Friday, December 4, 2015

BBQ Kambing Seekor di Pantai Bagan Lalang, Sepang

Hi Korang,

Event ni 2 minggu lepas punye citer kot hehehhe

Sebenarnya aku malas nak ikut Mr Big kalau ada event dengan bebudak KTM Bikerz ni, yelah penat wei. Dia sesedap naik motor, aku yang terhengeh-hengeh berlumba jugak dengan kereta. Dah confirm-confirm aku sampai yang paling last sekali kan.. letih mak nok

Ni dia cakap bawak kereta la sebab pi picnic kan, cam no pulak nak hangkut bebarang naik motor.

Nasib baik, malam tu lepas je abis food review kat Sunway terus balik cam pelesit sebab nak masak kuah spaghetti, so esok pagi tinggal rebus pastanye je. Sekejapan je dah siap, kuarkan dapur BBQ, arang extra harituh, pinggan mangkuk picnic semua dah siap standby depan pintu. Sampai #DakUban pun pelik diorang ni nak pindah umah ke kemain banyak lagi bawak barang kan hahahahhaha


Sesampai je Bagan Lalang diorang baru mula nak hidupkan api untuk BBQ.


Kali ni ktorang tak dapat tempat yang biasa tu sebab ramai giler orang pasang khemah kan, so tukar arah sket. Not bad jugaklah ada rumput dekat jugak dengan toilet tapi tak sebest tempat yang selalu tuh. 

La kambing seekor rupanya diorang ni bawak, hah amik ko!

baru nak start hidup api

hah kipas bang, jangan tak kipas

Aku sendiri tak pernah jumpa orang buat kambing golek bbq tepi pantai kan, selalunye event beso-beso je ada kambing golek ni. Aku sibukla tanye kawan ktorang yang kenal tuh, rupanya kos beli kambing seekor lebih murah daripada beli kambing yang jual piece by piece kat supermarket tu kan. 

tengok dah nak masak dah

terbalikkan sket

Apakan daya mak tak makan kambing noks so tengok jelah.

eh ikan pun hado, last minit beli kat pasar depan ni hehehee

Nasib baik ktorang bawak ayam yang dah siap marinate so dapur ktorang tu masak ayam jelah. Sementara nak tunggu tuh, lepak-lepak dengan bini-bininya KTM Bikerz ni kan, citer hal semasa jelah. Not bad jugak tambah lagi kawan baru kan. 

Ok ok kambing siap dah kan.

nampak siap papan pemotong, pisau bagai kan

semuanya kerja orang lelaki, pompuan duduk sajor

ermm yum yum yum

seronoklah member dapat makan kambing, mak? makan hati hauhauhauaha

makan ayam je sudah, janji makan kan. banyak lagi makanan lain

Siap bawak papan pemotong sekali bagai untuk potong kambing ni. Aku plak yang excited lebih tengok diorang ni berkerumun reramai hehhhe.. Aku siap rasa sket, sedap ooo tak de bau kambing at all. Makan sket bolehlah. Kalau banyak kan, peristiwa berdarah kembali pulak nanti. 

panggang atas dapur plak untuk nak lagi cepat masak


Makan borak makan borak sambung makan lagi tup-tup dah petang dah pun. 

pekena ABC lepas makan kambing kan


Tak de sampai kul 6 pun sebab dalam kul 3 lebih cam tu dah hujan, packing barang cercepat then terus balik kan. Sampai Seri Kembangan dalam kul 4.30 cam tu, singgah office kejap buat kerja urgent then baru balik umah. 

Memang seronok sekali sekala outing cam ni time cuti weekend kan, kalau tak asyik nak pi event je bagai siang malam pagi petang ek!

Selamat berhujung minggu korang….

5 comments :

sitirohaida said...

weekend buat aktiviti macm ni memang best kan cik lily..pergi yang dekat je..kalau nak pi jauh2 baik bercuti terus

Suria Amanda said...

mak aiii...sekor kambing...bestnyaaaa.....kalau SA ada kan best...

Dkna Abza said...

puas hati picnic dengan sekor kambing bergolek-golek..sedapnya kambing...ermbeeekkkk

Wak Lat said...

wahh sonok tuu., hujan pulak erk ;)

hasliynda umairah beauty said...

wah...dah tergolek sekoq noh
hihi