Hi Korang,
Demi kerana kopi, sanggup ku redah onak dan duri ke The Coffee Bean di Sinaran TTDI sabtu lepas. Betul ooo tak tipu punye, aku kira orang terawal sekali sampai ek hahahaha
Memang pencinta kopi betullah Cik Lily Putih ni oit!
Sebenarnya lah kan ktorang ada bloggers event bersama Coffee Bean tau sempena Krismas ni, eh makan-makan haruslah tidak dilepaskan ek
The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) meraikan musim keriangan “Holiday Specials” dengan sajian lazat yang akan menceriakan lagi musim cuti korang. Raikan keceriaan dengan Toffee Nut Latte, Double Chocolate Peppermint Ice Blended dan Red Velvet Hot Cocoa atau sambut keriangan dengan Christmas Surprise Sampler, German Stollen, Classic Christmas Log, Sugar n’ Chai Cheesecake dan sudah pastinya, pilihan utama menu: Dundee Fruit Cake enak yang diinspirasikan dari Scotland!
“Berbeza dengan musim lain, pada musim keriangan ini, CB&TL ingin meraikannya sebaik mungkin dengan cara kami yang tersendiri – dengan berkongsi rasa kopi dan teh premium tulen yang lazat, ditambah dengan aroma tradisional musim Krismas dari negara-negara di Eropah,” kata Cik Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
Dihasilkan oleh chef pemenang anugerah, Chef Johnny Loh, sajian musim perayaan ini terdiri daripada beberapa pencuci mulut tradisional inspirasi resepi-resepi klasik Eropah.
“Adalah satu penghormatan untuk menghasilkan menu musim perayaan ini berlandaskan idea keriangan – sebagai seorang chef, kegembiraan pelanggan adalah keutamaan saya apatah lagi setelah mereka merasai masakan saya,” kata Chef Johnny. “Ia juga merupakan satu cabaran yang menyeronokkan – hidangan klasik sememangnya sesuatu yang mencabar. Melalui menu istimewa ini, saya percaya saya telah menemui keseimbangan rasa yang tepat dan rakyat Malaysia pastinya akan meraikan musim perayaan ini sambil menikmati hidangan tradisional lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®.”
Part ni memang mak suker ni noks..
Ktorang para bloggers berkesempatan untuk belajar dari membuat gingerman biscuits daripada Chef Johnny. Si Ayu ni memang suker masak-masak ni then terus je volunteer nak jadi assistant Chef. Eleh sebenarnya dia nak glamer kan hahahahaha tipu arrr, saje nak sakitkan ati ko je ayu hehehhe..
Kemudian, ktorang berkesempatan untuk mendeco gingerman biscuit ni. Hah memang rupa ada, yang mata juling, yang pakai baju, yang pakai spender kat luar pun hado gak. Ikut kreativiti memasing katanya. Aku buat simple-simple sudah janji dapat rasa cam proses mendeco tu di lakukan ek.. hehehhehe
Ramai yang buat lagi cantik daripada aku of courselah kan. So pening-pening jugak Chef Johnny nak pilih yang mana paling cantik di antara yang cantik dan akhirnya biskut gingerman milik blogger Bowie yang berjaya menambat hati Chef Johnny..
Selain daripada itu, pelbagai hadiah edisi terhad turut disediakan, antaranya “Holiday Blend” dan “Coffee Duet” serta set-set hadiah yang pastinya dapat menceriakan sesiapa sahaja, kesemua ini boleh dinikmati dalam cawan eksklusif dan bekas minuman yang juga boleh dijadikan hadiah menarik!
Dengan setiap sambutan keriangan, CB&TL terus menyokong Persatuan Systemic Lupus Erythematosus Malaysia melalui hasil jualan Tag Hadiah yang direka khas – dijual dengan harga serendah RM2, setiap hasil jualan akan disalurkan kepada Pusat Sumber Lupus Malaysia persatuan tersebut.
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) merupakan penyakit auto imun kronik yang tidak boleh diubati, di mana badan menghasilkan jumlah antibodi yang banyak sehingga memberi tindak balas kepada tisu seseorang, dan ia selalunya dihidapi oleh kaum wanita. Di Malaysia, dianggarkan 10,000 individu telah didiagnosis dengan SLE sejak 30 tahun lalu namun Persatuan ini percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi, dengan banyak individu yang masih tidak didiagnosis. Persatuan ini bergantung kepada sumbangan orang ramai dan sokongan korporat, seperti inisiatif Blue Tiger Tea CB&TL, untuk menjayakan aktiviti-aktiviti mereka.
Untuk lebih maklumat tentang tawaran Krismas CB&TL, berita dan promosi, layari laman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau laman web www.coffeebean.com.my
Selamat makan biskut gingerman korang ek!
2 comments :
bestnya..dah lama x minum coffe bean
cissss berger...hahahahahhahaha
Post a Comment