Saturday, November 21, 2015

SEMANGAT KETABAHAN DALAM PAMERAN THE BEST OF YOU 2015

Hi Korang,

Kempen “The Best of You 2015” anjuran Julies untuk tatapan korang


Kini mungkin adalah waktu yang agak mencabar kepada negara kita, tetapi rakyat Malaysia tidak mudah mengalah. Ketabahan pada waktu kesusahan merupakan semangat di sebalik “The Best of You 2015”. Pergerakan “The Best of You” dilancarkan di Malaysia dan Singapura pada tahun lalu oleh pengeluar biskut terkenal, Julie’s. 


Tahun ini, kami ingin memberi pengiktirafan kepada semangat kental rakyat Malaysia yang berjaya mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dan menampilkan diri yang terbaik mereka secara berterusan. Kesimpulannya, “The Best of You 2015” adalah mengenai penghargaan, keberanian dan ketabahan pada saat-saat kesusahan.


Pada awal tahun ini, Pergerakan “The Best of You 2015” menyeru kepada orang ramai supaya menghantar dan berkongsi kisah peribadi berunsur inspirasi serta pengalaman menampilkan diri mereka yang terbaik melalui laman sesawang www.thebestofyou.my dan juga melalui pameran mini di sekitar Lembah Klang, Kolej New Era, Kolej Antarabangsa KBU, Mines Shopping Centre, Sunway Pyramid dan SACC Mall. Ramai yang menghantar kisah mereka melalui pelbagai pendekatan kreatif termasuklah tulisan, seni dan reka bentuk, fotografi, klip video dan muzik. Sambutan terhadap pameran ini amat baik. Sejumlah 2200 buah kisah yang penuh dengan mesej penghargaan serta menyentuh hati telah kami terima. 


“The Best of You adalah berdasarkan penghargaan dan pengiktirafan yang ringkas dan sejagat. Sejak pelancaran, kami telah menerima banyak sokongan daripada orang ramai dalam pelbagai bentuk kisah yang mengharukan, menginspirasikan serta memberikan tenaga positif,” kata Encik Sai Tzy Horng, penasihat dan jurucakap The Best of You. “Pameran merupakan satu pentas yang ideal untuk berkongsi semangat pergerakan ini melalui hasil karya orang awam, tokoh-tokoh, mereka yang berbakat serta organisasi yang menyokong namun turut mendapat inspirasi daripada pergerakan ini.”

No comments :