Thursday, November 26, 2015

Fattah Amin - Duta SAFI Men Terbaru

Hi Korang,


Hari tuh sempat ke media launch bagi produk SAFI Men ni di Glasshouse Seputeh. Ya ampun cantik benau tempat tu lah, next nak pi lagi makan-makan kat situ lah kan...

Ok jom citer pasal produk SAFI Men ni ek...


SAFI Men diinspirasikan oleh gambaran seorang lelaki yang berjaya. Personaliti yang seimbang dan menyeluruh menjadikan mereka individu yang mudah bergaul, dihormati dan disenangi rakan- rakan. Bagi SAFI Men, keseimbangan dalam lapangan kerjaya, kewangan serta sukan dan rekreasi adalah faktor utama untuk maju kehadapan. Beliau tidak mementingkan urusan duniawi, malah menjadikan agama sebagai tiang utama dalam urusan seharian. Penampilan diri yang kemas dan rapi menjadi pelengkap diri agar tampil yakin di khalayak ramai.

Memahami impian semua lelaki untuk tampil segak bergaya tanpa kulit muka yang bermasalah, SAFI jenama halal no.1 tempatan berbangga memperkenalkan sebuah kelahiran baru dalam legasi keluarga SAFI, rangkaian penjagaan wajah khusus untuk lelaki- SAFI Men.


Mencoret lakaran baharu dalam salasilah keluarga SAFI, Ketua Pegawai Operasi Wipro Unza (M) Sdn Bhd, Mr Sriram Krishnamurthy berkata “Sejurus melihat keluasan pasaran penjagaan wajah lelaki yang semakin besar, SAFI mengambil peluang untuk mengembangkan portfolio perniagaan ini melalui kelahiran terulung SAFI Men. Kami percaya produk yang tepat serta didikan yang betul terhadap penjagaan kulit wajah lelaki di Malaysia mampu menyelesaikan permasalahan yang sentiasa membelenggu sang jejaka. Kini, SAFI Men adalah jawapannya”

Puan Mahsuri Sulaiman, Konsultan SAFI turut menerangkan, “Adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai jenama halal no.1 tempatan untuk menghasilkan produk pencuci muka halal untuk kaum adam. Seiring dengan moto jenama SAFI, Selamat & Suci, SAFI Men semestinya memenuhi kehendak penjagaan penampilan mereka seiring dengan arus pemodenan tanpa mengkompromi kehendak syarak”.


3 variasi baharu SAFI Men yang mampu menentang 3 masalah kulit wajah lelaki hadir dalam kombinasi reka bentuk penuh moden dan trendy. Tiub pembersih wajah berwarna perak dengan seni hiasan khat kufi memberi gambaran islamik kontemporari terhadap rangkaian SAFI Men. Tampil dengan 3 rona maskulin; biru, jingga dan hijau amat selari dengan jiwa sang arjuna yang sentiasa aktif, bergaya dan berkeyakinan. 


“SAFI Men mengandungi formulasi baharu H2O Cool Cactus yang bukan sekadar melindungi kulit wajah, malah memberikan sensasi kesegaran berpanjangan agar diri kekal aktif dan fokus sepanjang hari. Kami memberikan yang terbaik kepada para lelaki dengan inovasi produk pembersih wajah yang dirumus dari formulasi terbaik oleh pakar dari makmal penyelidikan dan pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Setiap variasi SAFI Men kami padankan dengan bahan kandungan yang berbeza supaya setiap masalah kulit wajah lelaki dapat ditentang secara spesifik” Tambah Puan Mahsuri. 

Melengkapkan lagi majlis pelancaran ini, duta produk SAFI Men- Fattah Amin yang sedang meningkat naik dalam industri lakonan tanah air berkongsi pengalaman beliau menggunakan rangkaian produk SAFI Men.


“Sebagai seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang aktif, saya sentiasa menyiapkan diri agar berada dalam keadaan yang sihat dan bersedia. Perkara ini termasuklah penjagaan kesihatan kulit wajah agar tampil segar dan bertenaga. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, saya sentiasa memastikan kulit wajah segar dengan pembersih wajah SAFI Men. Formulasi H2O Cool Cactus memberi sensasi kedinginan yang optimum terhadap kulit wajah lelaki terutamanya ketika cuaca panas terik dan keadaan udara yang berhabuk. Kini wajah saya sentiasa segar dan tidak kusam.” Kongsi Fattah kepada tetamu yang hadir.


3 Variasi SAFI Men memberikan perlindungan yang spesifik serta kesegaran yang berpanjangan kepada setiap lelaki; Pembersih Wajah SAFI Men Dynamic White, Pembersih wajah SAFI Men Oil Control Clay, dan Pembersih Wajah Acne Buster. Kini panas terik, kotoran dan kulit kusam bukan lagi masalah! SAFI Men, terokai kekuatan diri.

Produk SAFI Men ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama. Bersama kesegaran yang nyata dengan formulasi H2O Cool Cactus!. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI Men sila layari laman web SAFI, www.safi.com.my

Sempatlah bergambar dengan diorang ni ek

selfie dari jauh sajor sebab Fattah Amin ada photoshoot

ok makan jap sebelum balik - Nannie, Sherry, Ayu, Amir, Khai

Tenkiu Hasif for this goodies

bukti ktorang berjaya jejak kaki di Glasshouse Seputeh

Ok thats all....

3 comments :

ietams said...

memang janji ke pakai biru dgn puan nannie tu..
elok je sedondon

ietams said...

ala lupa nak komen sekali awl td..hikhikhik..
Fattah tu memang tinggi betul iye?
tengok kat GV haritu Nampak dia tinggi dari nabil.

sitirohaida said...

wah..syok ar dapat bawak balik lagi satu set..boleh la cik abang pakai