Hi Korang,
Annyeonghaseyo.. hehehhee Ke Korea Kita Ye!
Hahahaha saje je gatai-gatai sebab selalu sangat dengar ayat ni time tengok citer Korea kan
Kali ni aku nak citer sket mengenai Kafe Go To School kat Solaris Mont Kiara ni ek. Terus je setuju nak ikut food blogger Madi pi cuba makan makanan Korean ni ek. Mana tau terus juga fluent cakap Korea bolehlah tengok drama Korea x yah guna subtitle huahauhauahua
Kafe Go To School ni merupakan restoran makanan Korea yang di jalankan oleh sepasang suami isteri bersama adik iparnya iaitu wanita Korean. Kalau boleh perasan diorang ni kat dalam café yang mana kakaknya hebat dalam membuat bingsu dan adiknya merupakan chef restoran ni. Kira macam family business la ni kan.
Berkonsepkan ‘Go To School’, dekorasi dan perabut dalam restoran ni seakan-akan kita berada di zaman persekolahan, dengan kerusi meja yang berwarna warni, hiasan menarik dan ada ruangan special untuk anak-anak menconteng dinding, siap ada kapur lagi tau. Bukan anak-anak je mak budak pun boleh conteng gak ek.
Di antara makanan yang menjadi favourite para pelanggan yang datang adalah:
Appetizer
Salmon Rice Pizza (RM35)
Salmon kalau di buat pizza menarik hati, jiwa dan tekak. Sangat crispy dan salmonnya
Salmon Roll (RM27.90)
Salmon lagi tapi kali ni dalam bentuk sushi pulak, berebut-rebut memasing nak makan ek.
Hae Mul Pa Jeon (RM24.00)
Pancake atau lempeng ini memang jadi kegemaran makanan tradisi orang Korea, so yang ini plak seafood and spring onion Korean pancake, cicah plak dengan sos special.
Main dish
Passion Bento with 1 whole chicken (RM88)
Satu hidangan aku kira value set kalau kita datang makan reramai kat sini ek. Sedulang ko makanan Korea.
Yang ada dalam dulang tu adalah:
1/2 fried Yang Neum Chicken with sweet chilli sauce
1/2 fried chicken (non-spicy)
Jab chae stir fried Korean glass noodles with vegetables
Kimchi Bibim Guksu cold noodles with an egg
Kim Male Ri fried glass noodles covered with seaweed + rice balls
Kira macam makan nasi dulang gituhlah tapi lauknya lagi banyak daripada nasi kononnnya. Ada mee, ayam goreng, nasi kepal, kimchi dan memacam lagi lah. Memang berbaloi order menu ni dan makan ramai-ramai kan. Yang best tuh, siap ada glove untuk makan ayam pedas so tak yahlah korang bangun pi basuh tangan pas tu kan
Dessert
Very, Very Thank You Bingsu (RM33)
Cam ne aku nak gambarkan ek, betapa besarnya semangkuk Bingsu atau ais kepal ni kan. Memang beso wei mangkuknya, lagi beso daripada muka aku hahahahaha. Dalam ais kepal bersusu ni fresh strawberries, blueberries, corn flakes dan Gelato ice cream drizzled with strawberry sauce. Share 4 orang pun belum tentu boleh habis bukan pasal tak sedap tapi betapa besarnya portion dessert ni.
Ops nanti-nanti jap, ada lagi ni
Value-for-money Weekday Lunch Sets
Ada lunch sets untuk weekday yang patut aku cuba gak lah seperti Braised Beef Ribs, Bulgogi Steak, Ginseng Chicken, Toppuki (Rice Cake), Rice Burgers, Ramen, Udon dan Kim Chi Fried Rice. Nampak sedap dan harganya berpatutan. Ermm patut kena datang time weekdays plak lepas ni.
Ni hah lokasi kedai Korea ni ek
Kafe Go to School (HALAL)
18G (Ground Floor),
Jalan Solaris 3,
Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Contact: +603-2858 9627
Email address: heewooriz@gmail.com
Facebook: fb.com/kafegotoschool
Instagram: @kafegotoschool
Business Hours:
Sun-Thurs: 10am till 11pm (Last order at 10.30pm)
Fri-Sat: 10am till 1am (Last order at 12.30am)
Yang penting WiFi laju dan boleh duduk lelama ek sebab seronok melepak kat sini.
2 comments :
Suka makan kat sini... Nice post CLP bila nak belanja makan kat sini...
ini namanya back to school..dah macam dalam kelas dah konsep cafe ni
Post a Comment