Thursday, September 3, 2015

Berkelah Di Bagan Lalang Beach, Sepang

Hi Korang,

Pasir putih tepi pantai
Ombak saling berkejaran..
Kau lari aku mengejar di antara debu rindu
Kita berduaaaaaaaa.....

Ewah kemain ek, bila pi pantai je mesti ingat lagu ni punye lah kan

sayup je nampak Avani Gold Coast Sepang tu ek

Ok project picnic ni memang tak plan langsung.

Walaupun jadi weekend wife ni, hidup tak tentu arah. Sekejap ke timur, sekejap ke barat, sekejap ke utara, kejap ke selatan sampai kengkawan aku ni cakap aku ni ada kuasa halimunan yang boleh travel sana sini ek. Ishkk melampau sungguh tuduhan itu...

Aku balik khamis malam lepas, terus Mr Big ajak pi beli barang-barang. Tak bawak apa pun, just ayam yang siap marinate, kentang untuk rebus dan sweet potato, jadilah daripada tak de. Barang-barang untuk BBQ memang dah standby ada so not too worry.

Tak jem pun nak ke Bagan Lalang pagi sabtu tuh, may be orang ramai duk turun KL sebab piket BERSIH4.0 agaknya, alah aku bukan kisah pun hal duniawi tu ek tak penting tu semua.

ni baru sebahagian barang-barang makan ek

mr BIg duk sibuk hidupkan dapur yang satu lagi ni

ais beli kat lori ais yang lalu lalang ni, senang

Sesampai spot yang biasa ktorang stay tu still kosong lagi. Hah terus keluarkan barang-barang selori tuh, bentang tikar, pasang khemah, keluarkan barang-barang makan ermm rasa macam Belanda dapat tanah la kan, ktorang yang duk conquer area tu je hahahaha

chicken wing tengah masak

tengok si Aakif ni pun makan gak

lamb ooo sedappp

Lepas dah siap masak dan makan bagai, ingatkan nak mandi laut ermm rupanya air belum pasang lagi, so berjalanlah aku sampai ke hujung pantai tu sekali. 

air belum pasang lagi



nampak betapa kuatnya angin time ni

Sayu je mata memandang, jauh wei berjalan tengah panas-panas tuh. Balik ke khemah terus je tidur dengan si budak Aakif ni ek. 


si terboba muka Aakif ni kan, senyum sket Kif

hah baru nak senyum ek

Petang sket bila air mula pasang, baru celup-celup badan main-main air dengan mandikan sekali Aakif ni, ingatkan dia takut air ermm hampeh. Lepas dudukkan dia dalam air terus tak nak bangun kan.. Biasalah bebudak pun kan..

Dah dekat nak maghrib gituh baru ktorang kuar dari Bagan Lalang tuh,.. Kengkonon nak tunggu sunset ermm terus terlupa sebab dek sibuk packing barang ek.

geng makan ais krim

Sekali sekala dapat lepak cam ne dengan family memang seronok ek...



2 comments :

Norma NML said...

Dah lama tak pergi Bagan Lalang...dulu pergi pun mcm tu jgk...mcm dok padang pasir..langsung tak nak nampak air laut...

aksarafendi said...

hari melesia ni plan nak ke sini jugak..