Wednesday, October 21, 2015

Wyeth Nutrition Perkenalkan Susu Tumbesaran S-26 GOLD

Hi Korang,

Ada info sedikit untuk para parents kat luar sana yang sibuk mencari susu yang bersesuaian dengan anak-anak korang kan.


Last week sempat aku hadiri Wyeth Nutrition Talk ni KL Sentral, alah sekadar menambahkan ilmu pengetahuan kan so apa salahnya


Wyeth Nutrition, yang merupakan perintis dalam sains pemakanan dan teman perjalanan keibubapaan telah melancarkan Susu Tumbesaran S-26 GOLD® baharu yang unik, padat dengan tambahan zat DHA, Lutein, dan Kolina. Wyeth Nutrition turut menjemput ahli-ahli setia Kelab S-MAMA untuk sama-sama menyerikan majlis itu. Sebagai sebahagian daripada sambutan berkenaan, Wyeth Nutrition telah menganjurkan forum pendidikan di bawah kendalian sekumpulan pakar dalam bidang kognitif dan pemakanan. Pakar kardiologi pediatrik, Dr. Azam Mohd Nor dan pakar perunding diet, Indra Balaratnam merupakan ahli panel jemputan yang memberikan ceramah mengenai pemupukan kesihatan fizikal dan pembangunan mental kanak-kanak.

Rumusan Baharu dan Unik dalam Susu Tumbesaran

Rene Wipperich, Country Business Manager of Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd.

Wyeth Nutrition sudahpun menjadi peneraju kepada pembangunan sains pemakanan kanak-kanak untuk hampir satu abad lamanya. Dan berbekalkan objektif untuk memupuk pertumbuhan, Wyeth Nutrition, selaku peneraju industri, sentiasa mencurahkan usahanya dari aspek saintifik bagi menghasilkan produk pemakanan yang terbaik untuk memupuk pertumbuhan fizikal dan mental. Justeru, Wyeth Nutrition dengan bangganya melancarkan Susu Tumbesaran S-26 GOLD® yang baharu dan unik bagi si kecil berusia satu tahun dan ke atas. Dengan melipatkaligandakan zat-zat termasuk DHA (lima kali lebih tinggi), Lutein (lebih 40%), dan Kolina (lebih 20%), produk ini telah dibangunkan khusus secara saintifik untuk menyokong visi, pertumbuhan dan pembangunan. Direka khas untuk mengandungi zat-zat penting, kedua-dua S-26 GOLD® PROGRESS® dan S-26 GOLD® PROMISE® adalah dirumuskan dengan SISTEM BIOFAKTOR (BIOFACTORS SYSTEM™) - yang mengandungi DHA, AA, Lutein, Oligofruktos, Kalsium dan Protein.


Sewaktu majlis pelancaran itu juga, ahli-ahli Kelab S-MAMA Wyeth Nutrition dijemput menyertai satu forum yang dikendalikan barisan panel pakar di mana mereka telah menyampaikan ceramah mengenai kepentingan menyokong perjalanan seorang kanak-kanak ke arah tumbesaran yang sihat. Forum tersebut padat dengan limpahan maklumat dan petua bagaimana untuk mengekalkan kemajuan pertumbuhan anak-anak mereka melalui pembentukan tiga aspek Kepintaran Berganda iaitu (Kepintaran Badan, Kepintaran Otak dan Kepintaran Keperibadian). Menjelang penghujungnya, ibu-ibu Kelab S-MAMA Club telah dibawa menghadiri bengkel pemakanan bersama Indra. Si kecil lazimnya meminum susu dengan cara konvensional iaitu melalui botol, namun Indra telah menunjukkan beberapa kaedah lain yang memastikan si kecil mendapatkan zat harian yang mencukupi. 


Kelab Ibu S-MAMA Diganjari

Sebagai ahli Kelab Ibu S-MAMA, terdapat banyak faedah untuk dinikmati dan yang istimewanya, bentuk ganjarannya adalah sesuai untuk seisi keluarga. “Kami juga sentiasa mengikhtiarkan jalan untuk membantu ibu-ibu Kelab S-MAMA dalam membekalkan khasiat yang secukupnya bagi anak-anak mereka," kata RenĂ© Wipperich, Pengurus Perniagaan Negara, Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd. Selain menjadi kelab keibu-bapaan yang menawarkan ganjaran, satu talian bebas tol juga disediakan untuk golongan ibu yang menagih nasihat pemakanan dan kesihatan untuk ibu mengandung. Selaku kelab keibu-bapaan yang teraktif di Malaysia, laman Facebook Wyeth Nutrition memiliki rangkaian pengikut yang luas sekaligus menjadikan ia sebagai antara komuniti keibu-bapaan tempatan dalam talian yang paling tumbuh pesat.

Julie Woon and Indra Balaratnam at the nutrition workshop

Untuk keterangan lanjut petua keibu-bapaan dan berhubung produk Wyeth Nutrition, sila layari https://www.wyethnutrition.com.my/ atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-88-5526. Sertai mereka di laman Facebook untuk mengetahui keistimewaan dan faedah eksklusif Kelab S-MAMA Club.

LAMAN WEB 

FACEBOOK 


2 comments :

Cikna said...

bnyk khasiatnye ade anak blh try ni.....

Mummy MM said...

Teringin nak tingkatkan pengetahuan keibuan dengan join program-progra macam nie. Tapi jauh.

http://angellovesoldier.blogspot.my/