown said...

Haha I'm not into the food but I heard a lot of people saying "syamsid , Try dimsum lah sekali , you'll never regret" Haha I hope that I found something miracle dimsum feat ( my favourite gulai of all time ) is tempoyak . Haha . Thanks for sharingb. Thumbs up :D

- Syamsid Blog -

MrsEnoxis said...

Sedappnye..teringin sgt nk try..my wish list 2016 ��☺ hehe