Hi Korang,
Sempena esok sambutan perayaan Deepavali, why not kita tukar selera pekena hidangan ala India di Palm Garden Hotel di IOI Resort Putrajaya.
Minggu lepas, sempat aku dan bebudak #BloggerKakiMakan mencuba pelbagai jenis makanan India dan juga makanan antarabangsa yang lainnya di Palm Garden Café ni kan.
Pelbagai jenis hidangan India termasuklah Roti Naan bersama Ayam Tandori dan juga Kari Dhal India turut di sediakan.
Ermm korang tengok gegambar ni ek
Semua set ini di sediakan dari hari Ahad hingga Khamis untuk makan malam. Harga juga berpatutan dan berbaloi hanya RM91.00 nett untuk seorang. Korang boleh pilih pula pencuci mulut yang memang meriah dan warna-warni seperti mana perayaan ini juga. Kat sini ada macam2 pencuci mulut seperti Laddu, Candi Kelapa, Vade dan banyak lagi semua manis2 dan sedap2. Ini bersempena dengan perayaan Deepavali tau.
Bukan itu sahaja, pihak hotel juga turut menyediakan buffet bertemakan antarabangsa setiap hari.
Pelbagai makanan yang menarik dan banyak untuk korang pilih sampai rambang mata. Kebanyakan juadah masakan Melayu yang di sediakan oleh chef2 profesional mereka. Aku sendiri sampai tak tau nak makan apa kan hehehhee
Aku suka yang nie tau, meh baca lagi..
Paling menarik buat pasangan yang baru berkahwin atau meraikan majlis ulangtahun perkahwinan, pihak hotel juga menyediakan set untuk "Candle Light Dinner' di ruang taman special mereka.
Kat sini korang boleh order daripada makanan untuk 2 orang seperti soup of day, 2 hidangan utama iaitu Pasta Arrabiata atau Thai Style Fried Rice dengan Tumeric Chicken.
Juga ada pencuci mulut yang manis semanis date anda pada malam tersebut iaitu Cocktail buah dengan aiskrim. Bole nikmati makana malam ini di pacaran cahaya bulan di tengah2 keindahan taman dan air pancutnya.
Tu buat yang datang sana untuk menikmati makan malam yang paling romantik dan menarik. Juga buat mereka yang berada di persekitaran IOI Resort dan juga pejabat berhampiran boleh buat order untuk delivery. Istimewa ni sebab jarang hotel ada khidmat pengantaran atau korang yang lalu kawasan ini boleh buat order dan singgah untuk ambil makanan. Tak banyak makanan yang ada tapi boleh buat untuk makan alas perut korang ketika lapar bekerja tengahari dan malam.
Di antara menu yang ter sedia untuk penghantaran ini adalah seperti Pizza 9' dengan 3 jenis topping pilihan iaitu pepperoni, chicken satay dan seafood, juga ada Spaghetti Bolognaise (ayam atau daging), Nasi Goreng, Satay setengah dozen, Club Sandwich, Burger ayam atau daging, Mee Mamak dan Nasi Ayam. Banyak juga yer dan semua nampak menarik di sediakan seperti dalam kotak di bawah ni mudah untuk di bawa.
Hah sekali 3 service yang Palm Garden Hotel terutama sekali Palm Garden Cafe sediakan untuk para tetamunya ek. Hebat tak hebat kan. Aku pun rasanya nak cuba gak satu hari nanti service delivery, tengok menunya cam tempting sungguh kan hehehe
Palm Garden Hotel
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd)
IOI Resort City
62502 Putrajaya
Tel: 603 8943 2233
Fax: 603 8943 1122
Website : www.palmgarden.com.my
Sebab dekat dengan rumah aku so bolehlah singgah makan kat sini kan, lagipun menu international buffet tu sedap la wei
4 comments :
sodap weh!!!
sedapnya... dah lama x merasa makan kat hotel..
menarik giler :)
mr.asben aida x pernah suka kalau ajak makan kat hotel tau.
pasal duit tu mungkin la kan. mahal.
but yg lebih dia tak ingin nak gi sebab ~ anak ramai!!!
nanti dia kata makan x kenyang tapi byr mahal :) ha ha ha...
dok layan anak-anak aje.
menu dia sedap2
Post a Comment