Hi Korang,
Ini ada info mengenai kita ye orang-orang pompuan ni kan
Meh baca ni
Wanita di luar sana, tahukah anda bahawa waktu mandi mampu menyelamatkan nyawa anda? Pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi merupakan waktu terbaik dan termudah bagi membantu wanita mengesan tanda awal kanser payudara.
Bagi menggalakkan wanita menjadikan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi sebagai satu rutin penting dalam kehidupan seharian, pengeluar jenama sabun mandian di Malaysia, Shokubutsu telah melancarkan sebuah kempen proaktif, Pledge-To-Self-Check During Shower.
Dengan sokongan daripada rakan kerjasama, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan dan meningkatkan kesedaran di kalangan wanita bahawa pemeriksaan payudara secara berkala tanggungjawab mereka sekali gus mampu menyelamatkan nyawa sekiranya kanser payudara dapat dikesan lebih cepat.
Kempen ini tidak hanya bertujuan menggalakkan wanita mengutamakan kebajikan diri, malah ia juga penting untuk orang tersayang seperti ahli keluarga yang akan turut terjejas, sepertimana penghidap kanser.
Shokubutsu Pledge To Self Check During Shower campaign starts from 1 October until 30 November 2015
Kempen Pledge-To-Self-Check During Shower yang diterajui oleh Shokubutsu merupakan respon terhadap realiti bahawa kanser payudara adalah kanser kedua paling kerap dihidapi di dunia dan pengesanan awal mampu meningkatkan kadar jangka hayat pesakit. Statistiknya sahaja menjadi faktor penggerak bagi memotivasikan wanita untuk melakukan sendiri pemeriksaan payudara ketika mandi.
Ramai wanita sedar tentang kanser payudara tetapi berapa ramai antara mereka yang bertindak dalam menangani penyakit tersebut? Pengetahuan sahaja tidak memadai bagi mengesan pembunuh popular wanita ini. Para wanita menjalani kehidupan yang sibuk sehingga mudah bagi mereka mencipta alasan dan mengabaikan kesihatan. Shokubutsu amat memahami situasi ini dan percaya bahawa waktu mandi adalah waktu paling ideal untuk para wanita mempraktikkan rutin yang baik ini. Tidak kira sesibuk mana pun seseorang itu, mereka tetap akan meluangkan masa untuk mandi.
Jackie Low, the representative from Southern Lion with the 3 breast cancer survivors
“Kebanyakan kita menjalani kehidupan yang sibuk sama ada di pejabat, melakukan kerja- kerja rumah, meluangkan masa bersama anak-anak dan sebagainya. Tetapi kita jarang mengutamakan kesihatan diri sendiri. Mungkin disebabkan oleh kekangan waktu atau ketidaksesuaian masa untuk mengambil tahu mahupun mempraktikkan langkah-langkah pemeriksaan sendiri payudara. Tambahan pula, ramai wanita mengamalkan sikap tidak mengambil tahu sebaliknya merasakan ia sebagai satu perkara remeh dan menyusahkan,” ujar Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, Southern Lion Sdn Bhd, Jackie Low yang merupakan syarikat di sebalik jenama Shokubutsu.
“Memandangkan kita mandi setiap hari, Shokubutsu menyedari bahawa waktu mandi merupakan masa terbaik untuk kita mempratikkan pemeriksaan sendiri payudara. Kempen Pledge-To-Self-Check During Shower merupakan kempen bagi mendidik wanita bahawa pemeriksaan sendiri payudara tidak hanya untuk kepentingan peribadi, malah ia juga penting untuk orang tersayang,” tambahnya.
Dr Dalilah explained about the breast self check to the guests
Dr Dalilah Kamaruddin demonstrated the step by step of breast self check
NCSM yang turut hadir pada pelancaran tersebut juga berkongsi statsitik terkini kanser payudara di Malaysia. Presiden dan Pengarah Perubatan NCSM, Dr. Saunthari Somasundaram berkata, “Lebih daripada 90% wanita yang disahkan menghidap kanser payu dara di peringkat awal mempunyai peluang lebih cerah untuk diselamatkan. Hanya selepas 5 tahun tamat tempoh rawatan pesakit disahkan benar-benar bebas daripada kanser. Oleh itu, kami di NCSM menekankan pentingnya pencegahan melalui pengesanan awal. Lakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan….ianya mudah dan tidak akan mengambil masa lebih daripada 5 minit. Jika anda kekangan waktu, anda boleh lakukan pemeriksaan sendiri ini ketika mandi kerana ianya waktu yang paling sesuai dan mudah.”
Stella Voon who survived breast cancer for 11 years shared her story at the event
Kempen Pledge-To-Self-Check During Shower ini akan bermula dari 1 Oktober sehingga 30 ember 2015. Matlamat Shokubutsu adalah untuk mengajak 250,000 wanita untuk berikar bagi melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi setiap bulan. Setiap botol yang terjual sepanjang tempoh kempen ini mewakili 1 ikrar di mana Shokubutsu akan menyumbangkan RM0.10 kepada NCSM. Shokubutsu menyasarkan untuk mengumpul RM25,000 menerusi 250,000 ikrar tersebut. Sebagai sokongan terhadap kempen ini, Shokubutsu akan menganjurkan siri jelajah di seluruh negara, promosi di kedai-kedai dan rangkaian media sosial dalam mendidik wanita tentang cara-cara melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi.
Valli who has outlived breast cancer for 10 years shared her journey fighting with the Big C at the event
Shokubutsu turut mereka aplikasi istimewa di laman Facebook Shokubutsu Malaysia untuk wanita Malaysia memuat naik dan berkongsi ikrar mereka sesama rakan-rakan mereka dan menerima baucer Mammogram 3D bersama konsultasi percuma apabila mereka membeli Thin Prep (Pap Smear) di Klinik Kanser dan Saringan Kesihatan NCSM dengan harga istimewa. Shokubutsu juga ingin wanita tahu bahawa pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi adalah antara inisiatif sendiri yang amat membantu untuk mengesan kanser pada peringkat awal dan wanita berumur 40 tahun ke atas amat digalakkan untuk melakukan imbasan Mammogram setiap 1-2 tahun kerana risiko mereka mendapatkan kanser payudara adalah lebih tinggi.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/ShokubutsuMalaysia
No comments :
Post a Comment